BFF Bakal Maduku

Hai Assalamualaikum semua, Izinkan aku perkenalkan diri. Aku Sara (bukan nama sebenar).

First of all, ini adalah tulisan pertama aku dan aku minta maaf andai kata penulisan aku berterabur. Aku sangat berterima kasih jika admin boleh hide penulis serta siarkan penulisan aku.

Untuk makluman semua, apa yang ingin aku sampaikan disini adalah luahan memandangkan aku sendiri tiada daya untuk memberitahu hal yang sebenar ke atas tuan empunya badan.

Aku harap kisah ini boleh dijadikan iktibar mahupun peringatan buat kaum wanita lebih-lebih lagi yang bergelar isteri.

Si Ina (bukan nama sebenar), merupakan wanita yang sosial baru sahaja bercerai dan janda anak 1.

Ina mempunyai hubungan yang baik dan merupakan bff dengan si Sally (bukan nama sebenar) yang juga merupakan isteri dan mempunyai anak 1.

Mereka merupakan teman yang amat baik sehinggakan jika Sally mempunyai masalah ataupun ingin curhat, memang Ina lah tempat dia meluah.

Sejak Ina bercerai, Ina seringkali berjumpa dengan Sally mungkin untuk hilangkan kesunyian atau boring being a single mother. Siapa tahu hati manusia, rambut sama hitam tapi hati lain-lain bukan?

Alangkah terkilan aku bila mengetahui dalam diam Ina ada affair dengan suami Sally. Kalau bertepuk sebelah tangan manakan berbunyi?

Dua-dua melayan dan jika Sally tidak memberi ruang adakah boleh Ina mempunyai affair dengan suaminya?

Even kawan baik Sally yang sudah tahu mengenai affair antara Ina dan suami Sally pun tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak ingin mengeruhkan keadaan.

Tambahan pula, mereka hanya berdoa agar Allah tunjukkan kecurangan kawan baik dengan suami sendiri secepatnya. Dan kerana itu kawan baik Sally yang lain memilih untuk berdiam diri.

Untuk pengetahuan semua, Ina sendiri pernah admit bahawa dia mempunya affair dengan suami Sally setelah dia bercerai kepada kawan terdekatnya.

Dia juga bersedia untuk menjadi isteri ke-2 kepada kawan baik sendiri. Dia juga meminta suami Sally untuk menyediakan tempat tinggal yang selesa buat dirinya.

Ohh, untuk pengetahuan semua… suami Sally bekerjaya (oil & gas).

Aku juga berasa kesian terhadap Sally. Sally menganggap Ina seperti adik beradik sendiri, tetapi tanpa pengetahuan Sally… Ina ada affair dengan suaminya.

Lebih-lebih lagi, Ina turut serta aktiviti Sally bersama keluarga kecilnya bercuti ke selatan ketika ini.

Boleh bayangkan tak apa akan terjadi? Bukankah lebih membuka pintu untuk orang luar masuk dan juga merosakkan keluarga kecil Sally?

Dimana nilai wanita Ina? Adakah bermaksud anda mahupun ibu anda gagal di alam perkahwinan, jadi anda mempunyai hak untuk merosakkan rumahtangga kawan baik sendiri?

Kenapa suami sendiri sanggup memperbodohkan isteri? Having an affair dengan kawan baik isteri sendiri.

You guys tak tahu how broken she is when she found out the damage you’ve done.

Oleh itu, untuk wanita diluar sana. Tolonglah jaga maruah diri sendiri. Jangan merosakkan kebahagiaan orang lain untuk membina bahagia anda.

Roda itu berputar, jika anda buat orang lain menangis. Tak mustahil satu hari nanti ahli keluarga anda menangis diperlakukan hal yang sama.

Buat Sally, aku harap jika satu hari nanti kau tahu hal yang sebenar.

Aku doakan kau kuat dan ingatlah. Keliling kau masih ada lagi kawan baik yang sayangkan dan ambil berat pasal kau tanpa ambil kesempatan atas kebaikan kau.

– Sara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *