Ikan Bilis

Assalamualaikaum dan selamat sejahtera buat semua pembaca. Aku tak pandai mengarang tapi aku cuba.

Secara ringkas, aku seorang wanita, sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.

Sehingga tahun ini, aku telah bekerja selama 22 tahun sebagai seorang jurutera dan berpengalaman di tiga buah syarikat.

Kesemua syarikat yang aku pernah bekerja hanyalah syarikat kecil yang mana jumlah pekerja antara 20 hingga 30 orang sahaja.

Gaji permulaan aku bekerja selepas garduate adalah RM1200. Ya, RM1200 pada tahun 2010 dengan berbekal sijil sarjana muda dan pointer 3.3.

Pada tahun 2020 gaji aku mencecah RM3500 dan hari ini masih RM3500 kerana sudah dua tahun tiada kenaikan gaji. Harga barang melambung naik, tapi gaji aku tak naik naik.

Suami aku juga seorang jurutera, bekerja dengan syarikat swasta tapi semasa negara dilanda covid, dia diberhentikan dan sekarang bekerja sebagai juruteknik.

Suami ku tiada gaji basic, tiada caruman kwsp dan socso kerana hanya makan komisyen. Bekerja 6 hari seminggu, kalau tak kerja haritu maka tiadalah income.

Jumlah pendapat kami seisi rumah sebulan dalam 7k sebulan.

Pengenalan tadi bukan untuk mengeluh atau tidak bersyukur. Aku hanya nak sharing dan ini adalah reality kehidupan kebanyakan anak anak muda lepasan universiti pada harini yang orang mungkin anggap biasa.

Aku tak tahu bila confession aku ni disiarkan, samada sebelum pilihan raya atau selepas pilihan raya atau tak disiarkan langsung oleh admin. Tujuan confession ini bukanlah untuk berkempen, hehe.

Luahan ni hanya buat pemimpin atau bakal pemimpin. Aku tak kisah siapa yang menang, siapa yang akan jadi perdana menteri selepas pilianraya ni.

Tapi aku sebagai rakyat marhean yang berlatar belakangkan keluarga yang biasa-biasa, income yang biasa biasa, aku harap ada perubahan yang positif kepada ekonomi negara kita.

Seperti yang semua sedia maklum, dengan kadar kenaikan harga barang, harga rumah, rakyat yang biasa-biasa macam aku amat struggle untuk meneruskan kehidupan.

Alhamdulillah untuk aku dan suami, kami memiliki rumah sendiri yang dibeli pada tahun 2012.

Tapi bagaimana dengan generasi sekarang dan akan datang. Macam rakan sekerja aku seorang lelaki, isterinya tak bekerja. Masih belum mampu untuk memiliki rumah sendiri.

Harga rumah yang sangat tak masuk akal dengan kadar gaji pekerja seperti kami. Berapa ramai anak-anak muda yang sudah bekerluarga yang masih belum memiliki rumah sendiri.

Tengokla betapa struggle nya kami anak muda yang memiliki ijazah sarjana muda, tapi gaji masih rendah.

Janganlah dibandingkan dengan syarikat besar dan gah seperti Petronas, syarikat GLC jauh lagi tinggi gaji mereka jika pengalaman kerja mencecah 22 tahun seperti aku.

Sedih rasanya bila ada dalam fikiran adik adik yang tak mahu sambung belajar sebab mereka rasa belajar tinggi pun tak guna disebabkan issue gaji.

Takkan nanti anak anak muda, generasi akan datang semuanya tidak lagi mementingkan pelajaran. Minta dijauhkan.

Aku cuma berharap agar ekonomi negara menjadi rancak dan pesat agar syarikat-syarikat swasta yang kecil boleh memberi gaji yang lebih tinggi pada pekerja mereka.

Penetapan gaji minimum RM1800 atau berapa pun yang disyaratkan oleh kerajaan, belum tentu semua syarikat swasta yang kecil boleh patuhi.

Suara aku hanya kecil, aku bukan siapa siapa. Aku hanya tak mahu generasi akan datang semakin tidak berkemampuan dan tidak berilmu.

Aku tak mahu anak anak muda lepasan universiti rasa sijil mereka tak bernilai. Ada yang datang dari keluarga susah, bila habis belajar, tak mampu nak ubah nasib keluarga mereka. Yang susah kekal susah.

Janganlah kata, buatlah tiga ke sepuluh kerja sehari atau berniaga online.

Aku balik kerja pun sampai rumah dah maghrib. Aku tak boleh commit dengan berniaga online sebab masa. Aku hari hari masak dan aku suami isteri bawa bekal pergi bekerja. Jarang sangat makan luar.

Sehabis baik kami untuk berjimat dan lebihkan simpanana dan keperluan rumah dan anak anak.

Aku berharap mana mana yang sedang struggle dengan ekonomi rumah tangga masing masing dipermudahkan urusan dan diperluaskan rezeki.

Kepada pemimpin dan menteri tolonglah kami. Kami juga rakyat Malaysia, banyak perkara yang kami di anak tirikan.

Bawalah perubahan untuk menjadikan ekonomi negara kita lebih kukuh, pesat dan berkembang. Banteras rasuah dan mengkayakan kroni.

Maaf jika ada salah dan silap sepanjang penulisan.

– Ikan Bilis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *