Kisah Hidup Aku

Hai, aku kenalkan dulu latar belakang aku. Aku anak ketiga dari enam orang adik beradik dan anak perempuan sulong. Mak ayah aku masih ada. Aku mulakan kisah aku dari awal.

Kami sekeluarga bukan orang senang boleh dikategori sebagai b40 lah. Tapi dulu hidup kami memang sangat bahagia walaupun makan ala kadar, rumah macam tidak ada rupa rumah.

Kami bersyukur apa adanya. Dulu ayah aku kerja sebagai tukang rumah, mak aku pulak menconteng batik. Kami memang rapat antara satu sama lain.

Aku masa sekolah rendah memang tiada kawan, selalu disisihkan. Yelah budak miskin, comot, hitam, sape je yang nak kawan tapi aku tetap pergi sekolah sebab aku suka belajar, aku suka cikgu.

Aku tak kisah pun tiada kawan. Abis je upsr alhamdulillah aku dapat 4A1B. Aku harapan keluarga lepas abang aku untuk masuk asrama.

Tetapi apakan daya apa yang kita nak tak semestinyee kita akan dapat. Aku memang dah diterima masuk dekat salah satu sekolah berasrama penuh, sudah masuk pun.

Kami tiada kereta, jadi hanya ayah jelah yang hantar aku masuk asrama dengan motornya yang mungkin esok atau lusa dah nak roboh.

Aku dapat lihat harapan ayah dan mak aku. Bangga sangat aku dapat masuk asrama.

Tapi apakan daya tiga hari disitu aku tidak dapat beradaptasi dengan suasana asrama. Aku jatuh sakit, pihak sekolah menelefon ayah aku untuk bawak aku pulang dan aku memutuskan untuk pindah sekolah.

Aku nampak kekecewaan dari riak wajah mereka tapi mereka tidak pernah tanya kenapa, tidak pula marah dengan keputusan aku.

Nenek, ibu bapa saudara tidak payah cakap lah selalu mengungkit sampai sekarang. Jadi aku pun pindah dekat sekolah harian biasa.

Masa umur aku 15 tahun lah semuanya berubah 360 darjah. Bermula dengan ayah aku yang tiba2 jatuh sakit, muntah hampir setiap malam.

Sejak haritu ayah aku berubah teruk. Dari seorang yang ceria kepada seorang yang pemarah. Setiap malam cakap sorang2, masuk hutan malam2.

Kami memang takut sangat masa tu, sampai beranggapan ayah aku gila tapi kami tak dapat buat apa2 sebab kami masih budak2.

Adik beradik bahkan mak dia sendiri tak buat apa2 walaupun rumah kami dengan nenek hanya lah dibataskan dengan pokok rambutan.

Ayah dah tak kerja tapi nasib baik abang aku dah dapat kerja askar boleh lah menampung kami tapi baru je dapat kerja kan berapa jelah gaji nye.

Setiap malam kami menangis, aku tahu mak aku lah yang paling menderita tengok ayah aku macam tu. Setiap kali ayah mengamuk mak aku akan suruh kami masuk bilik. Ayah akan cakap sorang2 dari malam sampai lah pagi.

Kami memang tak dapat tido dengan nyenyak. Aku yang sulong nilah menjadi tempat luahan adik2 aku yang lain yelah mereka semua perempuan. Setiap hari kami berdoa semoga ujian ni berakhir.

Sekolah tidak payah cakap, sejak saat tu aku tak pernah belajar dekat rumah.

Kebiasanya kami belajar malam tapi disebabkan ayah aku akan mengamuk malam2 jadi kami akan tido awal. Sumpah aku cakap aku lebih suka duduk sekolah lama2 dari balik rumah.

Masa berlalu berhari2 sampai lah aku spm, result aku memang teruk tapi aku dapat masuk matrikulasi dekat negeri aku walaupun 1 tahun lebih lama dari kawan2 yang lain.

Kecewa tu sangat kecewa tapi apa kan daya itu je aku mampu. Oh sebelum lupa lepas spm aku kerja sementara dekat negeri lain.

Itu pertama kali aku merantau jauh. Bukan untuk lari dari masalah cuma mak aku cakap tak pe pergilah cari duit boleh buat bekal untuk masuk kolej nanti.

Jadi hari2 berlalu pagi kerja malam balik tido astu sambung kerja begitulah sampai aku masuk kolej.

Situasi dekat rumah bukan aku tidak tahu, ayah dengan perangai dia macam tulah.

Tapi mak dengan adik2 jarang lah cerita masalah rumah sebab takut aku tak dapat fokus belajar. Tapi aku bila jauh setiap hari aku fikir macamna mak ngan adik2 aku. Ok ke dekat rumah, mereka makan apa.

Terlalu berfikir sampai lah 2 tahun dekat situ result aku teruk. Aku dulu selalu salahkan ayah aku sebab dialah result aku teruk, sebab dialah aku tak dapat fokus belajar.

Selepas abis kolej aku pun bekerja lagi sementara, sekali lagi merantau di negeri orang. Selepas result u keluar aku dapat masuk u di negeri sebelah tak de jauh sangat.

Dalam fasa menyiapkan barang2 untuk dibawa kesana, apakan daya ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan ditengah jalan, covid 19 menyerang negara.

Kemasukan u ditangguhkan, jadi kami belajar secara online. Jadi masa aku dekat rumah lama.

Kampung aku tiada jaringan internet yang elok, jadi nak ke tidak aku terpaksa menumpang dekat tempat kerja sepupu aku untuk masuk kelas.

Semester 1 dan 2 berlalu macam tu, aku jarang masuk kelas disebabkan tiada motor ataupon ayah aku buat hal. Pasal ayah kami dah terbiasa 5 tahun kami hadap benda yang sama kan.

Masuk sem 3, ayah aku makin teruk sampai kan aku naikkan suara dekat dia, selama ni aku diam je tapi lepas dia naik tangan dekat mak aku memang time tu aku mengamuk gila2. Sampai adik aku cakap aku pun dah gila.

Bukan tu je ayah aku siap bawak parang lagi nak tetak aku. Kalau tak de mak mungkin aku dah arwah masa tu.

Aku tidak tahu kenapa aku makin hari makin berani melawan, mungkin masa tu aku je yang paling tua dan aku rasa tanggungjawab tuk jaga mak ngan adik2.

Sem tu jugak kami diuji dengan adik aku kena buat pembedahan dekat kaki sampai paha disebabkan kena minyak panas. Itu jugak atas kecuaian ayah aku sendiri yang tak ingat untuk tutup gas sampai kan api dah sampai atap rumah.

Aku masa tu dekat kedai, untuk kelas online terus balik lepas dapat telefon yang adik aku kena minyak panas.

Masa tu malam jadi klinik kerajaan dah tutup, aku pun bawak adik ke klinik swasta dengan motor bayangkan sakit adik aku tu bila angin menyentuh luka. Bukan sikit dari jari ke paha.

Aku pun kenapa tak terfikir untuk bawak pergi hospital terus masa tu. Aku cuma fikir adik aku kena rawat cepat2 jadi klinik lah yang paling dekat. Walaupun dia tak menangis tapi aku dia sakit.

Sesampainya aku dirumah memang nak diikutkan hati aku nak je bunuh bapak aku tu. Tapi malam tu dia tak balik maybe dia tido dekat kubur. Keesokan hari dia balik dengan muka yang tanpa sedikit pun rasa bersalah.

Sejak tu yang dulu aku berdoa untuk sembuhkan ayah aku sekarang aku berdoa ayah aku mati je dari terus susahkan hidup kami.

Sem tu jugak lah kami diuji lagi dengan dapur kami terbakar, abis semua barang2 dapur hangus sampai atap pun dah berlubang.

Aku lah yang menelefon bomba walaupun bomba datang masa api dah tak de.

Jadi mak, aku dan adik2 tido rumah nenek malam tu. Ayah aku makin teruk, dia sampai keluar rumah dengan tak berpakaian macam orang gila betul. Mengamuk depan rumah orang.

Jadi keesokan harinye aku nekad ke balai polis untuk buat laporan supaya biar lah polis yang bawak ayah aku ke hospital.

Aku buat bukan sebab dendam aku dengan ayah cuma aku kesian dekat mak dan adik2 aku.

Petangnya polis datang, tapi ayah aku tak bagi kerjasama dia mengamuk teruk disebabkan masa tu ayah aku panjat bumbung rumah jadi polis tak dapat ambik risiko nak tahan ayah aku.

Jadi dibiarkan macam tu je, sampai esok nye ayah aku mengamuk sebab aku panggil polis, niat dia nak tetak aku.

Time tu memang huru hara, sampai kaki dan dahi mak aku jadi mangsa. Jadi sekali lagi aku telefon polis, dan ayah aku dapat ditangkap.

Dibawanye ke balai dan terus ke hospital sakit jiwa.

Aku jelah yang escort, sebab aku tahu adik2 aku tengah takut dan trauma. Luluh hati aku bila nak sign dokumen pengesahan. Aku sayang ayah, cuma lepas semua jadi aku simpan dendam sampai aku harap aku tak de ayah.

Nak dipendekkan cerita, ayah aku disahkan menghidap penyakit skizo. Tak lama pun ayah aku dah boleh keluar, alhamdulillah dia dah slow berubah. Kami jaga makan minum ubat. Kami dah rapat balik macam dulu.

Aku pun masuk sem 5 masa aku tulis nih. Aku dapat tengok kecerian adik2 aku, kebahagian mak ayah aku. Aku bersyukur sangat.

Selepas 7 tahun kami diuji berkat sabar dan doa yang tiada putus kami dapat lalui ini semua. Kalau nak diceritakan semua memang tak habis.

Dan aku pun disahkan sebagai partial depression, anxiety dan imsonia. Setiap bulan check up sampai sekarang.

Itu je kisah hidup aku. Yang tengah hadap masalah aku cuma nak bagitahu supaya sabar dan sentiasa sabar dan percaya satu hari hikmah tu akan datang.

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *