Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..
Aku seorang perempuan, 30an, sudah berkahwin. Tujuan menulis hanyalah untuk meluah. Maaf kalau jalan cerita agak berterabur. Harap dapat faham apa yang cuba disampaikan.
Aku anak ke 4 dari 8 adik beradik. No 1 abang, 2 dan 3 kakak. 4 yang atas jarak umur dekat2 selang setahun, 2 tahun.
Selepas aku, no 5, jarak agak jauh sikit. 4 tahun macam tu. No 5 sampai 8, jarak umur agak dekat-dekat jugak. Jadi, kami ada 2 team. Team 4 yang pertama dan 4 yang kedua.
Dalam tempoh aku membesar, aku selalu bersama-sama dengan kakak aku yang no 3. Walaupun kami rapat, tapi sebenarnya dia selalu ada rasa tak puas hati dengan aku. Aku pun tak tahu kenapa.
Kalau ada barang-barang aku yang dia suka, dia akan ambil tanpa kebenaran, dan bila aku dapat tahu, sorry pun takda. Buat tak reti je. Lepastu dia dan kakak no 2 selalu kutuk-kutuk fizikal aku.
Diorang selalu kata aku gemuk, tak cantik dan lain-lain body shaming yang akhirnya aku rasa sangat low self confidence. Even sampai sekarang, dah besar, kadang-kadang history tu menghantui aku.
Abang aku pun sama jugak lebih kurang suka kutuk aku.
Dalam proses membesar masa sekolah rendah tu. Walaupun, kami selalu ber 4. Main bersama apa semua, tapi aku selalu kena pulau.
Kalau main game apa-apa, mesti diorang tak nak geng dengan aku. Selalu ejek aku tak terer (hebat) lah. Jadi, aku selalu tak dapat main sama.
Pernah jugak diorang kena kan aku. Kalau nak plan buat benda nakal-nakal mesti aku yang kena mula kan. Kejap lagi, kalau kantoi, aku yang kena marah dulu.
Bila masuk tingkatan 1, aku dapat masuk SBP. Teruja sangat aku masa tu. Bukan teruja dapat masuk SBP tapi teruja dapat keluar dari rumah tu. Masuk asrama kan, bila dapat kenal dengan kawan-kawan, seronok sangat.
Tapi bila balik rumah, aku macam banyak asingkan diri masa tu. Mak aku cakap, macam aku eksyen lah sebab dah masuk asrama. Aku diam je masa tu. Tak tahu nak jawab apa masa tu. Sebab aku tak rasa aku berlagak ke eksyen ke.
Tapi memang aku lebih suka spend masa dengan kawan masa tu. Dan bila mak aku nak rapat dengan aku. Aku macam elak. Sampai mak aku cakap, “lagi kita nak dekat, lagi die jauh. Kita ni je lah yang terkejar-kejarkan dia”.
Masa tu aku tak faham apa maksud mak aku, aku tak boleh nak selami hati mak aku dan aku juga tak faham jiwa seorang remaja tu macam mana.
Bila lepas SPM, sambung belajar, pun sama, aku suka spend masa dengan kawan-kawan. Kalau ada kelapangan untuk balik rumah weekend tu. Aku tak balik. Aku balik ikut jadual.
Tak macam kawan-kawan lain yang excited nak balik bila ada kesempatan. Kalau boleh tiap-tiap minggu diorang nak balik.
Dan bila nak balik semula ke Hostel, aku akan balik agak awal jugak. Saja nak balik cepat-cepat. Padahal bila sampai Uni tu pun, bukan buat apa-apa. Melepak gitu je dalam bilik. Janji aku dapat keluar dari rumah.
Bila makin dewasa, dah bekerja dan berkahwin. Perlahan-lahan baru aku faham diri aku yang masa aku kecik/ remaja tu.:
a) Aku kurang dapat perhatian dari mak ayah masa kecik. Ayah dah sibuk bekerja. Bila balik, asyik nak marah je. Bila adik menangis, dia tak boleh tahan.
Mak pun sama sibuk jugak. Ye lah, anak 8 orang kan. Boleh kata keseluruhan agak rapat jarak nya. Tak sempat bagi attention pada semua dan aku lah yang tercicir tu.
b) Aku kena buli dengan abang dan kakak-kakak sendiri dari kecik. Walaupun tak lah teruk macam orang lain kena. Still meninggalkan kesan sehingga kini.
c) Masa kecik, aku tak rapat sangat dengan emak. Bila kena buli dengan abang kakak, aku tak dapat mengadu kat mak sebab mak sibuk sangat dengan banyak lagi kerja-kerja rumah yang lain. Jadi, aku diam sendiri. Sebab tu bila mak cuba nak rapat dengan aku. Aku jadi awkward.
Mak aku pernah cakap “cuba bayangkan mak ni dah takde” dan masa tu aku pernah berdiri tepi katil mak, tengok je mak tengah tidur sambil bayangkan kalau mak betul-betul takde.
Tapi masa tu, at that point of time, aku rasa macam nak kata takde lah sedih sangat kalau bayangkan kalau mak takde. Kira, aku tak dapat menjiwai watak ketika itu.
d) Masa-masa nak membesar tu, bila-bila mak aku tak sihat. Aku tak bagi reaction yang macam risau sangat mak aku sakit. Ade jugak tanya itu ini tapi macam tak concern sangat. Kesian mak dapat anak macam aku.
Tapi sekarang, aku sangat menghargai mak aku. Mungkin sebab aku dah dewasa, matang fikirannya. Bila dah ada anak, maka aku dapat memahami jiwa seorang ibu.
Aku tak dapat nak senangkan mak aku dengan kemewahan sebab aku kerja pun biasa-biasa je. Tapi aku cuba untuk penuhi apa pun permintaan mak aku. Cuma kadang-kadang kalau aku tak mampu. Memang tak dapat lah.
Aku tak salah kan mak untuk masa lalu.. Sebab dia pun masa tu terbeban banyak tanggungjawab. 8 orang anak. Tanpa sedar, ada yang rasa kurang perhatian.
Maafkan Mera mak sebab dulu selalu buat mak susah hati, selalu tak dengar cakap mak, selalu melawan cakap mak, tinggi suara. Allah.
Jahatnya aku sebagai seorang anak. Maafkan Mera sebab tak memahami mak dulu, tak ambik berat pasal mak. Selalu tipu mak dan banyak lagi benda menyakitkan hati mak.
Semoga Allah ampunkan segala dosa aku yang lalu dan izinkan aku untuk bahagiakan orang tua ku sebanyak boleh mengikut kemampuanku.
– Almera (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit