Assalammualaikum semua pembaca IIUM Confession. Aku Siska. Dulu aku pernah menulis pasal dilema aku sebagai seorang anak.
Kali ni aku nak menulis pasal diri aku. Mungkin ianya hanya perkongsian luahan hati atau mungkin aku memerlukan pandangan kalian tentang permasalahan aku ini.
Buat pengetahunan kalian, aku ibu tunggal 3 orang anak. Tetapi secara tidak rasmi.
Maksud aku, aku dan suami belum bercerai secara rasmi. Ada sedikit masalah tentang perceraian kami dan kami memang sudah tidak sebumbung beberapa tahun.
Kekangan masa dan modal membuatkan aku tidak dapat meneruskan tuntutan. Makanya suami aku memang ambil kesempatan untuk membiarkan aku digantung tidak bertali.
Aku sudah terima hakikat kami tidak lagi bersama. Dan dia bukanlah jodoh aku.
Sejak aku tau hubungan haram suami aku dan kekasih gelapnya, aku sudah letakkan harapan untuk tua bersamanya ke laut dalam.
Dalam fikiran aku, aku nak besarkan anak-anak lebih-lebih lagi aku tak mahu anak-anak aku terima nasib seperti aku.
Aku nak anak-anak aku sendiri punya kerjaya, tidak hanya mengharap kepada suami kerana suami sudah tentu cuma pinjaman Tuhan — kalau tak diambil Tuhan, berkemungkinan diambil perempuan lain.
Jadi ya, aku nak siapsiaga anak-anak gadisku supaya menjadi wanita mandiri.
But that’s not about it.
After few years, aku dah mula rasa lonely. Aku nak berkawan tapi langkah aku selalu terkunci. Kerana apa? Secara zahirnya aku masih bergelar isteri orang!
Langkah aku terkunci kerana aku masih memikirkan dosa besar kalau aku berkenalan dengan lelaki lain saat status aku masih isteri orang.
Aku tak mahu menjadi seperti suami aku yang tidak menghormati institusi perkahwinan dengan bertukar-tukar pasangan kekasih walaupun ketika dia sudah bergelar suami orang!
Di tempat kerja, aku jarang bercakap dengan teman sekerja lain jantina. Aku rasa tak baik kalau aku berborak kosong sedangkan aku masih bergelar isteri.
Baru-baru ini, anak sulung aku sampaikan khabar yang bapanya bakal bertunang. Aku terdiam. Mau bertunang sedangkan status aku masih isterinya yang sah.
Terdiam aku. Termenung. Bukan sebab sedih. Aku dah lama let go suami aku kepada kekasih-kekasih gelapnya. Aku cuma tersedar.
Aku dah tak muda. Chances aku nak remarry memang dah tipis. Aku tenung muka aku. Kulit aku. Aku dah tak cantik. Tak gebu. Aku dah bazirkan bertahun-tahun digantung tak bertali.
Malah, ada teman yang kata kalau aku menjanda nanti please jangan rosakkan peratusan mereka anak-anak dara yang belum berkahwin untuk cari calon suami.
Mereka menyuruh aku beratur di belakang sekali kalau nak cari calon suami.
Aku tahu mereka bergurau jadi aku pun kata it’s okay, aku tak nak dah trauma dalam perkahwinan jadi aku tak nak berebut untuk cari calon suami.
Tapi sekarang dengan berita ‘baik’ yang suami aku bakal bertunang dan move on dengan bakal isteri baru..aku rasa aku pun nak cari calon suami………
Aku nak cari kat mana? Di office ramai yang muda-muda dan lebih memilih yang sebaya atau lebig muda dan tidak mempunyai tanggungan.
Guna aplikasi dating? Tak minat. Aku pernah install aplikasi T, tak sampai setengah jam aku uninstall semula. Kebanyakannya mahu yang open minded, free hair, free everything….
Orang kata nak cari suami elok budi pekerti, boleh cari dekat tempat berfaedah. Jadi aku cuba nak join aktiviti di masjid berdekatan.
Tapi itulah. Yang meramaikan masjid dan program-program ialah suami-suami orang, yang sebaya bapa aku pun ada!
Kadang-kadang aku terfikir mungkin aku boleh cari bakal jodoh di mrt maka aku selalu detour tiap hari lepas office hour ikut jalan jauh nak balik rumah. Naik mrt instead of bus. Semata-mata nak cari calon suami.
Tapi yang aku jumpa ramai foreigners, local ada jugak tapi masing-masing muka penat, muka nak balik cepat. Aku juga pernah terjatuh ketika melintas jalan. Masa tu aku bayangkan ada yang nak membantu.
Chances untuk aku berjumpa calon suami agak tinggi juga kan dalam situasi ni? Tapi tidak, bukan itu yang terjadi. Mereka cuma memandang, malah ada yang menekan hon suruh aku bangun cepat-cepat.
Sebenarnya aku tak begitu mencari. Tapi kadang-kadang tu rasa lonely. Tengok kawan-kawan yang akhirnya ada pasangan, aku happy for them tapi aku ada sedikit rasa cemburu.
Kadang-kadang aku rasa aku cuma mahu berkawan. Mungkin dengan orang senasib dengan aku. Kerana aku dapat merasakan aku masih trauma.
Trauma ditipu suami. Trauma kalau aku diduakan lagi. Kadang-kadang aku rasa nak ada suami yang aku boleh berkhidmat sampai hujung hayat. Yang tak sia-siakan kesetiaan aku. Tapi apa yang kita nak, tak semestinya dapat kan?
Jadi mungkin aku perlu sedar diri, aku bakal menua dengan hidup cuma bersama anak-anak. Dan semoga Allah Taala pelihara aku dari segala perkara-perkara tidak baik.
Oh ya. Tak mungkin aku berbaik semula dengan suami aku yang menyebabkan aku trauma dengan perkahwinan yang sekadar di atas kertas.
Cukup pengalaman buruk dan tak perlu diulang lagi. Apatah lagi aku dididik tidak menjadi buruk siku. Sudah kuberi giveaway, takkan aku nak ambil dia semula kan?
– Siska Sumanto (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit