Dari Surirumah Introvert ke Businesswoman Yang Aktif

Assalamualaikum. Hai semua. Aku Ida (bukan nama sebenar). Sejenis introvert, tak reti nak bergaul dengan orang.

Kalau orang keliling tengok aku, dorang mesti label aku ni sombong. Tak campur orang. Sibuk dengan hal sendiri jer.

Ada jer social media tapi kalau nak sharing pasal life ni memang bukan aku la. Scroll FB, IG, tiktok tu biasanya memang untuk hiburkan hati je. Share pasal diri & family tu pun boleh kira la berapa kerat.

Orang kalau nak stalk aku ni kira buang masa la, info tak banyak.

Aku kerja sebagai cikgu tadika. Nama jek main dengan budak2 tapi hakikatnya aku lebih banyak spend masa dalam kelas, habis kelas pun stay kat dalam kelas jugak. Tak bergaul sangat dengan kawan sekerja.

Gaji? Alhamdulillah, tak mewah tapi cukup untuk aku dan family kecik aku.

Sehinggalah masa PKP 2020, aku dipanggil untuk bayar pinjaman belajar. RM10K tak silap untuk 1 tempoh pendek. Aku dengan suami terduduk jap.

Duit saving memang tak cukup, suami pun gaji cukup-cukup makan untuk sara family dan komitmen dia. Nak tak nak, aku kena usaha cari duit sendiri. Iye la, duit belajar tu aku jugak yang guna dulu kan.

So caranya? Aku tak nampak cara lain dah. Mana ada orang nak bagi duit free kann.. So, KENA BISNES!

Benda paling maluuuu aku nak buat. Berhubungan dengan orang.

Aduhaii. Malu sungguh! Taktau nak cakap apa, nak promote apa. Tapi sebab terdesak, aku google la apa bisnes boleh buat. Hinggalah terjumpa 1 jenama ni buat DROPSHIP TANPA MODAL.

Aku taktau apa benda alah tu tapi sebab aku pernah pakai sekali produk dia dan tahu kualiti dia, aku pun try join.

Paling awal sekali aku approach ialah mak, adik-adik & makcik-makcik aku. Malu wehh.

Aku ni skeptical dan suka prasangka sikit. Bukan apa, bila dorang ON je nak beli tu aku rasa macam dorang tu kesian kat aku, bukannya betul nak beli pun. Aku rasa aku susahkan dorang.

Macam-macam la aku fikir. So suara hati tu buat aku rasa takyah la jual. Tapiiii at the same time aku terdesak nak duit. So aku pekakkan je la telinga hati tu (ade ke eh?). Aku proceed order dorang.

Sehinggalah dorang memang dah try produk tu, dorang fall in love dan repeat. Aku? Of course happy! Sebab aku jual produk yang aku pakai, yang aku tahu best. Aku just sharing benda best!

Aku cuba pulak circle kawan sekolah, kawan sekerja, kawan uni. Semua ON! Alhamdulillah.

Mungkin dorang memang mulanya nak bantu aku (bagi yang tahu cerita aku la kan) tapi bila dah try produk tu, dorang repeat. Aku semakin happy & self esteem aku makin menebal.

Rezeki aku, terus jumpa dengan the right product and the right business model sebab aku ni first timer dalam dunia bisnes. Aku tak kuat kalau tetibe baru cuba nak berbisnes tapi bisnes tu jatuh.

Camne aku boleh terus high energy dan maintain dengan bisnes ni? It’s about the business model & the mentoring program. Itu yang buatkan aku yang first timer ni tak jatuh bahkan siap yakin untuk quit kerja dan fokus bisnes!

Serious! Aku resign secara baik dengan majikan aku pada 2021, setahun lepas join DROPSHIP.

Alhamdulillah aku dapat fokus pada family 100%. Aku dapat jimat kos pengasuh anak, suami pun lega sebab kos sara keluarga dah boleh fokus kat saving sikit-sikit untuk masa depan.

Dan aku pun dah setel bayar balik pinjaman belajar tu. Pelik kan? Masa ada gaji, itu ini serba takdan nak bayar. Bila quit kerja & fokus bisnes je boleh pulak… kenapa agaknya? Ok, tu cerita lain.

Percaya atau tak, aku dari pemalu, malas nak bergaul dengan orang dah jadi sangat suka jumpa orang.

Bukan untuk menjual tapi untuk “networking”! Especially bila aku pakai produk tu setiap masa, aku terpaksa buat orang bercakap dengan aku dan berborak.

Alhamdulillah, dari hanya jadi Dropship tanpa modal pada 2020, sekarang tahun 2022 aku dah ada mini kedai depan rumah sendiri yang customer boleh walk in anytime.

Semuanya dengan komisen masa jual tanpa modal dulu tu. Kumpul-kumpul pastu convert untuk bina kedai sendiri. Tak perlu sewa kedai dah!

Ok sekian sharing life story aku yang aku dulunya tak suka nak share. Now aku suka share sebab aku tahu, ramai yang alami benda yang sama mcm aku.

Semoga cerita ni memberi inspirasi pada korang yang membaca. Terima kasih sudi baca.

– Ida (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *