Dikacau “Dia” Lagi

Bismillah, hai kenalkan aku seorang gadis yang biasa-biasa sahaja berumur pertegahan 20-an. Hidup happy go lucky

Berkaitan tajuk aku, aku tak tahu sama ada cerita ni akan jadi seram atau kelakar.

Aku dari kecil memang mudah nampak entiti halus ni. Ikut kata mak aku, tiap kali aku balik kampung, mesti aku akan tunjuk si “dia” yang berada dimana-mana sahaja.

Badan besar. Mata terkeluar, rambut panjang dan lain-lain pasti aku akan ceritakan secara details kepada mak.

Meningkat alam remaja, gangguan agak kurang tapi orang sekeliling aku akan terkena tempias.

Pernah sekali rakan kelasku terkena histeria kerana dia nampak aku berjalan di tangga sekolah dan siap rakanku ini siap menyapa “aku”. Banyak kali juga rakan ku yang lain melihat kelibatku walaupun bukan aku,

Naik awal 20 an, aku mula rasa effect gangguan. Dulu hanya nampak dari jauh tapi sekarang hujung kaki dia main kacau.

Bayangkan tengah tidur, buka mata ada akak ponti tepat2 di hujung kaki tengah memandang ke arah aku. Tapi alhamdulillah, aku jenis slow respond. Aku tak menjerit atau menggelabah sebab tengah loading apa patut buat.

Caranya, aku kibas kaki aku then pura2 menggeliat. Pastu sambung tidur.

Tapi akak ponti tak berhenti kacau aku, dekat seminggu juga dia datang dalam keadaan yang sama tapi hanya berdiri dan tunduk ke arah aku.

Bila pergi berubat, lahh rupanya akak ponti nak tumpang bilik aku sebab rumah dia dah kena tebang.

Hmm mana boleh. Penat aku deko bilik aku mahal2 senang-senang ja nak tumpang. Bayarlah.

Ustaz suruh aku minum air penawar yang dia buat dan sapukan seluruh badan before tidur. Tapi tu la akak ponti ni degil. Tahu je aku pergi berubat, makin teruk aku kena.

Tiap kali aku tidur, mesti badan aku akan panas dan muka aku membengkak sampai nak buka mata pun tak boleh. Masuk je azan subuh badan aku normal kembali. Haihs.

Pernah juga aku nak pergi kolej, aku naik motor dan jarak kolej aku dari rumah lebih kurang setengah jam. Jadinya memang aku keluar awal lebih kurang 6.45 pagi.

Kawasan rumah aku pula memang pure perkampungan. Baru saja keluar dari kawasan rumah, lalu di jalan sawit, aku usya side mirror lah apa tu!!

Ada kepala berambut serabut tengah duduk di belakang aku dan sama-sama jenguk aku melalui cermin side mirror. Pikir sweet la tu tengah eyes contact.

Lalu lagi di kawasan kebun pisang, tiba2 ada seorang nenek tua berbongkok melintas.

Kemas je kain batik yang dipakai. Ala macam cerita nenek kebayan tu. Haaa macam tu lah. Dengan tongkat kayunya. Lalu betul2 depan aku, aku pun cerdik terlebih. Berhenti tunggu nenek melintas.

Slow motion teruk masa ni. Padahal jalan kecil ja. Nasib juga pagi tu mood ramah aku tak datang, selalunya memang aku akan tegur makcik2 area sini.

Tapi time ni aku diam ja sambil dalam hati “bagus nenek sapa la bangun pagi2 macam ni”. Lepas saja nenek tu melintas aku pun pulas minyak sambil toleh belaakang. Lahhh! Hilang. Cepat betul.

Sepanjang aku nak ke kolej, tak berhenti kereta hon aku. Aku malas fikir sebab aku dah lambat nak ke kelas pagi. Nasib korang la apa yang korang nampak. Hahaa.

Tak berhenti dekat situ je…

Di kolej pun aku kerap kena gangguan. Tengah sedap membuang hajat, tiba2 tangki flush aku flush sendiri.

Dia macam tidak menghormati orang yang tengah membuang hajat tau. Dah satu hal nak kena tunggu air penuh tangki balik. Tahu tak masa itu emas? Hmm..

Kalau di rumah, sambil aku study, “dia” main campak-campak barang. Kelakar ke?

Tengah sedap aku belek-belek buku, keyboard aku berbunyi macam ada orang tengah menaip. Bila aku pusing tak ada pulak. Kalau tak main keyboard mesti akan ada barang aku yang dibaling.

Pernah sekali kamus aku yang tebal ya amat jatuh tiba-tiba dari atas almari dan masa tu aku tengah solat betul-betul hadapan almari.

Ish.. Kalau timpa kepala kamus tu. Memang error terus otak aku yang selama ni asyik loading.

Hmm actually banyak lagi. Saja aku nak kongsi pengalaman sebagai seorang manusia yang tah la nak cakap hijab terbuka atau tak. Saja nak bazirkan masa korang, haha.

Yang dikacau “dia”

– Iki (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *