Untuk part I, (https://iiumc.com/terjumpa-jodoh-dekat-apps-jodoh/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/terjumpa-jodoh-dekat-apps-jodoh-ii/).
Straight to the point jelah, aku sambung ye. Lepas aku reply story Awie tu dan buat-buat tanya pasal ; bile nak belanje aku makanan tu, setiap minit aku dok check die dah seen ke belum. Sampai ke malam membawa ke pagi esoknya, masih tak seen.
Perasaan aku ni dah macam membuak nak die reply, tak tahulah sebab rindu ke sebab desperate nak attention ke apa, pastu nak whatsapp tak boleh pulak sebab nombor die aku dah buang, chat semua aku dah delete. Ekstrim tau aku sebelum ni, last-last menyesal tertonggeng.
Aku siap uninstall whatsapp aku and install balik, kot-kot la ade chat backup minggu die chat tu, so dapatlah aku retrieve nombor die malangnya, takde. Siap aku check kat outlook email aku if ade tersave contact ke sebab sync contact kan, takde.
Ish geram pulak.
Pukul 2 petang lepas aku solat Zohor, aku dengar bunyik ting ting. Cecepat aku tengok kat screen henpon. Yes!! Awie dah reply. Die balas :
– Nak belanje camne
– Orang tak sudi
Aku dalam hati macam, alala merajuk pulak orang tua ni. Aku pun tukar tajuk and tanya pasal die meniaga kat mana, meniaga lepas balik kerja ke and bila start apa semua tu, tapi Awie balas so-so je. Takde macam haritu kat whatsapp, text die nampak excited giler.
Then aku mintak die call aku sebab ekceli aku nak minta maaf kat die, tapi nak cover punye pasal, aku cakaplah yang aku ade benda nak cakap. Die pulak reply, aku yang nak cakap dengan die, aku lah call. Kenapa die pulak yang kena call.
Ewah mamat ni, kasar nampak.
Takkanlah aku nak cakap aku dah buang nombor die kan, aku pun buatlah alasan terbodoh dalam dunia and cakap, yang aku dah try call, tapi tak dapat connect. Die hantar emoticon smirk (yang jenis senyum perli tu) and balas “Cakap jelah awak dah buang nombor saya,”
Cis, terkantoi pulak dah. Pastu aku reply, “Mana ada, tak baik menuduh. Memang betul saya dah call banyak kali, tapi tak connect. Line ni problem kot,” alasan sangat aku.
Sampai ke sudah die tak call aku haritu. Aku tengok kat story die, die upload video die tengah bakar makanan yang die jual tu with latar lagu raya.
Ekceli story die tu more to nak promote jualan die and kawan-kawan die kat bazar, tapi aku dok view story tu sambil tersenyum. Haha.
Padahal haritu kemain ko takleh nak tengok muke die, eh boleh pulak sekarang ni aku dok telek diri die sambil pikir, macam okey kot die ni.
Tapi aku tengok die macam rendah la pulak bile berdiri dekat kawan-kawan die tu. Adoi, rendah ke ek mamat ni? Nampak sangat aku masih tak move on lagi dengan rupa paras and fizikal die. Terok betoi aku ni, macam la rupe paras aku helok sangat. Haha.
Sebab tu aku nak cakap, kenal online ni memang mencabar sikit pasal physical part ni. Selagi tak jumpe empunye badan tu, selagi tula kite akan dok berteka-teki and wondering memacam pasal rupe bentuk orang tu.
Ko tahu je ko suke die, tapi ko takut ko takleh nak accept fizikal die, padahal lepas ko dah tangkap cintan nanti, ko akan rase dielah terpaling kacak kat mata ko. Hadoilah.
Esoknye, aku reply lagi kat story die. Die upload die pergi hantar makanan yang die jual tu ke Masjid S.P. Tulisan die kat story tu,
‘Alhamdulillah, ade orang bersedekah’.
Lama sikit baru die seen reply aku kat story die tu, tapi die masih berlagak dengan membalas reply aku with one word answer je. Contoh macam ‘Okay’ ‘Ye kot’ ‘Aah’.
Kecewa aku tau.
Beberapa hari jugaklah aku dok reply story die tapi still camtu jelah gaya die and aku masih tak dapat nombor die. Bile die layan nak tanak tu, aku pun macam nak pasrah jelah.
Aku rasa maybe die dah jmpe perempuan lain kat O ke apa kan, better aku move on jelah (5 minit je bertahan pemikiran ni).
Takde maknenye aku nak move on. Aku ni sejenis persistent and akal panjang. Aku tetibe dapat idea untuk pergi usha je die terus kat bazar die menjual tu.
Biarlah aku tengok die sendiri depan-depan untuk hilangkan keraguan aku ni and if aku rasa die worth it, aku akan teruskan misi mengejar die.
Kalau tak, tak perlu lah aku buang masa dok pikir pasal die padahal nanti, aku jugak yang tak boleh nak accept si Awie ni luar dalam. Haha.
Nasib baik die meniaga tu area KL and universiti aku kerja tu area Selangor. So takdelah jauh sangat, still boleh lagi bayar duit grab and pergi. Gigih kan aku siap naik grab. Aku boleh je drive tapi sebab kaki aku ni baru nak pulih kan, so terpakselah sistur tempah grab.
So lepas aku siap lab work esoknya (masa tu aku dah habis MC), awal gile aku balik dari universiti and salin baju pakai jubah hitam with tudung bunga kaler biru, bawak spek mata hitam and mask muka. Buruk bile pikir skang ni dress up aku tu, dah macam hape je.
Kekonon aku nak tengok die and buat penilaian secara secret. Masa tu aku fikir, kalau aku puas hati dengan penilaian aku tu, aku decide malam tu jugak aku akan mintak nombor die semula and mengaku je yang memang aku buang nombor die.
Aku nak pujuk die lah senang cite. Entahlah kenapa aku ni berperangai senget macam ni. Huhu.
Nama kedai die aku dah tahu and bazar tu kat mana melalui story and post die, so aku pon tempah grab ke tempat bazar tu. Dipendekkan cerita, aku jumpe gerai die kat tempat paling hujung sekalik and agak terpisah dari gerai-gerai lain.
Walaupun aku time tu macam terhincut sikit jalan, aku layan je demi nak memuaskan kehendak diri aku. Haha.
Weh sister nervous ye masa melangkah ke situ, adelah dalam 4 orang lelaki time tu yang tengah jaga gerai sambil buat tugas memasing.
Awie time tu tengah bakar makanan kat bahagian depan meja. Aku nampak die je terus aku kenal, of course la kan. First pandangan tu aku terus macam “Oh, okey gak die ni,” Hahaha.
Yang greet aku tu kawan die, Atan with “Kak nak beli apa kak?” and so on. Dah tempah makanan apa semua, aku berdiri jauh sikit kat bahagian kanan meja. Awie yang tengah membakar tu kat bahagian kiri meja. Aku perhati je die tapi die memang fokus bakar makanan.
Takde tengok aku ke apa.
Badan die agak tegap and tinggi lelaki melayu. Just nice la orang cakap. Nape entah die nampak kecik dalam gambar. Muke die still tak hensem kat mata aku ni time tu (sorry to say la ea wahai suamiku) kahkah, TAPI, gaya die yang menambat hati aku. Chewah.
Die macam ade style tau and sejenis membawa vibe cool. Pastu aku tengok die ade tegur pakcik makcik yang lalu kat stall die tu, aku rasa sopan sangat die.
Alahai cair la jugak aku. Aku ni di balik mask dok tersenyum-senyum tetibe si Atan cakap “Kak, ni ye dah siap,” Pastu die berpaling kat Awie and cakap “Ekie, ko dah settle order X tak?”
Aku agak pelik masa tu sebab orang dok panggil nama die Ekie. Aku usha apron yang die pakai pon ade sulam EQY. Bukan nama die Awie ke? Ke ada nama lain? Ke aku salah orang?
Tapi memang die lah tu, takdenye aku salah. Takpe aku letak tepi dulu kesangsian aku tu, aku amik makanan and bayar apa semua and balik naik grab dengan puas hati.
Aku decide yang aku akan usaha kenal die pasni. Berbunga-bunga gaklah hati aku ni masa dalam kereta nak balik ke rumah aku time tu sambil syok sendiri. Bagi aku, die takdelah teruk seperti dalam bayangan aku. Haha. Die macam lepas aku tengok die tu, aku rasa lega sangat.
Malam tu lepas solat teraweh, aku usha balik FB die and baca komen-komen kat gambar die, baru aku perasaan yang memang semua orang bahasekan die sebagai Ekie.
Aku memang tak puas hati dari tadi pasal nama and sebagai seorang penyelidik dan perempuan pulak tu, aku selidik semua tu ke lubang cacing.
Akhirnya aku jumpa profile diri die kat website office die (sebelum ni die tak share die kerja company mana), and aku bengang giler bile tahu yang rupenye nama die Mohd Eqram bin Md Dali (bukan nama sebenar), jangan korang beriye pergi search pulak. Haha.
Eiiiii die ni, memang cicak berkepala lembu tau, masa tu aku dah hangen je sebab kena tipu. Ape pasal ko nak gune nama Awie tu eh? Aku siap search nama Awie and keluarlah wikipidea pasal Awie and ade tulis nama die Azhar. Lol.
Patutlah makhluk ni cakap nama sebenar die Azhar, nama betoi penyanyi Awie rupenye. Congrats pada yang komen kat post lepas dan perasan benda ni. Haha. Anda bijak.
Semua ni dirungkaikan oleh Awie a.k.a Ekie beberapa minggu selepas aku dah tahu pasal nama penipu die tu (masa ni aku dah dapat pujuk die sikit) and die cakap, idola muzik die Awie.
Die pakai nama tu sebab die tak rasa die and aku akan ada pape. In fact die tak rase kat O tu die akan bertemu jodoh so saje-saje lah die pinjam namer glamer tu. Pastu die gelak gembira.
Kite yang dengar ni dah berapi dah ni. Haha. FB die pon bukan nama sebenar, that’s why aku tak dapat detect.
Sakit jugaklah hati aku ni sebab aku beriye tau share nama betul kat O tu, jujur apa semua dengan dia, rupenye daku dipergulakan. Cis.
Tapi long after that, masa aku dah berbaik dengan die, aku ugut die and tanya ade pape lagi tak die tipu aku? Ko jangan memain dengan orang perempuan ni, sampai stress member kena soal siasat. Haha.
Anyway, disebabkan panjang la pulak kisah aku ni, terpakselah aku stop. Aku ni kat lab ekceli, kang bos aku memetir kat aku kang. Sorry tau semua yang terbazir masa baca kisah gedik aku ni, ala yang penting korang dah tahu kan aku akhirnye kahwin. Hihihi.
Please jangan kecam aku and ingat aku poyo nak pepanjangkan manuskrip. Takdenye. Sebenarnye aku ni dok menaip terus dalam kotak confession kat website IIUMC tu, that’s why aku submit terus and takde suntingan ke apa.
Tak sempat aku nak tulis kat word ke notepad ke apa pastu copy paste dekat website, salah satu sebabnya adalah kekangan masa (tapi gedik nak share setori hehe).
Ape yang aku tulis ni sume kuar dari otak aku jam tu jugak, sebab tu die jadik part by part sebab tak reti aku nak singkatkan cite aku ni.
Huhu.
Bos aku dah nak datang tu, aku nampak kepala die terjenguk. Okay bai.
– Cherry (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit