Assalamualaikum semua, Saya Ara. Saya baru pertama kali menulis confession kat sini. Selama ni saya baca je kisah semua orang tapi kali ini saya rasa nak luah kat sini sebab circle saya terlalu kecil untuk meluah pada sesiapa.
Bila tengah marah saya kalau boleh nak balas balik, tapi disebabkan saya nak kawal kemarahan saya, jadi saya terus meluah di sini.
Saya ada ramai adik beradik, mak saya didik kami dengan cara setiap antara kami ada kerja rumah yang perlu ditugaskan.
Yang perempuan biasalah kerja2 rumah seperti memasak, lipat kain, sapu sampah, basuh pinggan kemas rumah yang lelaki diberi tugas buang sampah.
Saya taktau kenapa beri tugasan seperti ini tidak patut dibuat, sebabnnya nanti saya cerita di hujung confession ini. Kami adik beradik rapat2 dan ada beberapa je jarak 3 tahun macam tu.
Sejak kecil memang masing2 akan diberikan tugasan rumah disebabkan ibu saya tak mampu nak buat kerja rumah seorang diri tanpa bantuan. Mungkin salah satunnya untuk didik kami buat kerja rumah.
Hinggalah kami dah besar, tugasan kerja rumah mesti ada. Sebab saya tulis confession ini kerana saya rasa agihan tugasan pada tiap anak ini adalakannya bagus adakalannya tidak.
Sebab saya ditugaskan mengemas dapur dari basuh pinggan, periuk kuali yang telah dimasak semua saya kena basuh.
Ada kalitu saya sedih dan stress saya rasa macam nak ada rumah sendiri dan tinggal berjauhan dengan keluarga sebabkan perkara ini.
Ada kalitu saya tak sihat 4 hari demam panas. Boleh dikatakan selama 4 hari itu dapur bau busuk, pinggan tak basuh tunggang langgang semua takda orang pun yang nak tolong kemas.
Kalau ada pun kemas ala kadar dan tidak bersihkan sepenuhnya singki dan pinggan mangkuk. Saya selalu tarik muka dengan mak saya sbb stress kenapa saya tak sihat takda orang nak bersihkan semua ni.
Jadinnya lepas dah sembuh baru saya ada tenaga nak mengemas semula. Faham tak maksud saya disini. Agihan tugas macamni tak patut sebab masing2 berkira dengan tugas masing2.
Saya bukan cakap tentang adik beradik lelaki tapi perempuan. Lelaki yelah, dalam keluarga saya lelaki memang makan tido bangun kerja saja and buang sampah.
Ada kalitu saya jenis suka buat kerja tanpa orang suruh pun sebab bila leka buat kerja kita hilang segala masalah.
Boleh dikatakan satu rumah saya sapu atas smpai bawah. Tapi akak saya ni dia punya berkira sampai bising2 bebel sorang2 suapaya saya dengar dia suh gilir2 basuh bilik air.
Saya macam pelik sebab dia basuh pun tak selalu selamani tiap minggu saya basuh tanpa pernah terfikir langsung yang “eh akak aku tak basuh pun tandas manaleh macamni kena gilir” faham tak?
Sebab bagi saya once dah nampak benda tu sepah kemas. Nampak atas meja ada lauk yang dah habis kemas. Tapi family saya ni bukan macamtu, dia dah terbiasa ouh itu bukan part aku jadi aku tak perlu sentuh.
Saya tak berapa rapat dengan mak saya, saya sayang dia tapi tulah berjuahan lagi menyatukan hati dan kerinduan. Ada je buruk saya dia nampak. Dia tak pernah hargai kerajinan anak dia.
Bila mana saya sapu sampah tiap ruang rumah mak saya mesti perhatikan lepas dah siap dia akan kata tu tak bersih ni tak bersih sapaulah betul2 macam mak sapu. Sambil hentak2 barang saya jadi stress.
Kita dah besar kita tahulah kerja kita buat bersih ke tak. Takkanlah kita saja2 nak kemas main2 tapi dia tak hargai pun kerajinan kita.
Masatu sellau mental koyak nangis seorang diri kat bilik.
Saya suka duduk bilik sebab bila berada disamping family mesti ada je tak kena dimatannya.
Saya pernah pergi melawat rumah kawan saya beberapa minggu tidur di sana, masatu saya belajar culture keluarga kawan saya dalam diam.
Saya perhatikan keluarga dia macam mana. Beza sekali dengan keluarga saya yes memang tiap keluarga berbeza didikan, macam kawan saya tu maknya bila suruh anak dia mengemas dia akan ajak buat sama2.
Sambil mengemas sambil bercerita dengan anak. Kira selalu ada bonding time dan buat together.
Sampaikan adik beradik dia pun takda berkira masa buat kerja tu sebab masing2 buat kerja yang sama macam gotong royong kan buat beramai.
Lelaki pun buat kerja takda istilah “lelaki dah kerja perempuan tugas kemas rumah”.
Sejujurnya saya memang saya mak saya, saya boleh buat apa saja untuk bahagiakan dia, beli rumah? pergi bercuti? boleh tapi bila saya dah berjaya nanti. Tapi tulah sikap mak saya yang buatkan saya makan hati dan menjauh.
Saya faham je kenapa mak saya agihkan tugas sebab kami adik beradik ramai. Mungkin ada silap kecil yang terlepas pandang sampai masing2 berkira masa buat kerja.
Lepasni saya hanya perlu fokus pada pahala sendiri, apa yang akak saya bisingkan saya hanya dengar dan takkan berkira dalam sesuatu perkara mungkin cara dia tu boleh memuaskan diri dia yang banyak berkira tu.
Kalau itu dapat buatkan hati dia puas biarlah dia. Pahala dapat pada saya sebab mampu buat kerja dengan ikhlas.
– Ara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit