Layakkah Lagi Hatiku Untukmu?

Assalamualaikum semua. Selalu aku cuma ikuti dan baca saja post kat sini. Tak sangka harini aku tulis kisah aku sendiri.

Sekadar nak meluahkan dari hati yang hancur berkecai. Maaf kalau cerita sedikit berterabur.

Aku seorang ibu kepada baby yang comel. Baru 5 tahun usia pernikahan kami. Perkenalan kami singkat sangat tak lama terus kawin.

Bercinta lepas kawin la kiranya jadi memang aku tak berapa kenal sangat laki aku ni.

Sebelum ni rumahtangga kami bahagia je. Aku memang percaya 100% laki aku. Laki aku ni baik, solat tak tinggal, rajin buat kerja rumah, mengemas basuh baju, masak semua la.

So nak dijadikan cerita satu haritu aku ada ternampak laki aku chat sorang perempuan ni. Tapi masa tu aku tengah sarat tunggu masa nak deliver jadi aku malas nak fikir masatu.

Then, pada satu hari aku tergerak hati nak cek hp suami. Aku scroll whatsapp dan aku nampak ada chat dia dengan beberapa perempuan.

Ye.. chat yang suka-suka nak mengayat tu.. Aku tengok call history pun laki aku selalu call jugak diorang ni. Aku isteri dia pun jarang dia nak call.

Lepastu aku scroll gallery phone dia dan terjumpa gambar selfie beberapa perempuan didalam gallery phone beliau. Kecewa betul aku bila dapat tahu laki aku macamtu. Memang aku mengamuk la haritu.

Bila aku tanya, katanya gambar untuk tujuan bergurau dalam group whatsapp. Kah kah. Ada ke korang nak send gambar selfie sorang banyak-banyak dalam group whatsapp?

Lepas kantoi tu sikit pun takda kata maaf dari dia. Aku je yang mengalah minta maaf. Layanan aku pada dia masih baik sebab aku taknak jadi isteri nusyuz.. Kunci syurga aku masih pada dia.

Then, aku ada syak laki aku macam ada sesuatu dengan sorang perempuan ni. Aku pun beli nombor baru.

Lepastu aku cari dan editkan nombor perempuan tu kepada nombor baru aku tu dalam contact laki aku. Saja la nak prank laki aku kot la betul instinct aku.

Rupanya memang betul instinct seorang isteri…

Satu haritu aku dapat mesej dari laki aku kat nombor yang baru tu. Dia mesej perempuan tu la. Aku layankan je la. Konon-konon jadi perempuan tu. Memang aku tak boleh terima sangat..

Laki aku mintak s*** dengan perempuan tu dan dia cakap dia dah pernah minta sebelum ni. Aku tak tahu la dah berapa orang dia try sebelum ni.

Hancur luluh remuknya hati aku sebagai isteri. Sanggup dia buat aku macam ni.

Setakat ni aku pura-pura tak tahu je apa yang jadi dan apa yang aku dah tahu. Aku tak terus mengamuk macam mula-mula dulu.

Dah tak ada drama air mata macam sebelum ni. Aku rasa tak layak pun airmata aku jatuh untuk dia. Ntah la.. mungkin dah tawar hati kot.

Rasa kecewa ni telah membunuh 100% rasa cinta dan kepercayaan aku selama ini. Dan kadang aku terfikir mungkin lebih baik berpisah.

Aku ada kerjaya aku mampu jadi independent woman.

Cumanya aku kesiankan anak aku masih baby tak tahu apa-apa. Aku taknak anak aku hidup dalam broken family.

Patutkah aku bagi peluang pada dia lagi?

Aku akan confront laki aku dan bagitahu segala apa yang terbuku dihati lepas dia balik outstation nanti.

Korang doakan aku kuat dan tabah menempuh segalanya walau apapun yang akan terjadi ye :)

– Isteri yang dikhianati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *