Jangan Menangis Ditingkapku

Assalamualaikum. Nama aku Aina, berumur 20 an, dah berhenti kerja.

Ketika kejadian yang akan aku ceritakan ini berlaku, aku sedang lepak rumah nenek aku selama 2 minggu sebab nenek aku demam.

Aku ni duduk KL dengan family aku, tapi sebulan sebelum ni, aku berhenti kerja sebab gaduh dengan bos.

So, sambil cari kerja baru tu, mak aku tugaskan aku untuk balik ke kampung aku kat negeri Hang Tuah untuk tolong tengok-tengokkan nenek aku yang tengah demam sebab parents aku kerja.

Nenek aku ni pulak jenis degil tak nak duduk jap ngan kitorang kat KL time die sakit tu, yelah expected lah kan orang tua, manelah nak tinggalkan rumah die sendiri.

Nenek aku ni tinggal dengan paksu aku yang masih bujang tapi kebetulan time die sakit tu, paksu kena hadiri kursus pertanian kat negeri lain, that’s why mak aku paksa aku balik kampung jaga nenek.

Takde hal, saya yang menurut perintah.

So aku pun balik jaga nenek. Aku tidur kat bilik nenek gak sebab takut nenek nak minta pape kan.

Aku ni jenis tidur awal, so pukul 10 malam je aku dah kroih kroih kat tepi nenek.

Aku tidur sebelah nenek bahagian tepi tingkap sebab katil nenek katil queen so muatlah aku menempel kat situ.

Jam 2 pagi camtu aku terjaga sebab aku macam dengar suara perempuan menangis kat tepi tingkap bilik nenek aku tu. Ish ape pulak tu ea, aku cakap dalam hati masa tu.

Memula aku buat tak tahu tapi sebab aku dah tak tahan nak buang air, aku terpakse bangun. Bile aku bangunkan je badan aku, suara tu tetibe senyap.

Aku pun kejut nenek aku. Aku cakap aku dengar suara macam perempuan menangis kat tepi tingkap tadi.

Nenek aku pulak cakap takde ape tu. Bunyi musang je tu. Huish serius la nenek? Dah kenapa bunyi musang macam tu.

Disebabkan aku dah tak tahan sangat, aku pakse nenek aku teman aku pi buang air. Hahah. Sorry nek, Aina takot! Nenek aku pasrah and teman aku.

Bile aku keluar je bilik air, aku tengok nenek aku tengah goreng cekodok. Sempat tau nenek aku ni siap buat kopi padahal die tengah demam tu.

Nenek cakap die rindu pulak dulu zaman atuk aku ada, asal atuk aku bangun jaga malam je, itulah rutin harian nenek iaitu goreng cekodok and buat kopi. Pastu berborak. Haha. Part ni selingan je aku nak cite sebab kelakau pulak aku dengan nenek aku ni.

Aku tanya lagi pasal tangisan kat tingkap tadi tu tapi nenek aku masih lagi cakap tu bunyi musang.

Aku tak caya lantas aku pi type kat youtube “bunyi musang” so adelah terkeluar video suara musang menangis ke apa entah.

Eh lah. Memang agak sebijik macam bunyi perempuan menangis even bile aku dengar, takdelah sama sangat macam tangisan tepi tingkap tu tapi aku terime jelah sebab seakan-akan je bunyinya.

Tapi sekarang ni bile aku dengar balik kat youtube, dah macam bunyi suara budak menangis la pulak.

Pape jelah, tapi time tu aku agak puas hati and terima jelah kata-kata nenek aku pasal musang tu.

Nenek aku siap tambah, “Musang tu tengah beranak, sebab tu die menangis memalam macam tu”

Esok malamnya, aku terjaga lagi sebab aku dengar bunyi perempuan menangis kat tepi tingkap bilik nenek aku.

Tapi time tu aku just buat tak tahu and anggap itu bunyi musang tengah beranak bak kate nenek aku (kemain banyak pulak musang beranak sekarang ni, otak aku dok fikir).

Aku nak sambung je tidur tapi yang membuatkan mata aku celik dalam selimut (aku suka tidur selubung dengan selimut) adelah tetibe aku dengar suara kat tepi tingkap panggil, “Aina”.

Suara bukan suara perempuan tau. Suara lelaki yang macam tengah marah. Suara besar.

Berderau darah aku weh. Macam jantung aku terhenti kejap. Okay ni dah bukan musang dah ni.

Masa tu aku takut gile sampai berpeluh-peluh aku dalam selimut sambil tutup mata. Nak gerak kejut nenek aku pun aku takut. Tolonglah pagi cepat, aku cakap dalam hati.

Pastu suara tadi diam. Tak berani aku nak gerak tapi pastu aku dengar ade bunyi ketawa sinis betul-betul kat tepi telinga aku. Ketawa sinis macam “Eheh,” camtu.

Kejung badan aku time tu. Kirenye macam, kalaulah ade orang tarik selimut aku masa tu, memang nampaklah aku ni dah macam sebatang kayu balak yang tak bergerak.

Eee aku yang tengah menaip kat Starbucks yang ramai orang di siang hari skang ni pon still rase meremang bulu roma. Bayangkan keadaan aku waktu tu.

Pastu aku tak dengar pape dah sampailah azan Subuh berkumandang. Lega aku bila aku dengar bunyi azan tu.

Esok tu aku paksa nenek aku bagitahu aku apebendenye kat tepi tingap nenek tu. Nenek tau ke tak? Nenek tak takot ke selama ni? Bertubi-tubi aku serang nenek aku. Haha. Aku cerita jugak pasal kejadian semalam.

Nenek aku rileks je balas, ala semua tu makhluk Allah, nak takot apa nya. Tapi nenek aku memang kuat amalan, itu tak dinafikan. Sebab tu nenek aku tak takot langsong agaknya.

Yang geramnye aku dengan nenek aku ni, sampai sekarang die tak nak bagitahu aku apebende yang nangis kat tingkap tu. Dari mana asal usul? Sejak bile tangisan tu berlaku?

Nenek aku buat tak tahu je dengan aku bile aku tanya pastu dok “Hisyyy hisyyyy takpayah kamu tanya-tanya”

Aku cakap kat nenek aku, aku dah takut tau tak nak tidur bilik nenek tu tapi nenek aku punye solution senang je, die suruh aku tidur kat tempat die. Die pulak ganti tidur tepi tingkap tu.

Nak tidur bilik lain memang taklah, lagi aku seram. Buatnya benda tu berjoget sambil tersengih depan aku, mati kejung agakye aku kat situ.

Ya Allah ya tuhanku. Aku nak je balik KL terus tapi takkanlah aku nak biar nenek aku duduk sorang kan. Terpakselah aku tahan dengar bunyi tangisan tepi tingkap tu setiap malam sampailah paksu aku balik, and aku dah boleh ciao balik KL.

Aku korek kat paksu aku pon paksu aku senyum je kat aku. Arghhh geram akulah dengan dua ketul manusia ni.

So sampai skang aku tak tahu ape kisah sebenar tangisan tepi tingkap tu tapi aku nak confess jugak kat sini, and nak tanya ade sesiapa tak pernah mengalami ape yang aku alami ni? Tolonglah share sikit supaya aku tak keseorangan. Haha.

P/s : Soalan serius kepada pencinte musang, bunyi musang macam mana sebenarnye? Curios pulak rasanye. Aku dengar macam bunyi menangis kalau tengok kat youtube. Hehe.

– Aina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *