Bagaimana Hibah Bantu Keluargaku

Pasti semua tahu tentang hibah kan?

Kenapa aku cakap hibah bantu aku dan mak aku waktu ayah aku meninggal dunia pada tahun 2016 waktu aku baru je umur 19 tahun dan masih belajar lagi.

Tujuan aku nak share tentang hibah sebab aku nak kongsikan apa hibah bantu keluarga aku terutama mak aku. Yaaa, arwah ayah & mak aku dulu dua-dua bekerja.

Sepanjang arwah ayah aku ada dia yang support semua perbelanjaan di rumah 100%. Arwah ayah aku memang seorang yang sangat bertanggungjawab & selalu utama anak bini dia dari diri dia.

Antara ayah atau mak aku, aku memang rapat sangat dengan ayah aku. Dia pun seorang yang sangat ceria & happy go lucky.

Sepanjang 19 tahun aku hidup dengan ayah aku, aku tak pernah nampak ayah aku marah, tengking, angkat tangan atau pukul aku dengan mak aku. Dia memang seorang lelaki yang sangat tenang.

Terus terang aku cakap arwah ayah aku tak pernah sakit atau tunjuk yang dia sakit.

Sehari sebelum dia meninggal dunia, malam tu dia sempat hantar aku pergi stesen bus sebab aku kene balik universiti di pantai timur.

Bayangkan esok petang tu aku ada final paper time tu. Sepanjang perjalanan aku ke stesen bus, arwah ayah aku berborak & buat lawak dengan aku macam biasa tapi dia sempat bagitahu aku yang dia ada sakit dada.

Mula-mula aku ingat main-main je sebab time tu dia cakap bukan dalam keadaan serious.

Dia cakap “ayah tak tahu lah kenapa ayah sakit dada je ni”.

Sebab aku tahu arwah ayah aku memang kuat hisap rokok jadi aku cakap “tulah ayah selalu hisap rokok banyak kan dah sakit dada. Ayah dah pergi jumpa doktor belum?” Ayah aku hanya jawab belum.

Then sebelum sampai stesen bus aku sempat pesan ayah aku untuk pergi check dada dia takut-takut apa apa berlaku. Tanpa aku sedar sebenarnya tu lah perbualan terakhir aku dengan arwah ayah aku.

Bayangkan perjalanan aku balik ke universiti time tu betul-betul aku turun bus sampai tempat belajar aku mak aku telefon aku suruh balik.

Aku bagitahu time tu dengan mak aku yang aku tak boleh balik sebab petang nanti aku ada final paper.

Mak aku just bagitahu aku time tu ayah aku masuk hospital tanpa bagitahu aku situasi sebenar yang ayah aku dah tak ada. Bila aku dapat tahu ayah aku masuk hospital aku dah rasa tak sedap hati takut risau semua ada.

Memang perasaan tu tuhan je tahu macam mana. Alhamdulillah time tu nasib ada kawan aku time aku belajar sanggup tolong aku hantar aku terus ke airport walaupun perjalanan agak jauh time tu.

Aku terus booked ticket dan balik ke selangor time tu juga.

Bila aku sampai je kat hospital baru aku dapat tahu time tu memang aku takleh nak terangkan macam mana perasaan sedih aku bila dapat tahu ayah aku dah takda tapi aku tak leh nak nangis sebab aku tengok mak aku time memang dah lost.

Aku cakap kat diri aku supaya kuat aku taknak mak aku tambah sedih lagi. Doktor sah kan arwah ayah aku meninggal sebab serangan jantung yang pertama.

Guys kalau korang ada ayah, abang, suami atau sesiapa yang kuat rokok tolong nasihat dieorang untuk dapat rawatan segera kalau dada rasa sakit. Hilang orang kau sayang sebenarnya sakit sangat-sangat.

Kehidupan aku dengan mak aku tanpa arwah ayah aku memang terus terang sangat-sangat struggle time tu. Walaupun mak aku bekerja mak aku tak mampu nak tampung segala komitmen keluarga.

Yes, memang asset ayah aku tinggal kan cukup untuk mak aku & aku untuk survive tapi korang kene tahu segala asset KWSP, Simpanan Bank, Unit Trust, Kereta, ASB & tanah dibekukan.

Jadi mak aku takleh nak buat apapa tuntutan time tu sebab kene lalui proses faraid. Bayangkan proses faraid yang mak aku kene lalui makan masa 3 tahun.

Mak aku ulang alik amanah raya nak settle kan urusan faraid tu. Bayangkan 3 tahun bukan satu jangka masa yang sekejap guys memang lama tiap bulan komitmen masih perlu dijelaskan.

Macam mana aku mak & aku boleh survive selama 3 tahun sementara tunggu proses faraid tu dari pampasan hibah yang arwah ayah aku buat untuk keluarga kami.

Tanpa pampasan hibah mak aku memang tak mampu nak buat apapa. Pampasan hibah yang kami terima tu lah bantu mak & aku untuk survive.

Waktu arwah ayah aku dah takda, mak aku dah pesan kat aku apapa pun yang berlaku suruh aku habiskan belajar dulu takpa mama boleh tampung kau dengan hibah yang arwah ayah aku sediakan.

Hati anak mana tak sedih bila mak dah kata macam tu. Macam mana aku survive sepanjang time belajar dari pampasan hibah arwah ayah aku.

Time tu memang mak aku ada bagi sebahagian pampasan tu untuk aku punya perbelanjaan time belajar dulu.

Hidup tak semudah sekiranya seorang breakwinner dalam keluarga tiada guys. Being a single mom wasnt easy the struggle is real.

Aku just nak pesan kalau korang sayang keluarga ambil hibah, ambil lah walaupun sikit sebab sedikit sebanyak boleh bantu keluarga korang bila korang takda nanti sementara tunggu proses faraid.

Terutama kau seorang suami ambil lah hibah untuk bini & anak kau. Proses faraid bukan proses yang mudah n sekejap untuk tunggu.

Kenapa aku kata hibah membantu time tu mak aku dapat pampasan dalam masa sebulan sementara tunggu proses faraid 3 tahun. Pampasan tu lah kami survive.

Kalau korang masih rasa hibah tak penting. Tanya diri korang yang belum ambil hibah untuk keluarga

1. Kalau aku meninggal siapa akan tanggungjawab galas komitment bulanan?

2. Kalau aku meninggal siapa akan jaga isteri & anak aku?

3. Kalau aku meninggal macam mana isteri & anak aku nak survive?

4. Kalau aku meninggal macam mana pendidikan anak aku?

Benda ni amat-amat penting korang kene tahu hidup tanpa seorang ayah sememangnya struggle & tak mudah. Aku syukur sebab ada ayah macam arwah ayah aku.

Walaupun dia tak bagi kemewahan untuk kami tapi dia sentiasa bagi yang terbaik untuk kami. Maaf kalau penulisan aku direct dan membosankan tapi ni lah aku nak luah kan bagaimana hibah bantu mak & aku time ayah aku tiada.

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *