Untuk part I, (https://iiumc.com/bebas-hutang-bank/).
Aku rasa ada beberapa persoalan yang perlu dijawab daripada confession sebelum ni.
TAPI, first of all, demi Allah takde niat langsung aku nak kata family akulah terbaik.
Semoga Allah pelihara kita semua daripada segala sifat riak, ujub dan takabbur.
Aku cuma harap confession ni dapat bagi manfaat dari sudut:
• Memberi semangat pada yang kaya dan mampu untuk berhati besar memberi pinjam, at least untuk anak² sendiri. Cuba google hadith² tentang memberi pinjaman. Ma shaa Allah. Kebaikan Akhirat awaits in shaa Allah.
• Memberi semangat pada orang biasa (macam aku ni, aku bukan setakat biasa, b40 lagi) untuk usaha, doa untuk kaya bukan untuk diri sendiri je, tapi niatkan untuk one day dapat bantu keluarga sendiri dengan memberi pinjam.
Dan after all, faham, tak semua keluarga sesuai, sikit pun aku tak paksa korang buat. Tapi aku yakin, ada keluarga yang boleh, and may this confession motivates.
Jelas? Hopefully yes.
…
Persoalan 1: TRIO KERJA APA SAMPAI KAYA SANGAT TU?
Trio 1: cikgu + cikgu (gov)
Trio 2: engineer + engineer (consultant)
Trio 3: lecturer + lecturer (gov)
Biasa² je kan? Semua makan gaji, semua start of macam orang biasa. Naik taraf gaji pun biasa² ikut steps, takde yang wow². Manusia biasa.
Sekarang TRIO ni semua umur range 55-65. Dah berhenti keje, ada rumah² sewa sebagai continuous income
“+” sebelah tu pekerjaan suami dorang. Nanti kang takut ada kata, tu keje TRIO, entah² suami TRIO tu kaya raya Papa Megah Holding.
…
Persoalan 2: TRIO DULU TAK HUTANG BANK KE?
Berhutang. Dulu beli rumah, beli kereta, TRIO ni pun berhutang.
Dorang manusia biasa yang awal² dulu memang struggle untuk hidup. Duduk tengah² bandar. Aku ingat lagi aku pernah teman mak aku pinjam duit kawan dia, sebab parents aku memang dah takde duit masa economic crisis tahun 2001 dulu tu.
Okay berbalik pada hutang TRIO. Bila nak masuk umur 40an, TRIO dah start buat early settlement utk rumah.
That was their turning point, rasa seronok sangat bebas hutang. Dorang tak menambah hutang. Pakai lah kereta cabuk pun. Dah cukup duit, baru beli kereta cash.
Cabuk tu sampai tahap buruk sungguh ya. Aku ingat lagi aku malu kalau mak aku amek aku dari asrama hahaha sebab kereta buruk sangat, dengan enjin bising, kereta bertapuk-tapuk. Tapi itulah TRIO. Dorang dah tak nak tambah hutang start umur 40.
Umur dah masuk 40+, dorang dah start invest in property. Sikit² sebab nak kena kumpul cash. Beli tanah, buat rumah, sewakan. Beli rumah subsale, sewakan.
…
Persoalan 3: TRIO ORANG KELANTAN KE?
TIDAKKKKKKKKKK
…
Persoalan 4: MACAM MANA SISTEM PINJAMAN NI?
Dalam Islam, wajib bertulis dan ada saksi. Jadinya begitu jugaklah sistem dalam keluarga aku.
(1) SAKSI. Biasanya kalangan TRIO, ataupun mana² ahli keluarga.
Aku pernah jugak jadi saksi masa sepupu aku pinjam duit mak aku. Jadinya ada whatsapp group antara peminjam, pemberi pinjam, saksi. Kat sini la update bayaran bulanan n baki.
(2) AGREEMENT. Pinjam berapa, tarikh, bayaran bulanan, tandatangan, dan syarat andai kata pemberi pinjaman atau peminjam meninggal.
Aku tak sure TRIO lain. Tapi kalau mak aku, depending on agreements.
Ada agreement dia kata halal terus kalau salah sorang meninggal. Ada agreement dia minta kalau dia meninggal, bayar nilaian tu pada mana² asnaf monthly sampai habis hutang.
Kalau bank kan, kita kena apply dulu, ada masa approve, ada masa kena reject. Sama jugak ni. Bila nak pinjam, TRIO akan minta details n akan nilai.
Ada masa dorang tak approve full. Contohnya sepupu aku pernah nak pinjam rm200k. Knowing him dari segi gaji, attitude dan kemampuan, memang TRIO tak luluskan.
TRIO minta detail plan rumah semua, memang tak ukur baju di badan sendiri la ceritanya sepupu aku ni! So bincang² end up dia pun downgrade plan rumah n minta nak pinjam rm90k, baru TRIO approve. Gitu lahhh.
…
Persoalan 5: MACAM MANA TRIO BOLEH ADA CASH BANYAK SANGAT?
Personally, aku nak share 2benda tentang TRIO ni;
(1) lifestyle (2) amanah
(1) Lifestyle. Kalau orang xkenal, memang takkan terpikir la TRIO ni kaya. Ye la kereta pun biasa², 2 TRIO pakai local car, 1 TRIO je pakai CRV.
Baju² handbag kasut standard beli kat kedai macam PKNS tu je, paling² mewah AEON atau PARKSON masa sales.
Arwah Atok Nenek aku dulu orang susah. Nak kata susahnya, mak aku pernah cerita kerak² nasi yang melekat kat periuk pun akan direndam sampai kembang, dah kembang, jemur, makan. Takkan buang, walau sebutir nasi. Susah sangat hidup dorang dulu.
Mungkin jugak itu yang corakkan lifestyle TRIO, sebab dah dibesarkan dengan cara susah.
In fact sampai sekarang, TRIO ni kalau keluar makan siap bawak botol air kosong. Kalau air tak habis, tuang dalam botol. Takkan biar gitu je, setara air pun akan bawak balik walaupun sikit.
Awal² kahwin suami aku segan nak beraya rumah salah sorang TRIO ni, sekaliii balik tu dalam kereta dia bisik, “Laaa saya ingat rumah **** (TRIO 2) mewah macam kat TV tu, banglo besar², rupanya biasa je” kahkahkah
Gitulah simple life dorang. Dulu bila kawan² tau mak aku keje apa, aku yang segan, sebab dorang tak caya sebab takde rupa orang yang bekerjaya macam tu pun.
(2) Amanah. Amanah dengan kerja. TRIO ni memang tiga² sangat jaga bab keberkatan gaji.
Usahkan mengular, bab solat dhuha pun mak aku pesan siap² bila kitorang kerja. Nak solat dhuha, solat sebelum pergi kerja.
Atau pergi kerja awal, solat dulu, baru punch card. Once punch card, masa untuk bekerja. Solat dhuha sunat, tunaikan amanah bekerja wajib.
Personally, knowing them aku rasa keberkatan harta kot. Sebab ada sorg TRIO tu ada family problem, dia la tanggung family sorang. Tapi harta berkat kot, tak pernah habis. Duit laki dia yang tak bayar apa² tu yang asyek habis.
…
Persoalan 6: 2ND GENERATION DAH ADA PENYAMBUNG TRIO KE?
Sobsss masih belum sepenuhnya. Kami pun kebanyakkannya masih struggle. Bagi pinjam beli rumah beli kereta memang takde lagi la.
Tapi setakat bagi pinjam below RM3k kat adik beradik sendiri tu dah ada alhamdulillah. Doakan kami dapat teruskan legasi TRIO.
Dan aku juga doakan budaya ni dapat diterapkan pada lebih banyak keluarga dan akhirnya lebih ramai dapat bebas dari belenggu hutang yang menyakitkan.
…
Alhamdulillahillazi bi ni’matihi tatimmus solihat. Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya sempurnalah segala amal soleh.
Aku rasa tu je aku nak cerita. Jangan tanya² lagi tau hahaha. Ni dah confession last dah, detail habis dah aku rasa.
Bila aku cerita gini, korang jangan la bayangkan yang indah² je hidup kitorang. Dunia kan tempat ujian. Mana ada orang takde ujian.
Alhamdulillah, Allah lebihkan kami dari sudut yang ni.
Tapi kalau nak cerita tentang ujian, kami pun ada bahagiannya. Ujian mental health, ujian gangguan jin, saka n sihir, ujian divorce, ujian suami baran sampai acu pisau, ujian family in laws toxic tahap macam Mami Jarum.
Macam² lagi.
Cuma aku tak buat confession la pasal tu semua sebab ramai orang lain dah tolong buat confession, so aku buatlah confession pasal BEBAS HUTANG BANK ni. Semoga bermanfaat.
Thank you for reading. Semoga Allah balas segala doa yang baik² berlipat kali ganda lagi baik untuk anda.
Assalamualaikum..
– Orang Yang Berhutang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit