Salam, terima kasih admin siarkan confession aku. Aku Mawar. Aku dah berkahwin. Sekarang prengnant anak no 2. Anak no 1 aku comel sangat sebiji muka aku.
Walaupun mertua aku tak boleh terima anak aku ikut muka sebab dia tetap nak cakap ikut muka suami aku. Sedangkan semua orang panggil anak mak. Haha.
Aku lepasan dgree dan sekarang bekerja. Perkahwinan aku dah masuk tahun ke 2. Suami aku comel, baik, soft spoken, clingy, setia, sayang aku sangat2. Aku kenal dia masuk tahun ni dah 10 tahun. Cuma tu lah, tak kan nak bahagia je kan, aku diuji dengan ibu mertua.
Tahun ke 8 aku kenal dengan suami, kami bertunang. Tempoh tunang ni memang sedih sangat. Hari2 aku berendam air mata. Bukan sebab perempuan lain sebab masing2 tak nak mengalah nak settle down mana.
Aku dengan suami aku ni LDR. Aku tak nak keluar negeri aku, dia pun sama. Habis tak kan kau kahwin nak duduk jauh2 baik tak payah kawin bujang je lah sampai bila2. Yang aku tahu sebab utama dia tak nak pindah keluar sebab mak dia tapi aku takda bukti kukuh.
Masa tu aku cadangkan masing2 kena try minta kerja, aku minta kat negeri dia, dia minta kat negeri aku. Siapa dapat dulu dia kena tukar. Adil kan?
Masalahnya aku je yang beria2, dia? takda tindakan apa2. Jadi setiap kali balik kerja sebelum aku naik bilik sewa aku nangis puas2 dalam kereta.
Tak kan aku nak putus tunang kan. Lagi pun dah kawan lama, frust la orang yang 8 tahun kau kenal, hari2 cakap nak hidup sama2 boleh sembang kari. Aku time tu nak je putus tunang, ingat aku tak laku sangat ke haaa. Hahaha.
Pendek cerita lepas 3 bulan, aku dan suami kahwin juga. Kami PJJ. Hujung minggu je suami aku turun negeri aku. Kesian dia, penat tapi kalau tak jumpa aku dia rindu pula kat aku. Hahaha. Bila nak balik negeri dia, sama2 menangis, sedih weyh terseksa tau.
Masa Gov umumkan MCO, aku WFH. So, suami aku minta aku duduk dengan dia which is rumah mak mertua aku. Huhu. Aku terkandas kat sana dekat2 setahun.
Masa tu aku dah pregnant 4 bulan. Semuanya ok je. Alah kecil2 hati, buat muka tu semua aku boleh positive lagi. walaupun orang kata pregnant ni sensitip tapi aku ok je sebab aku masih boleh kawal emosi.
Suami aku pula jenis melekat je. Bahagia aku, sebab suami manjakan aku, keluar memana berdua, kadang2 mertua buat muka tinggal dia tapi aku buat dont know je. Aku layan mertua baik, kadang2 aku dengan suami sembang mertua rasa terpinggir aku ajak dia sembang sekali.
Suami aku pesan makanan, aku suruh pesan untuk mertua sekali. Aku kalau boleh nak layan macam mak aku. Tapi tu la mertua aku sayang anak dia je. Hahaha.
Aku bersalin dan pantang kat rumah mertua aku. Aku czer, ibu kandung aku datang nak jaga aku, aku sewa rumah sebuah untuk beberapa hari. Yeala time ni gaji kepuk2 lagi mampu la haha. Aku semua benda aku boleh sabar. Tapi jangan test kesabaram aku. Jangan over limit tu je.
Masa kat rumah sewa, kelengkapan masak kurang. Semua orang dah isi perut, aku tak makan lagi, ibu aku pun masak seadanya. Nama pun ibu kandung kan. Ibu aku campur je ikan tenggiri dengan bubur dalam rice cooker.
Aku tak rasa teruk sangat food tu janji kenyang yela pantang kan bukn boleh makan suka2 tapi aku tak tahu kenapa mertua aku kena curi2 makan bubur tu dan kutuk depan anak2 dan cucu dia masakan ibu aku. “Hanyir, busuk, tawar, tak lalu nak makan” dengan muka jijiknya.
Sorry masa ni aku rasa dah over boundary mertua aku ni. Suami aku senyap, mungkin terkejut dengan kata2 mak dia sendiri. Aku diam, tahan marah.
Sepanjang kat rumah sewa tu, hari2 mertua aku datang. Pukul 8 sampai 11 malam. Ibu ayah aku tak selesa sebenarnya. Ye tak bagi can langsung. Setiap kali ibu aku nak mandikan anak aku dah macam berebut2 dah.
Sian ibu aku, dah la datang jauh 400km lebih tapi nak uruskan anak aku untuk beberapa hari pun kena berebut2 dengan besan hahaha. Tapi ibu aku cool je.
Ibu aku ni lembut orangnya. Aku ni ikut ibu aku la hahaha tapi kau jangan bagi aku marah je. Lubang hidung kau pun aku tak sudi nak tengok hihi.
Habis tempoh menyewa, aku dah kuat sikit. Aku balik rumah mertua. Rumah mertua aku jenis rumah tinggi. Aku naik perlahan2. Aku sebenarnya tak faham kenapa mertua aku ni cemburu dan tak puas hati dengan ibu aku.
Sedangkan ibu aku tak pernah cakap buruk, kalau aku ada complain mertua aku pun mesti ibu aku sabarkan aku. Ibu aku pun bukan jenis cucuk2 aku.
Masa kat rumah mertua aku, mertua masuk bilik aku dan complain biskut mayat mak aku bagi tu “tak sedap, tawar, keras, mak tak suka”.
Aku diam, aku cuma berkata2 je dalam hati. “Itu biskut orang pantang, bukan orang sihat… siapa suruh makan, sebuk nak makan”. Suami aku diam.
Mertua aku ni dia suka control orang, nak orang dengar cakap dia. Sampai aku nak panggil anak aku apa pun dia betulkan, bagi pakai bedak tak boleh, bagi pakai baju kat anak aku pun dia pertikaikan.
Ada je lah yang tak kena. Semua kena dengar cakap dia. Annoying tak kalau orang betulkan perkataan yang kau cakap for every single time. Serious aku cakap, masa ni memang aku rasa nak meroyan. Dah la jauh dengan family aku.
Masa pantang ni juga, mertua aku akan beli breakfast nasi untuk suami aku dan diri dia shj. Aku? Makan je biskut kering atas meja tu cicah air milo ke kopi ke. Tak kan la tak boleh beli nasi dan ayam goreng sebungkus tanpa kuah lagipun aku dah 2 minggu bersalin.
Aku tengok je dorang makan. Dia kata dulu2 dia macam tu makan biskut je. Nasib baik aku berduit aku order nasi kat foodpanda atau grab pagi2. Menangis aku cerita dekat ibu aku.
Sampai hati kan buat aku dalam pantang macam tu, sehari dia masak sekali je untuk aku tu pun ikut cara masakan ibu aku, makan la lauk tu waktu tengahari.
Malam kau pandai2 la makan biskut kering lagi. Benda ni aku senyap lagi sebab duduk rumah orang kan. Cuma aku ada bagi hint kat suami aku, aku nak pindah cepat2 nak rumah sendiri.
Suami aku understanding, dia tahu aku tak selesa. Dia cakap ok tapi bagi masa sikit untuk cakap dengan mak dia.
Sebenarnya suami aku penah nasihatkan mertua aku supaya jangan sekecil2 cara yang berbeza antara aku dan dia nak diperbetulkan.
Tak best kan. Pernah juga suami aku tegur mertua aku kerana selalu jadikan saiz badan aku sebagai jenaka dan macam body shaming la. Suami aku tak suka walaupun maknya sendiri yg sebut.
Aku sebenarnya dah decide nak resign sebelum aku bersalin. After habis cuti pantang aku balik bekerja untuk habiskan notis kerja sebulan, aku ulang alik daripada rumah mak aku ke tempat kerja sebab aku dah keluarkan segala barang kat rumah sewa dulu.
Aku bangun pukul 4.00 pagi, atas highway pukul 5.00 pagi, balik keje pukul 8.00 mlm baru sampai rumah. Penat, sedih, kecewa. Aku korbankan kerjaya aku dan gaji yang stabil untuk suami aku dan anak aku.
Mak mertua siap boleh cakap “takpelah keje sini gaji sikit janji ada, daripada takde langsung”.
Nak je aku menjawab, kalau susah dia nak hulur duit ke, tapi ibu ayah aku tak ajar aku jadi kurang ajar. Aku simpan lagi. Sebenarnya banyak benda yang aku simpan dan pendam sebab tu lama2 jadi nanah dalam hati aku.
Ohh ye, masa aku nak balik rumah ibu aku untuk habiskan sebulan notis berenti kerja.
Hari2 dia akan cakap dengan anak aku yang baru je habis pantang tu, “nanti balik sana jangan lupakan dia, nanti balik sana jangan tak nak kat dia dah, nanti balik sana jangan tak sayang dia dah, nanti balik sana seronok la ada atok wan kat sana pastu lupakan dia”.
Aku memang tak faham kenapa dia kena dengki dan cemburu hati dengan mak aku. Aku cukup menyampah bila orang cakap macam tu dengan anak aku yang tak faham apa2 lagi. Bad influence!!
Selesai urusan berhenti kerja, aku dan suami uruskan bab pindah rumah.
Masa nak pindah tu, mertua aku memang buat drama dengan ayat2 sedih macam suami aku anak derhaka tak datang jenguk dia dah lepas pindah. Jarak rumah kami tak sampai 10 minit jadi aku tak faham kenapa dia macam tu.
Masalah mertua aku ni seolah2 aku nak culik anak dia bawa lari jauh2 padahal aku siap resign lagi pindah sini. Dia risau anak dia tak makan masakan dia, tak sayang dia tak jenguk dia. Masa ni aku kerap gaduh dengan suami aku.
Baru aku tahu kenapa suami aku beria2 tak nak keluar daripada negeri dia sebab ayt yang buat suami aku rasa seeprti anak derhaka. Aku ada confess dan tanya suami sebab ink ke dia tak sanggup pindah. Dia admit.
Kami bergaduh banyak sebab mak mertua aku. Sebab aku dah tak tahan dengan perangai mertua aku yang suka masuk campur nak ajar itu ini. Masa dah pindah masuk rumah kami, mertua aku kerap call sampai aku laki bini naik rimas.
Salah ke aku nak ada privacy dengan suami aku dan buat keputusan sendiri tanpa ada orang ajar dan perlekehkan. Aku tak rampas anak dia, aku biarkan suami aku uruskan check up dia, jenguk dia kat rumah dia.
Aku tak pernah halang suami aku. Suami aku ada je adik beradik lain. Tapi malas nak citer larr.. hermmm.
Sebenarnya, apa yang mertua aku buat tu betul2 beri kesan negatif dan mendera emosi aku sebab semuanya terjadi ketika aku berpantang ketika tu emosi aku benar2 tak stabil. Aku betul2 terluka dengan setiap kata2 dia.Aku sebenarnya masih berjuang dengan emosi aku sekarang.
Aku tak benci mertua cuma aku tak suka sikapnya. Rimas. Aku memang down dan tak boleh lupakan kata2 yang menghina ibu aku.
Sehingga sekarang aku masih cuba memaafkan dan melupakan. Aku pernah terfikir untuk tinggalkan suami aku dan hidup dengan anak aku shj. Aku kalau boleh tak nak ada kaitan dengan mertua aku dah, setiap kali aku tengok muka dia hati aku akan terguris semula.
Tapi suami aku sangat sayangkan aku, dia selalu pesan jangan tinggalkan dia. Aku kesiankan dia. Aku ingat lagi masa kami dapat kunci rumah sewa aku peluk dia kuat2, aku cakap terima kasih sediakan rumah ni untuk aku dan anak kami.
Aku hadir dalam hidup suami aku bukan sebab nak rampas saumi aku daripada mertua. Aku cuma nak rasa kasih sayang mertua yang layan aku sama macam mak aku sendiri layan aku.
Baru2 ni, aku balik rumah ibu aku. Aku balik pun 6 bulan sekali sebab kos nak balik tu buat kami fikir banyak kali. Tapi aku betul2 sedih bila mertua aku push suami aku untuk balik cepat. Mertua aku call suami aku tapi dia tak jawab, kemudian call aku.
Aku angkat dan buat loudspeaker, suami di sebelah tak sihat dan ambil MC tak mampu drive jauh. Mertua aku tanya tak balik lagi ke, kena balik la kena rehat, ni MC nanti bos bising. Ada je lah ayat2 yang aku rasa dia tak suka bila aku balik rumah ibu aku.
Satu lagi soalan yang aku tak faham kenapa dia kena tanya ialah “a**(nama anak aku) ok ke?? . Apa expectation answer mertua aku? of course anak aku ok dengan nenek dia. Manja je.
Entahlah, banyak lagi benda yang melukakan dan mengguris hati aku. Aku diamkan dan pendam sehingga jadi diri aku sekarang, keras hati.
Sebenarnya hati aku dah tawar habis, aku rasa malas nak buat baik dengan orang sebab orang akan over boundary.
Aku dah cakap dengan suami aku, aku dan anak2 boleh hilang terus daripada hidup dia kalau aku tak tahan dengan mak dia. Aku boleh pulangkan dia kat mak dia kalau mak dia masih tak boleh lepaskan anak dia.
Aku muak, penat, stress, mentally down, sedih, kecewa. Sekarang gaji aku rendah beza hampir rm700, aku nak beli baju untuk anak aku pun fikir banyak kali.
Dan setiap kali aku tak mampu beri yang terbaik untuk anak aku, aku pasti teringat ayat gaji sikit takpe janji ada. Aku sebenarnya tak tahu macam mana nak terima mertua aku semula seadanya.
Dulu aku memang baik dengan mertua. Tapi sebab aku rasa dia over boundary, aku kena ada gap supaya dia tak senang nak control aku. Aku selalu menjerit dan menangis dalam kereta ke tempat kerja bila teringat apa yang mertua buat kat aku.
Anak aku selalu perhatikan aku, perlahan aku usap air mata aku. Percayalah, setiap orang yang berubah ada sebabnya.
Dalam hidup ni tolong jangan control orang, jangan masuk campur urusan anak menantu, jangan ajar itu ini, jangan hina keluarga menantu terutama ibunya, jangan kerana kita anak menantu boleh bercerai berai.
Itu saja cerita aku. Doakan aku boleh melupakan semua ini dan berlapang dada. Kalau boleh nak lupa dan layan semula mertua macam dulu tapi aku tak boleh. Memang tak boleh. Aku trauma, takut mertua sedihkan hati aku lagi… aku takut bila terlalu rapat dan selesa, mertua akan take for granted.
– Mawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit