Assalamualaikum semua, aku seorang suami dalam usia 30an. Bukan lah suami yang sempurna tapi sentiasa cuba jadi yang terbaik buat isteri sendiri.
Dalam 3-4 Bulan lepas isteri aku pernah kantoi curang dengan lelaki lain selepas aku jumpa beberapa screenshot dari hp lama dia.
Aku bagi dia kebebasan untuk karaoke guna apps sebab dia kata bosan dok rumah. Tapi tak disangka kebebasan dan kepercayaan yang aku berikan tu disalahgunakan.
Isteri aku muda dari aku dan kami sudah ada 3 orang anak.
Sambung cerita,
Bila kantoi isteri aku mula-mula tak mengaku. Dia kata cuma kawan, bila didesak baru dia mengaku.
Lelaki tu dia kenal dari apps karaoke tu. Ada screeshot yang aku jumpa di hp lama dia, dia dah delete gambar tu cuma dia lupa clearkan di recycle bin.
Situla aku jumpa gambar dia yang seksi yang dia ada kirim pada lelaki tu dan lelaki tu ada hantar gambar kemaluan pada dia.
Bila aku tanya pasal gambar kemaluan tu dia mengaku lelaki tu hantar dan dia kata dia takde perasaan apa-apa lepas tengok gambar tu.
Boleh percaya ke? Kalau dah nafsu menguasai diri biasa seseorang tu boleh jadi lupa diri.
Selepas kejadian kantoi tu dia menangis sehabis-habisnya siap minta maaf dan cakap takkan ulang dah. Siap salahkan aku lagi kata aku tak peduli perasaan dia selama ni.
Salahkan aku? Aku sibuk kerja, balik kerja tolong dia urus anak-anak. Kebanyakan masa aku yang urus anak-anak makan, suap makan anak-anak.
Kain baju pun aku yang basuh dan jemur. Kerja dia yang tinggal cuma mengasuh anak yang bongsu sahaja. Sebab anak yang 2 orang lagi diuruskan kan ayah aku dan adik aku.
Oh ya, aku dan isteri masih lagi menumpang dengan mak ayah aku. Belum mampu untuk sewa rumah sendiri. Bukan tak cuba kumpul duit.
Bila dah ada duit isteri aku nak balik kampung dia di kepulauan Borneo.
Sepanjang kahwin ni dah banyak kali balik sana. Duit pun banyak habis disitu. Tapi tula isteri aku macam tak nampak apa yang aku dah korbankan. Aku cuba sedaya upaya aku untuk sediakan apa yang aku mampu.
Selepas kejadian kantoi tu isteri aku minta nak balik ke kepulauan Borneo, dia nak tenangkan fikiran katanya. Sebab aku masih sayangkan dia aku maafkan salah dia dan bagi dia balik ke kampung dia.
Cadangnya nak duduk di kampung lama sebab dia kata sambil-sambil nak jaga atok dia yang sakit.
Mula-mula ok lagi dok sana. Lepas aku hantar dia balik kampung, aku kembali ke semenanjung untuk fokus cari rezeki. Aku takde pekerjaan tetap cuma buat food delivery.
Tapi aku usaha kerja dari pagi sampai ke tengah malam. Hari-hari aku kerja semasa isteri & anak-anak aku di kampung. Tiap-tiap minggu aku kirim duit belanja.
Apa aku tinggalkan duit untuk aku sekadar cukup untuk makan 1x sehari dan duit untuk penyelenggaraan motorsikal.
Kalau ikut perancangan awal dia nak stay di kampung sehingga bulan 2 tahun depan sebab anak sulung aku sekolah. Bukan mudah nak tukar-tukar sekolah ni. Balik ke Borneo pun dah tukar sekolah dari semenanjung.
Nak dijadikan cerita sekitar 2 bulan lepas isteri aku tiba-tiba cakap nak balik semenanjung semula. Dia beritahu dia bergaduh besar dengan family dia disana.
Dia kata family dia tuduh dia ada lelaki lain, iyelah sebab dia dok main hp dengan earphone di telinga je. Yang aku tau dia cuma main karaoke tu je. Aku pun tak pasti betul atau tak apa family dia tuduh tu.
Cuma masa tu aku percaya pada isteri aku dari family dia. Disebabkan apa yang jadi aku terpaksa pinjam sana-sini untuk bawa balik isteri aku ke semenanjung.
Aku terus skip cerita,
Lepas balik semenanjung,
Isteri aku banyak dok dengan hp. Lepastu aku banyak perasan dia jarang berenggang dengan hp dia. Hatta pergi tandas pun bawa hp.
Sedangkan sebelum ni dia tak pernah macam tu. Dulu pun hp dia habis bateri pun aku yang tolong caskan.
Tapi sekarang tak. Dia urus sendiri hp dia. Langsung tak bagi aku peluang pegang hp dia yang mana dia tak pernah buat sebelum ni.
Banyak masa dia dengan hp saja. Kadang-kadang aku dengan anak-anak pun terabai. Sampai aku yang dah penat balik kerja ni pun terpaksa urus anak dari A-Z.
Kemudian dia mengadu yang hp dia memori penuh.
Bila aku minta nak tengok dan cuba tolong dia clearkan apa patut tiba-tiba dia macam meninggikan suara kat aku. Dia kata “kejap lagi sayang bagi tengok”. Last-last dia tak bagi pun.
Aku cuba tanya balik, “nak abang tolong clearkan apa yang patut kat hp tu”?
Dia jawab, “esok-esokla tengok”.
Banyak kali bila aku nak tengok hp dia, dia akan bagi 1001 alasan sampai aku kadang-kadang terlupa.
Yang aku perasan dulu whatsapp dia takde letak password. Sekarang whatsapp ada password. Korang rasa isteri aku curang ke?
Sebab dia macam sembunyikan sesuatu dari aku. Bila aku cakap “abang nak tolong bagi memori hp tu banyak sikit, bukan nak tengok hp syg sangat pun”.
Terus dia kata macam ni, “sayang tak curang dengan abang pun, tapi sayang adala kawan-kawan gitu je”. Terus dia matikan perbualan.
Aku tak mahu terus tanya, sebab kalau sentuh isu tu dia akan jadi emosi dan marah-marah dan tiba-tiba ungkit salah aku yang tak seberapa.
Kepada pembaca yang budiman terutama perempuan. Adakah ni tanda-tanda isteri aku curang? Sebab sikap dan perangai dia teramat-amat pelik.
Sampai bila dia tengok hp dia, aku cuba nak pergi dekat dia konon-konon nak tengok hp dia sambil-sambil, masa tu juga dia terus lock hp sambil pandang ke tempat lain.
Ni bukan tanda-tanda curang ke? Aku masih sayang isteri aku. Tapi aku tak tahu macam mana nak tanya dia lagi pasal ni, sebab tiap kali aku nak sentuh isu ini mesti dia marah-marah aku.
Tolong ye bagi pendapat apa perlu aku buat. Dan aku nak tahu ni tanda-tanda dia curang atau tak?
– Suami Curiga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit
Tu tanda dia curang.try la pasang hidden camera KT rumah.takut
Pantau betul2 bro.Jgn jadi MCM aku ni.bini aku kena henjut NGN anak murid dia.lubang bontot pun budak tu gasak.hujung2 bini aku spi mengandung budak tu buat.