Tuntutan Maaf Sebelum Aku Mati

Bismilahirahmanirahim, dah lama follow page ni. Aku rasa terpanggil nak cerita trauma aku dari kecik, aku tengok follower IIUM Confession semuanya positif belaka bila macam – macam cerita keluar…

Mula2 aku nak minta maaf andai cerita aku ni agak panjang dan tak reti nak mengarang sangat. Sorry agak terabur.

Aku perkenalkan diri sebagai Si Hina jela ehh. Sebab aku tak pandai nak meluah… sebab aku pernah meluah tapi trauma sampai harini aku dapat,

Dulu masa aku umur 7 tahun aku terus masuk darjah 1, aku tak pernah sekolah tadika, jadi agak terkejut sebab tiba2 sekolah kawan2 dah pandai menulis, membaca, sebab semua kawan2 dah kenal semua tu kat tadika dan pra.

Aku? Mana pernah tiber je kena masuk darjah 1, keluarga aku dikategori toxic kot, mak aku masa tu ibu tunggal.

Aku ni anak bapa kedua (bercerai hidup) aku ditinggalkan umur 15 hari dengar dari mulut jiran dan mak aku.

Bapa pertama dah meninggal. Jadi abang2 dan kakak2 aku semua tu 1 mak lain bapa je. Tapi dorang bukan sayang aku. Yela bapak lain..

Okaylah berbalik pada sekolah, masa darjah tu. Aku kena buli dengan Hanim, Izzy, n The Geng. Aku tak ingat sangat nama dorang. Sebab rasa macam tak penting. Tapi aku ingat jelas perbuatan dorang tu pada aku…

Aku tahu aku jenis pendiam dan tak pandai. Dorang selalu cubit, pukul aku… baru darjah satu dah jahat kan?

Aku tak tahu apa salah aku. Dorang hari2 provoke dan cubit pukul aku, aku ingat darjah 1 je kena buli. Tapi benda tu berlarutan sampai aku sekolah menengah.

Aku jadi pendiam, selalu takut nak bercakap. Tapi jadi teringin nak berkawan. Tapi dorang tak suka aku pun. Selalu cari salah aku.. Pukul, ngata, ejek aku, curi duit belanja aku,

Aku teringin nak beli buku… tadi aku cakap family aku toxic kan? Aku minta mak aku duit lebih nak beli buku. Puas kena maki dulu baru dapat duit tu, girang lah hati aku sebab excited nak beli buku kat sekolah.

Tapi duit nak beli buku tu kena curi… sebab aku tahu si geng Hanim tu curi? Sebab dorang ngaku sendiri, pastu balik sekolah mak aku tanya mana buku? Aku tak sempat nak explain dah kena terajang sepak.

Sejak dari tu aku takut nak minta mak aku pape. Nak beli pensil pun aku takut nak minta, aku sanggup selongkar tong sampah. Jumpa colour warna hitam buat pensil.

Mak aku ni kan ibu tunggal. Lepas bercerai dengan bapa aku, bapa aku pulak hilang entah kemana, satu sen nafkah pun takde, bab masalah aku kat sekolah mak aku tak pernah nak ambil tahu, sign penyata pun tak pernah hadir..

Barang sekolah ada takde pun dia tak pernah ambik tahu. Segalanya aku buat sendiri. Mak aku ni selalu tinggal aku, kakak2 dan abang2 dorang pun selalu tinggal aku sorang2 dalam rumah..

Segala urusan rumah aku lah kena buat. Masak pun entah makan pun tumpang rumah jiran. Macam budak terbiar aku.

Episod hitam kat sekolah tu takyah cakap lah… memang aku takde kawan bermain ke apa. Selalu kena duduk belakang. Cikgu selalu anggap aku budak bodoh, bermasalah, selalu kena duduk belakag sorang2 sebab tak pandai.

Bukan aku tak pandai. Aku tengok rekod penyata aku elok je, entahlah tak faham..

Pastu tiber suatu hari mak aku balik… bawak lelaki… rupanya mak aku dah kawin baru.

Aku ni tak pernah dapat kasih sayang ayah. Excited lah dapat ayah, aku ingat tumpang kasih sebagai anak dan ayah. Tapi tumpang kasih tu sampai aku kena grooming.

Tula, episod hitam aku. Bukan setakat bapak tiri je grooming aku… Tapi abang tiri dan jiran jantan sebelah rumah pun selalu dorang buat tak senonoh kat aku.

Yela.. sebab mak aku sebok sangat. Sampai aku macam budak terbiar mana tahu apa jadi. Bukan dia sayang aku pun. Kalau sayang ambil tahu segala kebajikan aku

Suatu hari kantoi bapak tiri buat aku. Tapi kau tahu apa mak aku cakap? Aku ni skandal bapa tiri aku? Dia tak pertahankan maruah aku pun. Malah citer kat jiran kata aku ni melayan?

Umur aku baru 9 tahun kot masa tu. Dahlah kat sekolah aku mangsa buli, kat rumah pun family buli aku jugak. Dah lah segala urusan rumah kemas, membasuh, masak cari makan sendiri, aku ni dari kecik dah kena berdikari…

Mak aku anak2 jantan memang raja, satu kerja rumah tak diajar pun buat kerja. Anak perempuan kalau mak aku takde semua pergi meliar jumpa jantan… aku kat rumah? Takde sape nak urus…

Bila naik sekolah menengah. Aku dah pandai pertahankan diri aku. Orang nak pegang private ke apa. Aku dah pandai melawan. Aku benci semua jantan. Aku tak jadi kuat melawan mak aku. Aku tahu aku anak derhaka.

Aku sanggup babikan mak aku, sialkan mak aku. Mak aku pulak smpai sudah tuduh aku skandal laki dia. Ahh jantan tu banyak kali kantoi curang dengan dia, r*gol anak sendiri kot depan mata dia pernah nampak.

Tetap backup. Cerita kat orang “suami saya tu jaga saya masa sakit” hakikatnya malas aku nak taip jantan puaka cam tu.

Sorry if ayat aku kasar. Sebab dah bertahun2 sangat aku tak dapat nak luah semua ni..

Okaylah sampai sini je aku tulis dulu. InshaaAllah kalau ada rezeki admin siarkan confession aku, aku akan cerita lagi part 2…

– Si Hina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *