Aku Lala (mestilah bukan nama sebenar). Berumur 30an. Ada dua orang anak. Tahun ni tahun kelapan aku berkahwin.
Aku surirumah sepenuh masa yang memang tak berbusiness (Dulu aku rajin join jadi dropship, jual itu ini. Tapi aku dalam fasa mood tengah down teruk nak berbusiness. Dah hampir setahun fasa down aku.)
Ok. Cubalah kau bayangkan, kau ni jenis suka lompat kerja. 3 4 tahun kerja, tak boleh stay lama.
Alasan biasa kau, bos kau tak hargai kau, kau tak dapat bonus, dapat bonus tapi ciput, gaji tak naik, kalau naik pun ciput, stress sebab kerja kau makin bertambah dan macam-macam lagi lah alasan.
Itu belum kira lagi kau jenis try hard nak jadi pekerja terbaik, wekeend pun kau bantai kerja, bertahun kerja annual leave kau tak sentuh, jarang ada masa dengan makpak/ family sebab dunia kau kerja jela memanjang.
Tapi end up, boss kau tak nampak pun kau sebagai pekerja yang baik. Nak hargai kau pun tak. Kemudian kau pun lompat ke kerja lain. Niat nya konon bos baru kau dapat lah hargai kau sebagai pekerja. Paling kurang pun, gaji kau naik setimpal apa yang kau dah buat.
Tapi keadaan lebih kurang sama je macam bekas bos kau dulu. Dan kau pun ulang lah benda yang sama 3 4 tahun seterusnya sampai abang Jamil mampus.
Aku nak kau fikir sekarang macam mana perasaan isteri kau (atau suami) kau ‘berkhidmat’ untuk kau sepanjang dua, empat, lapan, sepuluh atau berapa banyak tahun pun tapi kau tak pernah hargai.
Kau rasa isteri (atau suami) kau boleh tak bertahan dapat ‘bos’ macam kau?
Yang jenis tak hargai, tak dapat ‘bonus’, kerja lebih masa tapi ‘upah’ tak dibayar.
Isteri kau minta itu ini sebagai ‘ganjaran’ dia as wife/ housewife kau tapi kau buat tak tau, beli barang hobi kau elok kau ada duit.
Itu belum lagi isteri (atau suami) kau kena hadap toxic dari ‘big big big boss’ kau (dibaca keluarga mertua).
Isteri (atau suami) kau terpaksa kerja lebih masa sebab nak layan kerenah kau, terpaksa letak tepi makpak sendiri atau urusan sendiri sebab nak ‘berkhidmat’ dengan kau, dengan keluarga kau.
Dunia isteri (atau suami) kau tu, cuma kau dengan anak anak je. Kalau isteri (atau suami) kau boleh lompat ‘berkhidmat’ untuk orang lain dah lama dia buat.
P/S: Aku suka guna ‘isteri (atau suami) kau’ kat atas tu sebab situation rasa tak dihargai/ toxic relationship dll tu boleh jadi pada lelaki atau pun perempuan. Perkataan lain yang ada ‘ ‘ (sebagai contoh ‘berkidmat’) pandai-pandai lah kau maksudkan sebagai apa.
Aku baru ni anniversary perkahwinan aku dengan suami yang kelapan tahun. Tiap tahun aku harap adalah hadiah ke, celebrate ke dari suami. Tapi hampa jela. Aku rasa macam aku je yang beria bagai.
Tiap tahun aku akan standby dua ke tiga bulan sebelum anniversary untuk kumpul duit beli hadiah ke atau masak sedap sikit untuk suami aku. Yela aku kan surirumah, mana ada duit sangat pun.
Tu kena kumpul duit sesiap awal dua tiga bulan. Kalau aku bagi hadiah pun, takde lah hadiah tu mahal mana. Yang mampu aku sebagai surirumah beri pada suami. Kalau memang nak nagi hadiah mahal (pernah bagi ya) memang aku kena kumpul dari awal tahun lah jawabnya.
Aku memula faham je suami aku bukan berduit sangat pun. Tapi tak kan lah kau takde efforts nak buat isteri sendiri rasa dihargai disayangi rasa gembira, untuk satu hari itu? Bawa pergi makan pun tak. Dah dapat gaji celebrate lambat sikit takpe pun kan.
Entah la. Aku dah kawin bertahun mesti lah aku harap ada yang special untuk satu hari dalam perkahwinan kami which is our anniversary day. Bukan tiap hari aku minta untuk dihargai. Cuma satu hari saja untuk rasa dihargai.
Aku rasa dalam perkahwinan aku ni, aku je banyak give. Suami aku banyak take. Kerja rumah semua, aku uruskan. Anak anak memang aku uruskan semuanya.
Suami aku nak lepak dengan kawan? Nak main game? Nak mancing? Lebihkan keluarga suami dari aku, dari keluarga aku? Terpaksa duduk dengan keluarga mertua bersempit macam sardin padahal kau ada hak nafkah tempat tinggal? Aku okay kan je.
Semua aku okay kan je sebab nak mudahkan urusan kau sebagai seorang suami, seorang bapak, seorang anak lelaki tunggal.
Berhari berminggu berbulan bertahun aku okay kan semua perkara, aku hadapkan semua susah senang, tapi takkan untuk satu hari je rasa dihargai tu untuk aku takde?
Kalau setahun dua aku boleh terima lagi. Tapi dah masuk lapan tahun. Mana lah aku tak mental.
Aku boleh okay lagi kalau aku dibalas rasa untuk dihargai kalau suami aku jenis ringan tulang, ada masa untuk aku, cukup bagi aku nafkah zahir batin, keperluan dan keinginan aku dipenuhi atau cuba dipenuhi walaupun tak semua, adil antara isteri dan emak kau.
Ni tak, bila aku mental aku burn out dia kata aku gila, aku meroyan.
Kau kalau takde effort, kau banyak take dari give kau dah silap besar kalau nampak aku okay je. Memang sekarang aku nampak tenang dan okay pada mata kau.
Sebab bila aku tunjuk betapa mental dan emosi aku yang dah rabak teruk kau perlekehkan. Aku cuma harap satu hari nanti aku lebih kuat dari sekarang bila aku pilih untuk terus tengok ke depan tanpa toleh ke belakang.
P/s: Mungkin ada yang akan comment aku bodoh sebab okay kan je semua perkara. Ya selepas lapan tahun berkahwin baru aku sedar aku memang bodoh. Masa aku tak sedar kebodohan aku tu, aku cuma ada rasa kasih, sayang, dan cinta pada suami aku.
– Lala (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit