Benchmark Yang Tinggi

Assalamualaikum semua. Saya seorang pembaca yang kurang aktif (tak pernah komen),

Tapi kebelakangan ni kerap keluar kisah rumahtangga yang bermasalah, yang kebanyakannya berpunca daripada lelaki yang kurang/ tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ketua keluarga.

Jadi, saya terpanggil untuk berkongsi kisah suami saya.. izinkan saya untuk berkongsi satu sisi positif seorang suami, seorang ketua keluarga.

Bagi saya, suami saya dah meletakkan benchmark yang tinggi buat anak2 perempuannya dalam memilih suami kelak. Tapi ye lah.. masa fasa awal perkenalan macam mana nak tahu karakter lelaki tersebut? Memang agak sukar.

Suami saya boleh dikategorikan sebagai melayu sejati. Maksudnya, dia kurang menunjukkan sikap romantik terutama sekali depan orang malah depan anak2 pun dia malu.

Nak bagi bunga? Memang tak pernah walau sekali dlm hidup. Tarikh anniversary pun selalu lupa! Dah tu..

Apa yang buat benchmark tinggi?

Sebenarnya dia romantik dengan cara dia yang tersendiri. Walaupun tak pernah bagi bunga, dia selalu belikan makanan kegemaran saya.. kek, coklat dan aiskrim. Sampai saya suruh stop sekejap.

Ye lah kalau dah selang sehari makan kek yang sama jemu jugakla.. belum ambil kira kolestrol lagi tu. Parah nnti di usia senja.

Walaupun selalu lupa tarikh anniversary (lama2 dengan saya sekali pun lupa!) dia selalu belikan hadiah bila tahu keperluan. Contoh, handphone.

Sejak daripada kahwin, dari zaman guna 3310 dulu (ya kami dah seasoned dah pun haha) tak pernah saya beli sendiri handphone.

Kalau rosak atau perlu ditukar, mesti dia yang belikan. Ada sekali tu baru 2 kali sebut tak boleh detect GPS, tau2 dia surprise-kan dengan handphone baru.

Lagi satu, barang kemas. Saya bukan peminat barang kemas. Dulu cuma ada seutas rantai leher, rantai tangan yang dibeli dengan duit mas kahwin dan cincin kahwin. Tak pernah hairan pun dan tak pernah ambil tahu bab emas.

Tapi suami minat rupanya. Bila rezeki dia bertambah, macam2 barang kemas dia belikan. Tiba2 tengah masak dia sarungkan rantai leher.

Tiba2 balik kerja dia bagi kotak barang kemas.. rantai tangan baru.

Ada rezeki lebih, dia ajak pergi kedai PakBib. Dia kata suka tengok bini happy. Daripada serba seutas dah penuh lengan kiri kanan & leher.

Daripada tak minat dah tahu macam2 nama pesen2 barang kemas. Alhamdulillah.

Macam tu jugak dengan anak2. Kalau dia nampak apa yang anak suka makan, mesti dia akan belikan. Balik daripada kerja jarang sangat tangan kosong. Ada sahaja yang dibawak balik untuk anak2.

Paling koman pun pisang setandan mesti ada ditangan. Anak mintak laptop, mintak tab.. memang dia akan belikan tapi ada syarat jugaklah.. kena score sekian sekian.. buktikan dulu sekian sekian.. Bunyi macam senang dan mewah kan?

Sampaikan saya selalu musykil mana datang rezeki suami yang mencurah2 ni? Nak kata rajin solat dhuha, macam tak kerap mana. Amal ibadat solat & puasa pun biasa2 sahaja.

Tapi dia memang sentiasa jaga solat dari sejak saya kenal dia. Kalau ada di rumah memang akan sentiasa solat berjemaah di masjid.

Cuma saya perasan dia tak lokek hulurkan sedekah. Banyak kali jugak ternampak sebelum ke masjid waktu subuh dia masukkan RM50 dalam poket. Rasanya jarang sangat dia tinggalkan sedekah subuh.

Kalau balik kampung jumpa saudara yang lebih tua pangkat pakcik makcik memang dia akan hulurkan duit. Kiranya bila nak balik tu tak pernah salam kosong. Walaupun saudara mara sebelah saya sendiri.

Semasa arwah bondanya masih ada, macam2 dia belikan untuk bonda. Dari awal kahwin memang saya dah give up untuk trace bajet perbelanjaan family. Sebab apa? Sebab tiap kali balik kampung berhabis melebihi bajet.

Sekali balik, beli TV. Lagi sekali balik, beli katil untuk bonda. Balik pulak lagi, beli peti ais, beli set sofa. Bab makan tak perlu sebut dah. Dia yang akan ke pasar beli bahan mentah dan belikan sarapan untuk semua orang (adik beradik dan anak2 saudara semua).

Kalau makan ramai2 memang dia yang akan belanja semua orang. Akhir sekali, suami beli rumah baru terus untuk bondanya. Tapi masa tu ayahnya dah meninggal dunia. Tak sempat nak merasa hadiah istimewa anaknya.

Memang suami saya ni sentiasa berusaha menggembirakan ayahbondanya semasa mereka masih hidup.

Sebelum beli barang2 untuk bondanya memang dia ada bincang dengan saya. Saya tak pernah larang sebab saya pun tumpang gembira bila tengok bondanya gembira. Malah saya galakkan lagi sebab saya tahu berkat doa seorang ibu buat anaknya.

Kini ayahbondanya dah tiada, suami saya curahkan sepenuh bakti buat ayahbonda mertua. Bila jumpa seminggu sekali atau 2 mggu sekali, ada saja duit yang dihulurkan. Padahal dia tahu saya memang dah bagi duit bulanan untuk ayahbonda saya.

Kesimpulannya, dengan ayahbonda dan anak isteri langsung tak pernah berkira.. tak pernah kedekut berbelanja. Sentiasa usaha menggembirakan seisi keluarga.

Bukan tu saja, tak pernah tinggi suara dan sentiasa ringan tulang bantu kerja rumah. Walaupun ada pembantu rumah, tandas pun sental sendiri. Bilik tidur pun dia tolong kemas dan vacuum.

Sampaikan anak dara saya kata dia taknak kahwin selagi tak jumpa lelaki macam abahnya.. Yang tak lokek dengan anak isteri. Yang jaga tuturbicara. Yang selalu berusaha membahagiakan keluarga.

Aduhailah anak, macam manalah nak tahu.. masa mula2 kenal suami pun saya terpikat bila tengok dia layan baik ayahbonda saya.

Dia usaha tanya apa yang ayahbonda saya suka dan minat, nak jadikan modal bersembang. Memang jenis peramah dan pandai melayan orang2 tua.

Bukan tak ada yang buruk. Manusia tak ada yang sempurna. Tapi sebagaimana dia boleh terima keburukan dan kekurangan saya, saya terima sahaja pakej lengkap suami. Selebihnya saya berdoa mohon kepada Allah swt.

Dari zaman sekolah ustaz ajar, dalam sujud akhir, mohonlah suami yang baik dan beriman dari sekarang. Alhamdullillah Allah maqbulkan doa hambanya yang hina ini.

Saya cerita kebaikan suami dengan harapan ada yang dapat dijadikan panduan dalam hidup berkeluarga.

Daripada pengalaman sendiri, ternyata semakin murah rezeki seorang lelaki yang membahagiakan wanita2 dalam hidupnya. sesungguhnya itulah yang jadi benchmark yang tinggi buat anak2 kami.

– Kak Jay (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *