Masih Belum Terlambat

Hi semua! Saya Zara (bukan nama sebenar) berumur 33 tahun, suami berumur 32 tahun dan ada seorang anak berumur 2 tahun. Baru berkahwin 4 tahun, masih setahun jagung orang kata.

Akhir-akhir ni banyak nampak confession yang masih di awal perkahwinan dah rasa nak bercerai dengan pelbagai masalah. Saya terpanggil untuk berkongsi cerita saya, sebab saya pun sama dulu masa tahun pertama dan kedua berkahwin. I feel you sis!

Kami berkenalan 4 bulan terus bertunang, lepas 11 bulan terus kahwin. Nampak macam sekejap je kan? Saya pertama kali juma ibu bapa mertua pun masa majlis tunang tu haha.

Saya tengok suami menepati ciri-ciri yang saya consider, tak banyak pun ciri nya, saya cari seorang yang pentingkan keluarga, ada pekerjaan yang stabil dan boleh serius dalam perhubungan.

Masa saya kenal dia, dia ada kerja dan kereta import. Saya pun ada kerja yang stabil dan ada kereta buatan tempatan saja. Kami asal keluarga yang sederhana saja. Kami dua-dua kerja swasta.

Lepas bertunang diuji suami diberhentikan kerja atas sebab-sebab tertentu. Bermula lah episod susah. Masa belum ada anak, memang tak ada masalah sebab gaji saya masih mampu membayar komitmen. Suami masa itu lompat-lompat kerja, ada masa tak kerja langsung.

Lompat kerja dengan macam-macam alasan, gaji sikit tak padan dengan kerja, bos suka mengarah dan macam-macam hal. Berterusan sehingga saya melahirkan anak.

Masa saya bersalin langsung dia tidak bekerja. Pernah dia bekerja 3 hari je, lepastu berhenti. Sebagai isteri, sudah pasti saya marah dan rasa tidak adil.

Dia jenis susah bangun pagi. Susah di sini maksudnya pukul 3 atau 4 petang baru bangun ye. Lepastu malam kadang-kadang keluar melepak dengan kawan, tidur pun lambat. Kalau tidur dah lambat, memang lah susah nak bangun pagi.

Komunikasi? Cakap elok2 dah, cakap sambil maki pun dah, semua tak jalan.

Saya seorang cari nafkah, saya lah jaga anak. Memang saya beli barang dapur cukup-cukup je. Kalau dia tanya makan apa? Saya cakap pergi tengok sendiri apa ada dalam peti ais.

Dah PKP pulak lagi lah susah nak cari kerja. Memang berbulan-bulan tidak kerja, duduk rumah bangun lambat apa ada hal.

Lepas episod tak kerja tu, dia mula bekerja dengan kawan dia. Tapi sebab dia ‘baik’ sangat, kawan ambil kesempatan. Kerja siang sampai ke malam, tapi gaji sikit.

Kadang2 gaji ikut hari bekerja. Ada job, ada gaji. Saya pula dengan anak tengah nak membesar, balik kerja tak ada siapa tolong. Nak masak mandi makan anak duk menangis.

Saya letak pagar sebelum sampai ke dapur, anak pulak nak melekat je, dia menangis sampai lah saya siap masak. kadang dia tak sihat merengek, tapi suami konon pergi ‘kerja’.

Tapi hujung bulan saya juga yang bayar semuanya. Kadang anak menangis, saya join dia menangis sekali. Saya lah cari duit, saya hantar ambil anak kat taska, saya lah jaga anak petang malam, urus rumah semua.

Memang saya stress, memang cerai tu hari-hari pikir. Saya siap buat appointment untuk kaunseling. Masa dia konon ‘bekerja’ tu, ada hari yang dia balik lambat, memang saya call dulu suruh dia balik petang jaga anak sekejap.

Saya ganggu dia sampai dia rimas. Sampai dia ‘terpaksa’ balik jaga anak sekejap sambil saya masak mandi makan. lepastu baru dia keluar sambung ‘kerja’.

Masa dia tak kerja, lepas saya masak makan, saya tak akan basuh pinggan. Biar dia basuh semua. Kalau saya basuh kain, saya minta dia tolong sidaikan. Saya bekerja kena bayar parking RM6 setiap hari. Kalau 5 hari dah RM30. Dah boleh buat isi minyak atau beli lauk.

Saya kejut dia suruh dia hantar saya kerja. Kalau dia tak nak hantar, bagi saya RM30 ganti duit parking. Sebab dia di rumah saja pun kan.

Saya tak tahu nak meluah kat siapa, tak nak cerita kat keluarga. Saya tak nak upload di media sosial. Jadi saya buat status dengan ayat yang sopan, saya minta siapa-siapa yang baca status saya tu nasihatkan suami saya, tapi saya set seen kat mertua & adik suami je.

End up kereta moto dia kena tarik. Tinggal lah kereta dan moto saya je. Moto saya beli cash second hand jadi memang tak perlu bayaran bulanan. Kurang la komitmen kat situ.

Saya pun tak tahu entah doa siapa yang makbul, dia akhirnya berubah. Mungkin terkesan dengan tak ada kereta moto.

Dia cari kerja lain, beberapa kali interview, dapat lah kerja. Terus resign dengan kawan dia. Kerja baru sepadan dengan gaji dan kerja yang dibuat. Dia pun commit dengan kerja tu alhamdulillah.

Ada juga kerja malam, tapi tak selalu. Dan dia dah terbiasa petang wajib balik jaga anak dulu, jadi dia memang akan balik main dengan anak. Saya dah tak perlu call pun. Saya dah setel semua baru dia pergi kerja.

Sekarang dah tak lepak malam. Kalau tak kerja memang dia balik terus. Sebulan 2 kali je maksimum dia akan keluar malam. Itu pun selepas anak dah tidur.

Masa awal-awal kahwin, dia memang tak tolong buang sampah. Saya akan selalu suruh dia tolong buang sampah. Setiap hari cakap, ulang-ulang, sampai lah sekarang dah tak perlu cakap. Dia akan tengok sendiri penuh dia buang.

Saya sekarang belajar untuk gembirakan diri sediri, dan belajar untuk terima kekurangan suami. Sikit-sikit tu biasa lah saya pun bukan sempurna. Saya nak jadi isteri dan ibu yang baik. Kalau dia bangun lambat, dan anak nak menempel je, saya masak je simple2.

Kalau anak ok je masa tu, saya masak extra sikit. Kita buat dia. Suami pula saya akan kejut paling lambat pukul 12. Biasanya pukul 1 dia dah bangun. Dia bangun anak dah siap makan mandi, makanan semua dah siap.

Saya happy je main dengan anak semua. Memang sudah nak ubah old habit orang, ambil masa. Suami bangun pukul 12 pun saya dah ok.

Bila dia bangun, memang akan main dengan anak.

Kadang-kadang bila nampak dia leka tengok telefon, saya akan remind dia “anak ni sekejap lagi nak tido, main dulu dengan dia, dia dah tido tengok la telefon tu”. Dia pun dah mula terima apa saya cakap.

Saya pula cuba berubah jadi isteri yang baik. Saya dah tak marah-marah. Setiap hari pagi dan petang balik kerja, saya ada sediakan air, letakkan atas piring macam bagi kat tetamu. Hari-hari akan masak, melainkan saya penat, kami beli.

Suami pun ok walaupun dia lebih suka saya masak. Kami cuba give and take. Komunikasi. Memahami dan bertimbang rasa. Perangai anak pun turut berubah, dari suka menangis kepada happy child.

Mungkin dulu kami banyak bergaduh, tak gembira, anak pun terkesan. Sekarang anak sentiasa happy. Kalau dia lupa birthday saya, saya tak kecil hati pun, saya beli hadiah untuk diri sendiri haha.

Saya tak nak stress benda-benda macam ni. Kita tak boleh paksa orang, tapi kita boleh gembirakan diri dengan cara lain. Kalau harapkan orang, nanti kita yang akan kecewa.

Masa bulan birthday dia, saya belikan tiket flight ke Langkawi. Dia happy, saya pun happy dapat vacation haha. Anniversary? Tahun lepas saya yang lupa.

Tahun ni saya akan beli juga hadiah untuk diri sendiri. Sekarang pun ada bulan sesak juga, tapi biasalah 5 tahun pertama kan diuji dengan kewangan. Asalkan ada team work, benda susah akan jadi mudah.

Begitulah. Nak ubah orang bukan sekali cakap boleh terus ikut. Macam situasi saya, ambil masa beberapa tahun juga. Sekian perkongsian saya.

Esok lusa mungkin dugaan lain pula yang datang kita tak tahu kan. Semoga mendapat inspirasi dari situasi saya. Saya doakan urusan semua dipermudahkan, yang sakit disembuhkan, yang sulit dimudahkan.

Bye!

– Zara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *