Kepada Anak Terbiar, Kau Kuat!

Assalamualaikum admin dan para pembaca sekalian.

Sejak dari beberapa bulan lepas banyak kisah anak2 mangsa family toxic meluah rasa disini. Aku adalah diantara mereka yang menghadapi masalah yang sama.

Entah kenapa aku lahir didalam family ni. Abang aku sendiri tak pernah mengaku adik sejak aku lahir.

Kasih sayang abang memang tak pernah aku rasa sepanjang hidup aku. Tapi waktu tu budak2 kan, hati masih bersih.

Demi nak ambil hati abangku, macam2 aku lakukan.

Aku raikan perkahwinan dia, rasa bahagia bila anaknya lahir. Aku lah yang menjadi tukang jaga sementara kakak iparku bekerja di luar negara.

Tapi bila dah semakin remaja, sifat bencinya padaku tak pernah surut. Oleh itu aku hanya undur diri dan buat hal sendiri. Sama jugak dengan kakak.

Aku anak bongsu. Sepatutnya aku lah jadi anak paling manja. Tapi tidak dalam family aku. Banyak hal kehidupan aku belajar sendiri.

Emak cukup sayangkan abang dan kakak. Mungkin sebab itulah mereka tidak mampu berdikari sendiri sehingga sekarang.

Aku pulak memang berdikari sendiri sejak kecil. Dari University, aku dapat kerja dan aku buat hal aku sendiri. Aku bantu ayah membayar bil2 di rumah.

Tetapi tidak pada abang dan kakakku. Mereka tidak bekerja walaupun ada yang sudah berumur hampir 50 tahun.

Banyak lagi sebenarnya yang ingin aku kongsikan. Tetapi bukan itu agenda sebenar aku dalam confession ni

Aku hanya ingin mengatakan, kita anak terbuang, family toxic ni sebenarnya Allah berikan kekuatan luar biasa.

Kita tahu kita tidak salah, tetapi dibenci tanpa sebab. Maka Allah kurniakan kita dengan kekuatan dan rezeki yang banyak.

Aku sendiri melaluinya. Ya, kadang aku rasa sunyi. Tak ada tempat mengadu.

Sebab if mengadu dkt emak, emak akan jadikan aduan aku tu sebagai topik hangat mereka anak beranak. So aku tak nak jadikan diri ni punca mereka dapat dosa kerana mengumpat.

Aku memang bersendiri, suka tengok upin ipin kat tv, sebab aku dambakan hidup mereka yang disayangi oleh orang sekeliling walaupun yatim piatu.

Aku suka tengok doraemon, sebab aku cemburu tengok nobita dan keluarga dan ada kawan baik susah senang, haha.

Nampak lucu kan, tapi itulah orang senasib aku ni hadapi. Mudah keluar air mata hanya tengok kartun.

Tapi bab rezeki pulak, Alhamdulillah aku mampu berdiri atas kaki sendiri. Sekarang sedang melanjutkan pelajaran peringkat PHD di UK.

Walaupun family aku tk kisah dengan aku, tapi aku mampu genggam pelajaran dan rezeki tanpa pertolongan dari mereka.

Dulu aku pernah berdendam, tapi semenjak aku dekatkan diri dengan taman syurga, ceramah agama, aku cuba untuk lenyapkan perasaan negatif tersebut.

Sebab tak gunapun kau berdendam. Benda tu takkan settle hal kau dengan family. Asalkan aku tak lupa tanggungjawab aku kat parents.

2022- sekarang. Mak aku makin tua, sakit dan perlukan ubat.

Biasalah kadang dia teringin nak makan benda mahal macam durian. Tapi sakit2 macam itupun dah macam hamba kat rumah sendiri. Abang kakak aku memang tak membantu.

Bila dia call aku mengeluh dan mengadu. Aku hanya mendengar dan berikan duit padanya bila dia ingin beli apapun.

Tapi jika tanya hatiku.. sebenarnya hatiku dan kering sekeringnya. Marah pun takde, sedih pun tak ada, sayang pun tak ada.

Bagiku hanya ada belas ehsan kepada orang yang melahirkan ku.

Semoga akan menjadi asbab investmentku diakhirat kelak. Dia tetap ibuku. Cuma.. hatiku sudah tiada kepadanya. Dia sentiasa ada dalam doaku, sebagai anak.

Kawan2 yang sama senasib denganku, aku tahu korang ada trauma, rasa sunyi, rasa tak ada tempat bergantung. Tapi korang bukannya seorang.

Just maju kehadapan dan fokus untuk diri sendiri. Ini ujian untuk kita di dunia. Buat baik pada semua orang, dan jangan cipta musuh walaupun orang yang ingin bermusuh dengan kita tanpa sebab.

Aku melihat banyak contoh di depan mataku. Allah tunjukkan satu kifarah dan aku sujud kepadaNya kerana Dia memperlihatkan aku dengan kekuasaanNya.

Tabah lah dan selalu berdoa. Doa orang teraniaya ni takde hijab disisiNya. Hormati ibu dan bapa walaupun mereka membenci kita.

Wassalam..

Mangsa family toxic,

– Liana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *