Aku dah 13 tahun berumahtangga. Dulunya aku sorang yang sangat ceria, suka betul mengemas rumah, macam² dihias. Lama kelamaan keseronokan tu dah hilang. Dah kurang main dengan anak², gurau senda dengan dorang.
Balik kerja aku mandi solat dan berkurung dalam bilik. Scroll hp then tidur. Bangun hanya untuk minum, solat dan masuk bilik semula tidur dan bangun untuk kerja dan repeat esok harinya.
Keseronokan untuk mengemas, masak dan lain² dah mula hilang. Hanya kebencian mula datang. Syabas syaitan, anda berjaya menghasut aku!
Aku ada 2 anak lelaki yang sangat membuatkan aku bertambah benci untuk jadi ibu. Di pendekkan cerita ini adalah alasan kenapa aku benci dengan life berumahtangga aku dan aku memang tak layak dipanggil mak:
1. Aku nak bebas dari komitmen. Aku bodoh layankan fitrah manusia yang ingin berpasangan tanpa tahu keluarga hanya menyusutkan emosi aku.
Aku semak bila balik kerja kena hadap kerja rumah yang tak pernah habis. Aku hanya nak berehat selepas seharian kerja. Bukan melayan kerenah melampau anak².
Padanla muka aku. Nak beranak sangat. Hamik kau. Tak pikir nak didik anak ambik masa seumur hidup tau. Buang masa kau situ jala.
Orang akan cakap “tula orang kawin kau pun nak kawin”.. Kalau aku tahu aku takla aku kawin kan, aku bukannya tukang tilik nasib pun.
2. Aku bosan ulang nasihat yang sama depan anak² aku. Which is aku rasa tak masuk pun dalam kepala dorang. Buang masa sedekad saja.
Terlalu lama oii.. aku bukan sesabar tu. Susah betul nak bentuk disiplin. Dah masak tak reti nak basuh pinggan periuk.. dah main tak reti kemas balik.
Dah bersepah tak faham² kena sapu balik. Apa ingat aku orang gaji. Kalau kau sorang saja yang pembersih lain² nya tak kisah apa gunanya kan.
3. Aku benci segala benda berkaitan dapur. Aku benci dah masak, kemas. Useless kena sediakan bahan; masak, makan hanya beberapa minit, then basuh kemas.
Rutin bodoh apa ni, aku bosan oii. Sekarang lantak la korang nak makan apa. Aku malas nak berpenat². Janji perut aku kenyang dengan apa yang ada.
Kesah apa perut korang. Memandai la cari apa yang ada untuk di makan. Yang penting lepas masak kemas balik. Tak kemas hadapla nanti.
4. Aku meluat habiskan duit untuk anak² aku. Macam aku petik saja duit tu dari pokok. Dari kecik aku hidup susah, ingat dah kerja bolehla beli apa yang aku nak.
Tapi asyik kena dahulukan anak², dapur, bil², yuran. Aku nak hidup senang oii.. Aku pun ada impian aku jugak. Ada adik² mak ayah nak kena tolong jugak.
Ni asyik mintak duit duit. Kalau buat kerja rumah sejukla jugak hati aku nak hulur duit pun. Pandai pulak ambik tanpa izin.
Duit aku dah siap simpan untuk kegunaan sebulan dah lari budget. Sapa nak kampoiii???
5. Aku benci yang amat tengok benda kotor. Aku benci sangat bila anak² aku tak gosok gigi, tak sabun.
Kecik² punya la aku ajar takkan dah besar panjang pun nak kena gosokkan lagi. Dah tu tak reti nak flush bila guna jamban. Pantang betul masuk bilik air ada benda timbul dengan bau² tu.
Serius la bila tengok orang tak gosok gigi ni aku rasa tumbuk ja gigi tu. Dengan hingus² yang tak reti nak kering keluar dari hidung anak sulung setiap masa lagila buat aku angin.
Macam² ubat/ supplement aku beli tak nak pakai/ telan. Bila sakit gatal sana sini memang aku buat pekak badak ja.
Aku bukan macam mak² yang baik kat luar sana. Aku jenis biar anak² aku nampak sebab dan akibat. Bila dah bertahun² ulang nasihat sampai aku ni layak jadi pakar penasihat pun anak aku masih macam tu lantak jala.
Kisah apa aku dah suka sangat dengan kotor rasakan jala. Kena kudis buta 1 badan pun kau tak serik nak expect apa lagi.
6. Aku benci hidup zaman gadjet ni. Surrender betul zaman hp. Tiap kali aku pegang hp anak² berduyun datang nak hp, jadi susah nak buat kerja kalau di rumah.
Punya buat perangai menguji petala langit kalau aku tak bagi. Sama ja si sulung dgn bongsu. Kalau aku bagi tak reti nak stop.
Cakap baik tak jalan, memang ada yang melayang la. Ingat sabar mak kau setinggi gunung everest.
Kira aku bagi main game sejam dua dah cukup baik dah tau daripada tak bagi langsung. Memang aku hambat korang main kat luar pecahkan peluh daripada pecahkan otak depan gajet tak guna.
7. Aku benci anak² aku diajar bapak dorang makan jajan. Macam dah uncontrollable dah. Pengasuh pun asyik upah gula².
Aku dah warning laki aku kalau anak² sakit dek jajan tu memang aku takkan ambik cuti jaga/ bermalam kat hospital. Pandai² la laki aku urus. Aku bukan jenis suka cuti.
Dalam setahun belum tentu aku guna cuti aku. Sebab aku jenis tak suka susahkan orang lain dengan tinggalkan kerja aku pada dorang. Even aku tahu mati esok dorang tak kisah.
Tapi aku suka bila aku kerja. Aku rasa bebas, tenang bila kat tempat kerja. Tak macam aku di rumah
8. Aku letih nak pastikan anak² aku mengaji setiap malam, buat kerja semua tu. Entah bila nak khatam pun tak tau.
Kerja sekolah memang selalu la tak siap. Sampai² lama² aku lantakkan je nak buat buat tak nak lantak kau. Tapi time exam memang aku push kaw². Jangan tawakal sebelum usaha.
Itu pantang aku. Macam rigid sangat kan aku? Aku selalu pesan kena ada ilmu kalau nak senang berjaya di kemudian hari. Sebab nak bayar harga kebodohan sangat tinggi.
Ya aku tau aku melampau. Orang akan cakap aku tua nanti anak² aku takkan jaga aku. Padan muka aku.
Masa kahwin dulu aku dah tetap anak² aku bukan liabiliti. Maksudnyanya aku lahirkan dorang bukan dengan harapan dorang akan jaga aku bila tua. Tidak. Aku tak tetap macam tu.
Doa aku (orang macam aku ni solat solat jugak, doa² doa jugak) setiap hari biarlah kematian aku tak susahkan anak² orang keliling aku. Nak mati mati terus. Aku pesan pada anak² aku tak perlu susah² jaga aku, hantar ke rumah orang tua pun aku ok.
Orang akan nasihat aku banyakkan solat, berzikir, berdoa, bersabar. Aku hanya mampu senyum saja. Sebab yang memberi nasihat tu tak diuji kaw².
Orang tak tahu betapa lama aku bertahan, betapa lama aku berharap dan berharap. Aku masih bersabarlah ni. Kalau tak sabar dah lama jadi benda buruk.
Sebab tu bila aku dengar kawan² aku luahkan apa² aku takkan sesekali cakap bersabarlah.. berzikirla.. dan blablabla. Sebab aku tahu ayat aku tu tak sesuai untuk yang dah lama sangat bertahan. Cukup aku dengar dan usap belakang.
Nak cerita 1 persatu memang terlampau banyak tekanan. Mesti tertanya² pasal suami aku kan. Dipendekkan cerita laki aku ni banyak hutang dan taula macam si bini ni kan bila ada laki macam ni. Lain² paham la sendiri.
Entah apa tujuan aku luah sini pun tak tahu la. Cuma aku dah lapangkan fikiran aku sekarang ni. Hari² aku harap anak² cepat² membesar dan keluar dari rumah ni dan dapatkan kehidupan di luar sana yang lebih bahagia.
Aku tahu dorang sesak nafas hidup bermakkan seperti aku. Aku tahu jiwa dorang memberontak dan aku tahu efek dari perbuatan aku. Cuma aku harap dorang faham bila dorang ada keluarga dorang sendiri.
– Aku Bukan Mak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit