Satu Istana, Dua Permaisuri

Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada admin sebab sudi siarkan luahan saya. Saya berharap dengan cara saya “pillow talk” ini, dapat kurangkan rasa beban sakit hati dan kecewa saya.

Saya Haiza (bukan nama sebenar), berumur 26 tahun sudah berkahwin dua tahun yang lalu. Belum direzekikan Allah untuk ada anak.

Suami saya, saya namakan beliau sebagai Harith. Saya dan Harith bercinta selama 6 tahun dan kami mengikat tali pernikahan pada tahun 2020.

Harith anak sulung dan mempunyai seorang adik perempuan yang kini sudah pon menamatkan zaman universiti. Mak harith seorang ibu yang kematian suami.

Tetapi mempunyai madu madu yang baik hati. 4 orang emak boleh duduk sebumbung bersama. Itu yang saya kagumi. Dan anak anak yang dari ibu lain sangat baik.

Saya pendekkan cerita, setelah menikah dengan Harith. Saya dibawa tinggal bersama mak Harith. Pada awalnya saya okey. Seperti kebiasaan menantu lain. Just follow the flow.

Yang saya kesal kan adalah, perangai mentua saya. Pada awal perkahwinan, Harith hanya pulang ke rumah keluarga saya untuk bermalam cuma sehari sahaja. Itupon hanya waktu malam. Siang hari, bekerja.

Hati ibu mana yang tidak terasa kan? Menantu cuma pulang sekejap sekejap. Tapi saya memahami. Tanggungjawab dia pada mak dia. Saya pejamkan mata. Saya tenangkan hati.

Ibu mertua saya seorang yang baik. Saya akui. Cuma kekadang tu, perangai beliau membuatkan saya jatuh air mata.

Kenapa nak control life anak dia sehingga abaikan perasaan saya ?

Pernah satu hari, saya ajak Harith balik ke rumah keluarga saya. Bila sampai ja di rumah keluarga saya, ibu mertua saya call dan suruh Harith pulang.

Ibu mertua saya mempersoalkan suami saya. “Kenapa kena duduk lelama dekat sana, balik mai”

Saya dengar, dan saya sangat sedih. Saya mengalah lagi. Saya suruh Harith pulang dulu, nanti datang ambil saya semula. Rumah saya ke rumah Harith hanya 15 minit.

Bukan kes itu sahaja, setiap kali ada kenduri atau majlis apa apa di rumah saya. Pastu ibu mertua sibuk suruh Harith pulang cepat. Sedangkan ada tetamu adik beradik saya di rumah.

Saya dah penat nak bahas soal ini, dan akhirnya saya mengalah. Harith pulang ke rumah ibunya, dan saya cover Harith di depan keluarga saya.

Saya dan Harith keluar makan malam dengan keluarga saya. Pulang semula ke rumah, agak lewat. Rupanya ibu mentua belum tidor.

Saya dalam mood happy, terus berubah mood sebab ibu mentua cakap. “Melampau haih keluar sampai balik lewat” Harith hanya diam.

Paling saya kesal, setiap kali saya merancang apa apa untuk keluarga saya. Pasti akan ada halangan dari ibu mentua.

Contohnya, hujung minggu adalah hari untuk berkumpul kami adik beradik. Tetapi setiap kali hujung minggu, ada ja aktiviti lain yang ibu mentua rancang nak halang Harith dari ikot serta.

Bukan itu sahaja, percutian honeymoon saya dan suami pon, ibu mentua sibuk nak ikot. Lepastu bermula la, aktiviti yang dia sendiri rancang tanpa pengetahuan kami.

Senang cerita camni la, ibu mentua ni jenis plan last minit dan plan tu pasti akan bercanggah dengan plan kami.

Bila kami jelaskan plan kami. Bermula lah episod anak derhaka kepada ibu.

Saya ada buat luahan pada Harith, tapi saya takmampu nak luah semuanya sebab saya seorang yang memendam.

Setelah berbincang, kami dalam perancangan nak pindah keluar negeri. Nak hidup berdikari. Ibu mentua tahu. Beliau cuma diam sahaja. Semoga Allah lembutkan hati beliau menerima apa jua keputusan kami selepas ni.

Saya takda niat langsung nak jauhkan Harith dengan mak dia. Tapi saya terpaksa. Sebab saya tahu, Harith pasti berbelah bahagi. Antara saya dan ibunya.

Ibu adalah tanggungjawab dia, tapi saya amanah dari mak ayah saya untuk dia.

Sementara ibu dia masih kuat, masih lagi keluar bekerja. Dan masih boleh pergi kemana mana sahaja. Masa ini lah, saya berharap Harith dan saya duduk rumah sendiri.

Saya minta sangat sangat, pada ibu ibu yang ada menantu perempuan. Ya, anak lelaki mu itu milik mu. Tetapi ingat, menantu perempuanmu juga memerlukan anak lelaki mu.

Saya perlukan kata kata positif dari semua. Saya harap sangat jangan ada yang kecam.

Minta maaf kalau penceritaan saya kurang jelas. Saya menulis luahan ini, dan saya rasa lega.

Salam sayang dari Haiza untuk semua pembaca.

– Haiza (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *