Tragedi Oktober

Hi assalamualaikum semua. Nama saya Iman (bukan nama sebenar). Im not a storyteller jadi mungkin confession saya agak berterabur sedikit. Saya minta maaf.

Saya dah berkahwin 4 tahun dan hasil perkahwinan ini saya dikurniakan seorang anak.

Saya bersyukur dikurniakan seorang anak yang sangat baik, yang bijak yang soleh begitu juga dengan suami. Mempunyai pekerjaan yang tetap. Saya bersyukur.

Dalam alam rumahtangga tipu kalau tak pernah bergaduh, selisih faham dan sebagainya.

Dan jika berselisih faham, akan selesai dalam sehari tapi kali ni berlarutan sehingga 3-4 hari. Dan saya tidak dapat maafkannya. Suami tidak curang. Suami seorang yang bertanggungjawab dan soft spoken.

Nak dipendekkan cerita, saya minta tolong suami untuk bagi sedikit masa pada saya untuk tolong jagakan anak sebab saya ada hal nak diuruskan.

Sebelum tarikh tersebut saya dah bertanya banyak kali pada suami sama ada tarikh tersebut boleh ke tak suami tolong saya, if tak boleh saya cancelkan urusan tu. Saya tukar hari lain.

Sebab suami kerja pada tarikh tersebut dan malamnya ada event company. Jadi saya minta untuk jaga sekejap.

If saya boleh tengokkan anak masa saya settlekan urusan saya, saya dah buat tanpa perlukan pertolongan suami. Saya tak suka kacau kerja suami dan tak suka bebankan suami.

Suami setuju tolong tapi bila malamnya balik dari kerja, suami bagitahu tak boleh tolong.

Saya jadi kecewa sangat sebab sebelum tu banyak kali saya tanya dia boleh ke tak. If tak boleh takpe. Saya tak paksa pun saya faham kerja dia sebab dia sorang sahaja yang kerja. Saya faham.

Dan tiada kata maaf tiada perbincangan, dia lebih pilih untuk diamkan diri dan asingkan diri dari saya, sedangkan saya dah macam api. Saya tanya dia kenapa perlu macam tu.

Saya dah janji dengan orang bukan tak janji. Sebab berapa banyak kali saya cancel janji cancel janji dengan orang tu disebabkan masa dia tak available.

I keep provoke him. Sampai satu tahap saya yang mulakan dulu minta pisah.

Saya terlalu kecewa terlalu sakit hati sebab takkan dia tak tahu yang urusan tu penting bagi saya tapi saya tetap bagi dia ruang if dia tak boleh takpe. Saya tukar hari lain. Kenapa kena cakap boleh if tak boleh?

So benda ni berlarutan sehingga hari keempat, i keep provoke him. Saya provoke untuk bagi dia bercakap.

Dia diamkan diri shut me down macam rasa takde pape berlaku dan esoknya dan esoknya dia buat macam biasa layan anak makan sedangkan saya belum settle lagi dengan dia.

I keep asking him kenapa kena buat macam tu kenapa kenapa kenapa. Dan dia terlafaz secara kiasan.

Masa dia dengan bola dengan kawan saya tak pernah halang tak pernah langsung halang. Saya cuma minta masa dia sedikit sahaja untuk jagakan anak.

Anak saya jenis takut dengan orang. Sebab saya housewife jadi dari baby dia memang dengan saya. Dah pernah letak dia menangis sampai takde suara.

Banyak kali saya tanya suami adalah dia berniat dia maksudkan masa cakap tu. Kami dah rujuk sementara, dan ustaz pun bagitahu masa kita marah semua tu datang dari hati.

Sekarang ni kami tengah tunggu tarikh bicara mahkamah. If mahkamah kata jatuh, kami redha. Kami tahu kami berdua bersalah dan sedihnya baru 4 tahun berkahwin kami ada sijil rujuk if jatuh talak.

Terima kasih sangat pada yang sudi baca. Saya minta untuk semua doakan saya dan kebahagiaan rumah tangga saya ya. Kami sayangkan rumahtangga ni..

– Iman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *