Bila aku baca cerita kakak offshore aku terkenang kisah aku… Tapi mungkin aku bernasib baik, aku tak jadi kahwin. Kisah aku mula bila aku bertunang. Aku bertunang dengan kawan aku.
Memang dah kenal lama and masa sekolah dia kategori budak baik la daripada aku ni. Sebab aku ingat dia baik masa sekolah so aku terima bila dia ajak tunang.
Masa sebelum tunang aku tau dia kerja biasa-biasa. Gaji aku dengan dia pun aku 2 kali ganda lebih dari dia.
Tapi aku terima masa tu sebab bagi aku kalau kau kerja gaji puluh ribu pun kalau tak pandai manage kewangan tak guna juga.
Masa sebelum tunang pun kami ada bincang pasal hutang pasal kewangan and dia bagitau tak ada hutang segala and bersedia kewangan semuanya.
Selepas tunang mula dah cerita lain. Dia berhenti kerja dan pergi luar negara untuk kerja di sana. Masa tu aku tak familiar sangat keadaan orang pergi luar negara untuk kerja petik-petik buah or kerja kontrak ni.
Tapi tak apa itu pilihan masing-masing. Cumanya sebab dia tunang aku dah masa tu aku terfikir apa keperluan dia pergi sana dengan berhenti kerja yang dah sedia ada. Tapi dia tipu aku kata dia cuti tanpa gaji.
Aku pula kerja pernah juga dalam bidang ambil buang pekerja ni. Tuan/Puan rasa kalau kerja biasa ni ada ke term cuti tanpa gaji melainkan kalau kau berhenti kerja.
Aku dah start bising la kenapa buat macam tu sebab masa bincang tak ada plan pun ke situ and dia pun memang bagitahu tiada masalah kewangan pun.
Dia bagitahu aku pergi sana sebab ada saudara dia kerja di sana… So aku pun ok la jugak sikit dah kata ada saudara kan… Tapi hati aku tetap tak sedap and mula la aku siasat. Baru la aku tahu dia pergi sana atas visa pelancong.
Bukan pekerja ya tuan/puan. Kiranya kalau kena serbu memang akan lari lintang pukang macam pendatang asing dekat Malaysia ni la.
Ok aku dah start susah hati sebab bila habis 3 bulan visa tamat dia balik dia memang tak ada kerja.
Atas nama tunang tu aku pun cari iklan-iklan jawatan kosong suruh dia isi resume and so on untuk back up bila dia balik nanti walaupun hati aku panas juga dengan benda dia buat ni.
Sampai saat dia habis kerja di sana and balik sini dia bagitahu aku dah ada duit.
So tambah dengan yang dia ada sebelum ni katanya duit dah cukup untuk kahwin. Tapi aku tetap tak rasa gembira. Aku tak tau kenapa.
Tapi aku rasa semua di tempat aku pun akan rasa apa yang aku rasa. Sebab sebelum tunang dia cakap sedia kewangan semua.
Bila dah sampai Malaysia aku start bincang dengan dia persiapan kahwin kami. Untuk pengetahuan semua masa dia di luar negara tu persiapan aku buat sorang dan belanja-belanja aku yang dulukan.
Dia janji nak bank in dekat aku duit persiapan memandangkan kenduri kami buat sekali dua-dua belah pihak tapi malangnya sampai sudah duit tak masuk-masuk.
Bila balik dia tak kerja dan tak ada gaya pun nak cari kerja. Siap cakap nak kerja tahun depan.
Untuk pengetahuan semua masa tu bulan 10. Kami akan kahwin bulan 12. So nak kerja tahun depan tu dengan keadaan nak kerja apa, dekat mana pun tak tahu lagi ye kawan-kawan.
So bayangkan dia akan menganggur sebelum kami kahwin dan the best part balik yang dari kerja luar negara kata boleh dapat banyak duit tu, dia cuma ada 500. Korang rasa..?? 3 bulan pergi sana tu je hasil..??
Dengan semua duit yang ada sebelum ni pun habis masa kerja sana. Kalau kerja sebelum ni kau boleh dapat dua ribu sebulan. Cerdik tak cerdik la cara fikir tu. Tak faham aku.
Last aku kata dalam hati aku memang tak boleh menjerut diri aku. Dia dah tunjuk bayang masa hadapan kami.
Macam mana dia punya effort nak kahwin tu bila semua aku urus dia boleh rileks-rileks tak kerja semua aku keluar duit. Tak kahwin lagi macam ni dah.
Best part lagi bila dia minta aku buat pinjaman untuk buat belanja dan hantaran masa kahwin.
Ini la big no aku dan aku pilih untuk putuskan pertunangan ni sebab aku tak rasa selepas kahwin dia akan gigih cari duit untuk bina keluarga kami. Betul…
Kalau orang yang tak ada masalah akan cakap duit bukan segalanya. Tapi sebab duit juga banyak rumah tangga hancur.
Aku tak nak aku sakit menanggung biawak hidup. Kahwin ni kita nak suami yang bawa hala tuju keluarga kita memimpin kita.
Tapi kalau dah nampak bayang masa depan tu jangan la cuba-cuba teruskan.
Ya masa putus tunang aku malu… Tapi malu hanya seketika. Daripada sakit yang berpanjangan menanggung beban dan makan hati kan.
Bila putuus tunang pula baru lah adik dia bagitahu aku yang abang dia tu memang blacklist tak bayar hutang.
So kamu semua rasa apa perasaan aku masa tu. Sedih kan. Umpama hanya dipergunakan untuk bela anak/abang diorang ni.
Sebab selama ni rupanya memang ex tunang aku ni ditanggung keluarga. Nak dating dengan aku pun minta duit ayahnya… Sepanjang kami kenal dia tak pernah tunjuk keadaan minta ditanggung tu.
Dan aku pun takkan la nak check balance dalam bank dia kan… Nanti kata aku mata duitan pula… Tapi mujur jugak selepas tunang baru dia tunjuk his real colour. Kalau lepas kahwin baru tau lagi naya.
Jadi kepada lelaki, jadilah seorang yang progresif, bertanggungjawab, yang mempunyai kualiti sebab anda ketua keluarga.
Sebab pada zaman sekarang ni menakutkan lelakinya bila ramai yang hanya nak menumpang kesenangan pasangannya.
Sorry kalau tulisan aku ni tunggang langgang. Hanya aku nak meluahkan apa yang terpendam selama ini. Terima kasih.
– Ani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit