Jatuh Cinta dan Berkahwin Itu Satu Ketagihan

Baca dulu! Tajuk ini bukan clickbait dan aku tak ambil bahan terlarang tu tau. Itu hiperbola sahaja. Okey!

Alkisah ini adalah based on liku-liku hidup dan pemikiran aku sendiri.

Okey,tak nak buang masa intro pasal aku ringkas saja, nama aku Farhan, a millennial, a writer, a gymnuts, an entrepreneur and masih available (peeeeeewwittt….). Also heartbroken dan heartbreaker lol (jangan marah eh).

Lets cut to the chase…

This happens to me… cinta itu bila kau rasa seronok habis dengan kehadiran senyuman dia itu. Kau rasa macam terawang-awang di udara.

Akan terasa lebih CONFIDENT dari biasa. Rasa macam mencapai keadaan EUPHORIA bila kau dengar kata-kata cinta dari dia.

Terdapat peningkatan ADRENALINE secara tiba-tiba yang akan slow hilang selepas tu.

Kau akan berlagak habis seperti Savior untuk dia. Kau akan respect dia sepertimana orang tua dan kau sayangi dia seperti anak. Bahkan dia seperti biddadari yang terjatuh dari syurga.

Bila bertentang matanya dan mata kau, kau tergoda dan bulat hitam mata dia nampak glowing gitu. (Zing!….)

Jika kau sudah menemui pasangan jiwa (soulmate), aku ucapkan tahniah!

Tapi aku nak tanya, kau rasa puas tak bila kahwin? kepuasan kerja? keadaan kewangan? kehidupan sosial?

Jika kau dan dia puas dengan kesemuanya tahniah lagi sekali aku ucapkan. Kehidupan kau adalah perfect. Kau boleh dikategorikan sebagai pasangan paling bertuah.

Namun in realiti, ramai sebenarnya dambakan perkara ini,dan mereka ni adalah majority orang Malaysia hari ini.

Perkahwinan itu bagi aku adalah tanggungjawab erti kata lain bebanan (burden). Aku nak tanya kau suka kah bebanan?

Apa yang sebenarnya kau mahukan? Soal diri kau kenapa kau decide nak kahwin.

Peer pressure? /bebas buat seks?/ Perlukan kick atau spice dalam hidup(drama)? or terpaksa menutup malu sebab terlanjur? paksaan orang tua dan kerabat? tuntutan untuk melahirkan pengikut Nabi?

Semua ini pressure kan.

Kalau tak pressure begini rasa-rasa nak kahwin tak tu?

Bayangkan kalau tiada siapa pun yang nak pressure kau.

Yang pasti tiada apa dalam dunia ini akan menjanjikan keselamatan dan kebahagiaan kau bila kau kahwin. Boleh jadi teguh sepanjang hayat.

Boleh jadi penceraian. Not sure gi2.

Apa yang aku nak tekankan disini adalah, perkahwinan non-functional membawa kepada banyak kerosakan. Yang teruknya memberi kesan pada anak-anak kita nanti.

Membesar dalam keadaan toxic dan mengalami tekanan stress fizikal dan mental. Itu biasalah? No! Ini bagi aku langsung tak bagus dan tak sihat.

Perkara ini boleh dielakkan dari awal. Kena buat perancangan. Jangan lepaskan semua pada takdir Illahi.

Ini pun shocking….

Penemuan terbaru oleh pakar kesihatan menjelaskan fakta bahawa lelaki yang belum berkahwin menjalani kehidupan yang sihat berbanding lelaki yang sudah berkahwin dan ada anak.

In fact, lelaki yang belum berkahwin hidup lebih lama daripada lelaki yang sudah berkahwin.

Begitu juga dengan perempuan.

Aku tak salahkan perkahwinan, aku salahkan masyarakat (our society today).

Get it guys? We are living in toxicity. Everyone is toxic (sorry aku ni sigma). Kau marry orang toxic kau jadi toxic (and vice versa). Toxic in, Toxic out!

Tahu tak, ia boleh berjangkit seperti Covid. Kau dulu nya tak toxic pun akan jadi toxic.

Kau nak kahwin, sila kan aku tak halang. Just be careful. Its no going back lagi2 bila dah ada anak. Bila kau timbul saja satu perasaan benci pada pasangan its already Done.

Hate is not love. You have to buang hate itu jauh-jauh jika taknak rumahtangga musnah by pretending everything is fine.Ouch!

Kau no longer cinta dan kau hate dia atas beberapa faktor (nanti aku senaraikan).

Lain pula dengan No hate,no love. Lagi parah!

Rumahtangga seakan robot pulak. No flame. Idle aje. Lama-lama akan boring. Tunggu silap pasangan,lepastu gunakan alasan itu untuk bercerai.

To all the single ladies and gentlemen…..

Jika tidak mahu berkahwin, terokailah cara untuk bahagia tanpa pasangan.

Apabila single memang ada perk, kau mempunyai kebebasan untuk menjalani kehidupan seperti yang kau mahukan, kebebasan tanpa had.

Mari kita buat matematik di sini.

Jika kau ambil 100 pasangan, surely 50% akan bercerai (statistik semasa), jadi tinggal 50 pasangan lagi.

Daripada 50 pasangan itu, hanya 17% akan berada dalam perkahwinan yang bahagia. Iaitu 8.5 pasangan, nak mudah kita bulatkannya kepada 9 (lagipun mana ada 0.5 pasangan lol)

Jadi daripada 100 pasangan asal, hanya 9 yang akan bahagia. Hanya 9% daripada 100 pasangan asal berada dalam perkahwinan yang bahagia! Selebihnya bercerai, sengsara, atau tidak bahagia.

Let me put this way…

Kalau perniagaan yang kau nak buat itu menghasilkan kadar kejayaan 9% sahaja,better jangan teruskan perniagaan itu.

Jika setiap kali kau menaiki kapal terbang yang mempunyai peluang 9% untuk bertahan(daripada terhempas), jujur cakap tiada siapa nak naik, bankrupt terus syarikat airline.

Jika kau jual nasi lemak DARA/PONDAN (bukan berniat nak offense kaum tersebut) tepi jalan pun mempunyai peluang kejayaan yang lagi tinggi,still ramai takut nak meniaga. Tapi yang peliknya kenapa ramai tak takut kahwin? Musyhkil betul aku.

Jika perkahwinan kau dalam 9% tu maka TAHNIAH, kau memang beruntung gila, macam won lottery gi2.

Sadly,untuk 91% yang lain, mereka akan serahkan SEKURANG-KURANGNYA separuh aset termasuk dana persaraan dan rumah, hak penjagaan anak-anak, bayaran nafkah

(jika ex-hubby jenis bertanggungjawab (Rarely aku cakap)) ATAU kau boleh pilih untuk kekal sengsara sepanjang hayat dengan tak bercerai. Ouch!

Adakah aku sahaja atau orang lain pun sebenarnya tidak mahu berkahwin hari ini?

Di Malaysia, nisbah orang yang tidak mahu berkahwin dengan mereka yang berkahwin (secara rela dan tidak rela) meningkat secara perlahan.

Kita boleh menyalahkannya pada jadual kerja/study yang sibuk, ketagihan smartphone, insecure,mental illness and etc.

Bila mula kahwin everything is okey, no issue, selepas saja fasa honeymoon (a few months after wed) baru tahu yang dia sebenarnya,

Curang dengan ex, kaki pukul, baran, penagih d@d@h, jual bahan terlarang, main judi, scammer, perokok, e-cigar tegar, controlling, psychopath, sociopath, narcissist,

Antisocial, tidak waras (menyebabkan kematian pasangan), pengotor, kuat cemburu, pemalas, ego tinggi, mulut puaka, pemeras ugut, pedendam, pencuri, tak bijak buat keputusan, buat keputusan sendiri,

Buka aib pekung pasangan di social media, gatal miang tengok perempuan bergetah n cantik atau lelaki sado n handsome, gossip 24/7, gila s3ks, pedophile, penunggang agama dan etc.

Mula mengaku nak berubah selepas dapat tahu/kantoi, tapi ulang balik buat (yang ni aku anti sesangat). Dasar penipu tetap menipu. Itulah risiko besar bagi kebanyakan orang. Silap pilih boleh retak rumahtangga korang.

Next, kita beralih pula pada aku.

Aku sebagai millennial takut nak bercinta. Cinta aku tidak dibalas dengan semangat yang sama. Generasi sebelum kita boleh berkompromi lagi dalam perkahwinan yang tidak dicintai tetapi bukan aku.

Aku tahu hidup ini terlalu berharga untuk disia-siakan. Hidup ini penuh risiko, orang yang berumur 20-an pun mati akibat penyakit jantung, kemalangan dan kanser. Jadi, mengapa mengambil satu lagi risiko besar?

Aku tidak rela untuk hidup dalam keadaan terseksa. Malangnya, ini telah mencipta ketakutan yang begitu besar pada aku.

Aku dirundung keraguan, ketakutan dan sinis tentang keseluruhan konsep cinta. Tanpa disedari aku telah menutup hati untuk mencintai lagi.

Aku tidak percaya pada cinta selepas berkahwin dan tidak mempercayai cinta sama sekali.

Aku lebih suka kepuasan segera kerana ia mudah. Pilihan adalah banyak pada masa kini. Manusia ini ramai berbillion jumlahnya. Jadi, kenapa nak settle?

Percintaan/ persahabatan itu suatu anugerah dan bukan boleh dibeli atau dipilih.

Aku tidak mahu bercinta lagi kerana ia adalah urusan yang menakutkan, tak cool, berisiko yang tidak menjanjikan kebahagiaan yang kekal.

Aku tidak mempunyai masa untuk menanggung kesakitan cinta . Jadi, aku suka menikmati kesenangan sementara dengan lari dari cinta dan komitmen.

Dear good people…

Bila kau dah menemui orang yang sempurna itu dan tahu kau dan dia boleh melalui susah dan senang bersama, maka berlatihlah sebelum berkahwin,

Mungkin pergi merantau ke negara asing bersama-sama, mungkin menderita bersama dalam beberapa situasi yang sukar, mungkin membuat situasi untuk menguji antara satu sama lain dengan orang ketiga yang mengancam hubungan ini.

Sekarang ini jika kau terus bertahan dan masih mencintai satu sama lain sehingga kau dan dia boleh mati untuk satu sama lain, aku akan katakan berkahwinlah.

Pesanan aku… Jauhi pasangan kuat seks kalau tak nak STD (sexually transmitted Disease). Jika kau tak ada di samping dia (PJJ), dia akan menggunakan orang ketiga untuk dapatkan seks (sanggup menipu pun ada).

Aku sarankan kalau kau jumpa orang ni, tangkap dan mandulkan saja dia. Ataupun bawa dia ke makmal untuk buat kajian supaya spesis ini pupus.

Trust nobody but yourself. Even parents selalunya sembunyi perangai h@n@t anak. Sebab tahu kalau orang kenal perangai sebenar, tiada siapa nak kan anak dia. Dah kahwin lama baru dapat tahu. This is sooooooo un-islamic! Keep your child away from us!

Kahwin diatur ibu bapa itu memang bagi aku tak valid dah pada zaman sekarang. Itu semua alasan, sebab malas nak berubah jadi baik. Cara instant.

Kau nak berkahwin, kau perlu yakin, dan kau sendiri yang pilih pasangan kau dan kau mesti firm. Jangan jadi bodoh dengan memperjudikan masa depan kau pada pilihan orang. Nobody is perfect. Kau pilih sendiri!

If pilihan kau tak berjaya just forgive and walk away but dont forget. Jadikan sebagai lesson untuk kau jadi person yang lebih better.

Semoga aku, kau dan dia akhirnya menemui cinta yang berkekalan.

– Farhan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *