Hubungan Suami Isteri Menyelamatkan Perkahwinan II

Untuk part I, (https://iiumc.com/hubungan-suami-isteri-menyelamatkan-perkahwinan-2/).

Assalamualaikum. Berikutan confession lepas, aku buat satu lagi dan yang terakhir, cuma untuk highlight beberapa perkara yang aku lupa nak explain. Aku takut orang lain buat apa yang aku buat, yang actually not recommended.

Part 1 aku ada mention aku ambil jamu. TOLONG JANGAN AMBIL SUPPLEMENT SEBARANGAN. Terima kasih sebab ada yang highlight kat komen.

Zaman aku ambil tu, Dr Imelda belum trending, banyak ilmu belum sampai pada aku. Itu zaman founder OEM cucuk2 para isteri ni. Ketat la, suami lari la. Aku yang bodoh masa tu pun jadik takut. Aku terpengaruh.

Ceritanya macam ni, aku berurut dengan tukang urut ni, sambil berurut aku pun ada la hint2 aku ni “kering” lepas bersalin.

Dia jual jamu homemade dia buat kat aku. Lepas makan sebulan memang masalah aku hilang. Tapi lepas tu aku tak sambung beli sebab suami tak izin.

Dia risau ada benda tak bagus dalam tu.

Nowadays dah banyak doktor bertauliah nasihatkan kita kat FB, terima kasih banyak2. Aku pernah juga ambil satu jamu ni, sebab aku selalu letih.

Kau tau apa jadi? Aku jadi SHEHULK, buat apa saja kerja, menghadap anak berbondong-bondong. TAK PENAT LANGSUNG. Mula2 aku seronok la kan, habis beberapa round.

Lagi sekali suami aku menyedarkan aku, apa dia isi dalam tu sampai aku boleh bertenaga macam ada jin dalam badan? Tak takut ke ada benda2 dalam tu yang memudaratkan organ? Sejak dari tu sampai sekarang aku tak ambil jamu langsung.

Bukan nak cakap tak boleh, tapi hati2. Sebab tu banyak kali pada confession lepas, aku ulang2 ayat “cari yang bertauliah” tak kisah la apa doktor kau nak jumpa dan apa rawatan yang kau orang nak guna.

Satu lagi, pasal tukang urut. Aku ambil tukang urut Indonesia. Urut badan je sebenarnya, biasa la mak anak 4 yang tak berapa fit ni selalu lenguh kaki tangan padahal malas nak bersenam.

Bila aku hint aku “sakit” masa bersama dengan suami dan susah nak “sampai”, makcik ni urut beberapa tempat dekat kaki. . Memang masalah aku agak settle lepas tu. TAPI….. ada tapi.

Yang sorang cakap aku ada saka harimau, yang sorang cakap rumah ada aku ada hantu. HAHAHA seram kau. Aku tak panggil sesiapa dah lepas tu. Urut seminggu everytime lepas pantang bersalin je. Pandai2 la kome.

Dr Imelda selalu pesan, jangan takut tak ketat lah, suami cari lain lah.. Ada banyak faktor lain dalam ikatan perkahwinan. Betul dan sangat betul.

Kat komen pun ramai kecam cakap aku ni fikir pasal ranjang je. Malu nak baca. Betul la tu, aku nak tulis pun malu, yang baca mesti lagi malu. Jangan la marah2, malu tu part of Iman.

Aku tulis sebab aku baca banyak confession pasal isteri tak dapat nafkah batin kat IIUM Confession ni. Tapi kebanyakan punca diorg ialah husband yang bermasalah. Pasal tu takleh nak nasihat apa kalau suami sendiri tak ambil inisiatif.

Ada juga yang komen, confession ni untuk suami dan isteri yang sendu. Jangan cakap begitu, tak baik. Anda tak dapat ujian tu, cuba fikir apa perasaan lelaki dan perempuan yang ada masalah ni bila baca, Rasa rendah diri, terhina?

Aku cuma share untuk kaum Hawa yang ada masalah. Aku tak sentuh bahagian suami at all. Seperti mana yang aku cakap, bukan salah lelaki, bukan juga salah perempuan.

Tapi untuk isteri2 yang nak fix, fix lah.. Fix masalah tu bukan untuk suami, tetapi untuk diri anda sendiri. Banyak kebaikan untuk diri anda sendiri.

Aku sengaja mention fake orga*m dekat confession lepas sebab aku nak para wanita yang ada masalah ni boleh relate. Dulu aku baru kahwin, benda ni taboo. Aku tak tau nak tanya siapa. Kau rasa benda ni tak affect diri aku ke? Sedih sangat.

Kadang2 benci kat suami aku pun ada padahal husband aku tu sebaik-baik manusia. Puncanya sebab aku yang malu dan tak berani nak confront.

Kalau aku discuss awal2, suami aku pun tau la macam mana nak improve. Ni aku tak cakap apa, lepas tu aku memendam rasa sorang-sorang.

Aku pun tanya makcik-makcik kat office. Memang diorg sangat membantu bagi nasihat. Tapi tak best la kan, buka aib. Ada banyak benda yang salah aku dah buat dulu, so kamu jangan buat ya.

Aku nasihat kat sini, siapa yang baru kahwin atau dah lama kahwin dan ada masalah macam ni, pergi membaca, bual2 dengan suami, jumpa doktor kalau benda tu adalah satu penyakit. Jangan diamkan sebab ada banyak nikmat anda terlepas nanti.

Bukan nikmat hubungan int*m je, tapi nikmat hubungan bertambah baik dengan suami, nikmat boleh share apa sahaja dengan suami, nikmat boleh open dengan suami tentang perasaan kita.

Suami aku tak perlu rasa bersalah pun, sebab aku dah bagitau awal2 lagi, the problem is me. Dan sebenarnya lepas aku confront dengan suami aku, hubungan kami memang bertambah baik.

Ok dah jangan komen lebih2. Orang ramai stalk profile korang kang. Kalau benda ni berkaitan dengan anda, sila baca, pastu buat apa yang patut, jangan nak discuss panjang2 kat sini.

Malu..

– Hantu Kak Limah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *