Anak Tiri Yang Melampau

Hai semua… Terima kasih admin kalau siarkan luahan saya ini. Saya takdelah masalah sangat… cuma semak otak saya dengan karenah anak tiri saya.

Ceritanya begini… Saya seorang ibu tunggal… ada seorang anak lelaki. Kemudian sebaik saja saya habis eddah saya terus berkahwin dengan suami saya sekarang.

Kami kerja sepejabat masa tu. Ramai kawan yang cuba kenenkan kami berdua. Dia bapa tunggal yang kematian isteri dan mempunyai 3 orang anak. Yang pertama perempuan & kedua dan ketiga lelaki. Masa saya berkahwin dengannya, dia dah 7 tahun menduda.

Setelah berkahwin atas saranan saya, kami ambil semua anak2 dia dan bela bersama2 dengan anak saya. Saya tak nak kami kahwin kami je bahagia sedangkan anak2 terbiar.

Masa tu anak perempuan je duduk dengan dia. Anak yang kedua dengan emak mertua & anak ketiga dengan mak arwah. Mulanya husben tak setuju tapi lepas saya bertegas dia pun akur.

Oleh kerana anak2 masih kecil dan bersusun paku masa tu saya agak tertekan sebab tiba2 saya kena uruskan semua sendiri. Akhirnya husben ambil orang gaji. Husben jenis yang tak pernah dan tak akan marah anak2 dia terutama yang perempuan tu!

Kalau saya marah anak, dia akan marah saya balik depan2!! Akibatnya anak dia yang perempuan tu memang tak respect kat saya!!

Banyaklah perkara yang dia timbulkan dan seingat saya sepanjang tempoh kami kahwin ada 3 kali dia cuba untuk buat kami bercerai berai!

Macam mana saya tahu? Satu hari dia tertinggal hp kat ruang tamu. Masa tu zaman sms… tak de whatssap lagi. Mesej masuk dan saya baca.

Dia beritahu kat kawan lelaki dia yang dia terpaksa balik kampung sebab kalau tak balik nanti saya (mak tiri) akan pukul dia. Saya terkejut kerana,

1. Dia yang merenggek nak balik kampung seyiap minggu!

2. Tuduhan tak berasas saya pukul dia!! Marah pun tak boleh apalagi pukul?? Huh memang tak lah!!

Masa tu saya panggil dia dan bersemuka! Apa maksud dia?? Dia dengan selamba je beritahu memang dia saja je fitnah saya macam tu sebab nak saya bercerai dengan ayah dia!! Bibik kat sebelah dia bukan main lagi menyokong!!

Saya tak sedar sebenarnya suami dah balik masa tu & berdiri di luar rumah!! Husben kan tak pernah marah dia! So dengan senangnya surih dia kemas baju dan hantar dia balik kampung rumah mak dia!!

Itu je hukumannya!! Dia dengar sendiri anak dia yang masih sekolah rendah tu cakap nak buat kami bercerai!! Katanya kalau salah anak dia itu adalah salah dia… gagal didik anak!!

Bermacam la benda saya hadap dari mereka kecik sampai besar. saya tetap jalankan jugak tanggungjawab saya sebagai mak kepada mereka semua hingga saya tak sedar saya abaikan anak saya sendiri…

Saya sebagai mak tiri bukan saja berhadapan dengan anak2 tiri yang sebegini tapi juga dengan ipar duai dan mertua yang tak percayakan saya langsung!! Tambahan lagi masa tu tengah top sinetron indonesia bawang putih bawang merah!! Allahuakbar!! Nauzubillah!!

Kalau balik kampung, time saya ada kat rumah semua tak datang. Tapi sebaik saja saya pagi kedai dengan husben semua menderu datang!

Mereka akan soal siasat anak2 tiri saya.. Ibu kau ada marah ko?? Marah pun tak boleh gais!! Saya jenis ajar anak2 buat kerja… ehh tak boleh kata mereka!!

Mak mertua tarik muka bila tengok muka saya!! Pernah dia lari masuk bilik & kunci pintu sebab tak nak salam dengan saya!! Akhirnya saya putuskan… tak per lah.. memandangkan dorang tak suka saya maka awak je lah balik dengan anak2!

Saya biar je tinggal dekat rumah. Pernah sekali saya beraya sorang2 kat rumah.. kadang2 husben bawak sekali bibik balik… kadang2 tinggal temankan saya.

Long story short… sekarang masing2 dah besar. Yang perempuan tu dah kahwin dan punya anak satu… umur setahun lebih macam tu.. Tapi anak dia langsung tak nak kat kami ni!! Baru tengok muka atok dia dah menangis macam nampak hantu!!

Masa dia kahwin time pkp… Masa tu lagi seminggu majlis dia kerajaan umukan PKP 1.0! Jadi husben decided batalkan saja… Batalkan sebab katanya dia tak nak jemput orang separuh2. Nanti ada yang kecik hati.

Yang kedua sebab batalkan ialah sebab duit yang dia nak buat majlis tu dia laburkan kat satu company ni..

Takdir Allah company ni tak nak bayar duit dia & owner tu meninggal lagi seminggu lebih sebelum majlis kahwin anak dia!! Sudahlah dia tak nak dengar cakap saya biar ada black & white!! Dia bagi duit 30k begitu je!!

Dia kahwinkan anak dia tanpa minta sesen pun hantaran!! Kami dah bincang benda ni & kami buat keputusan gitu sebab nak suruh mereka cepat2 beli rumah!!

Tapi keadaan sebaliknya… si lelaki ni tadi yang kata tak akan buat majlis tup tup buat majlis grand dekat wedding hall!!

Masalahnya ialah… dia jemput kami hari ni, majlis esok!! Masa pagi ke majlis tu saya nampak adik beradik husband & adik beradik arwah mak dia ada kat sana juga.

Saya tanya mereka dah lama ke dia jemput?? Mereka kata dah dekat swbulan la dijemput!! Ehh kenapa kami ni baru semalam besan jemput!! Jadi persoalan disitu kan.. Nasi yang saya suap tersangkut keras kat tekak!!

Itu adalah kali terakhir kami bercakap dengan besan hahaha… lepas tu hingga kini takde dah kami berhubung!! Sebab bagi saya mak & anak dia sangat kurang ajar!!

Adalah benda yang berlaku masa kenduri kat pihak saya dimana mak dia sound perli saya tak henti2 selfie sedangkan saya dari pagi sibuk uruskan jamuan!!

Si lelaki pernah sound sayaa… Batalkan majlis dia tak hincang dengan dia pun!! Ehehhh.. ko dah kenapa?? Kami tak minta duit ko sesen pun!! Kami tak pernah janji nak buat majlis kau pun!! Kenapa nak salahkan saya pulak sedangkan hakikatnya ayah kau yang batalkan!!

Oh ya… lupa nak cakap… anak perempuan ni beritahu nak kahwin sehari selepas ayah dia dapat duit pencen!! Sedangkan sebelum tu puas kami suruh bertunang dan kahwin dia tak nak!!

Adalah tu yang cakap… baik kau suh ayah ko kahwinkan kau sebelum duit dia habis kat mak tiri kau tu!! Hahaha!! Allah tu maha kuasa… Allah tak tidur..

Selepas dia kahwin memang dia buang kami dari hidup dia!! Ibarat mak mertua dengan pak mertua tu lah keluarga dia yang sangat dia sayang!!

Hahaha saya dapat tahu hubungan dia dengan mak mertua pun tak baik dah!!! Memang saya nak gelak habis2an!! Kebetulan PKP… Memang dia tak balik2.. birthday ayah dia atau adik2 dia pun dia tak balik.

Adalah sekali dua dia balik itupun sebab adik2 dia panggil nak celebrate besday!! Dia balik pun… hmmm… laki dia makan sepinggan pun tak boleh basuh!! Alasan sebab dia tak makan!! Hai berlagak sungguh!!

Kalau si perempuan ni balik dia hanya akan belek anak dia!! Langsung tak pernah nak menolong saya kat dapur!! Siap datang makan je!!

Walaupun anak dia tido pun dia laki bini akan tetap belek anak dia! Dia betul2 buat saya macam orang gaji!!

Mereka ni duduk menyewa dekat rumah flat je.. Rumah tak de aircond. Tapi kalau balik rumah saya bukan main. Aircond 24 jam!!

Saya ada beritahu… duduk dekat ruang tamu je buka aircond lah.. Tak payah duduk bilik dan buka aircond! Kata2 saya lalu diangin lalu je!! Hahaha!

Anak pompuan ni tak pernah tau hulur duit pada ayah dia walau seringgit nak beli barang dia akan mintak!! Ayah dia sekarang dah tak kerja.. Dah pencen.. Apa income ayah dia?? Yang penting sekarang saya yang tanggung semua sorang2!! Termasuk bayar bil api RM600 sebulan!!

Memang suffer la bil tinggi so saya usaha nak kurangkan!!

Baru2 ni dia balik & duduk kat bilik yang saya bagi kat anak no dua tu.. No 2 dah kahwin juga… sebab mereka lah yang selalu balik jenguk kami so saya bagi bilik kedua tu pada mereka!! Tapi si perempuan ni balik2 cepat2 menonong masuk balik tu!!

Tanpa tanya saya.. Ohh lupa… dia kalau balik memang menyombong ya dengan saya!! Memang tak bercakap!! Saya betul2 makan hati dengan perangai dia.

Ehh kalau macam ni tak balik pun tak apalah! Tapi sebab husband rindu nak tengok cucu dia maka saya mengalah…selama ni saya diam! Tapi sebab aircond saya hilang sabar

Satu hari saya balik rumah masa tu pagi. Saya tengok aircond bilik dia terbukak!! Saya yang tuan rumah sendiri pun tak buka aircond siang!! Sebab nak jimat..

Husband dia ada kat ruang tamu dan pintu bilik terbukak. Memang langsung bagi tak berhemah guna aircond!! Bukan dia yang bayar kan!! Konon anak tak boleh tak de aircond!! Ehh rumah kau ada aircond ke??? tak de kan!!

Saya pun tanya husband dia.. Siapa yang buka aircond ya?? Dia cakap dialah.. Kenapa?? Hai kenapa dia tanya saya balik!! Kenapa?? Sebab nanti bil mahal lah!! Kemudian mereka terus balik & husben dia langsung tak salam saya…

Btw ada aku kesah?? Hahaha.. Kau tak balik pun tak apalah! Anak kau bukan nak pun dengan kami!! Setakat balik celup kaki je buat apa! Sudahlah tu berlagak buat saya macam bibik!!

Saya nak tanya teman2 semua… kalau uols la berhadapan dengan situasi ni uols buat apa?? Kalau dia balik apa uols buat??

Suami saya jenis diam je tak nak masuk campur & bagi dia seolah2 macam… asalkan aku selamat dah!! Dan dia tak akan…tak akan tegur anak dia ya!! Tak akan!!

– Mak Tiri Cun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Rasanya sy akan hadapi masalah ni dlm 2 3 thn lagi kot, awal ramadhan aritu, depan bapak dia, dia ckp, ko bukan mak kandung aku so now sy x nak dh bercakap ngan dia, umur baru 16, padahal dia bengang sebab sy nk ajar dia tanggungjawab bila nampal sampah, amik n buang la..dia boleh naik angin plak. N dia ni mmg jenis mcm anak tiri u ni la..n bapak dia pun sebiji perangai mcm husband i, x marah anak dia even anak dia buat salah.katanya diplomasi lg berkesan katanya sedangkan anak sy elok je sy didik walaupun dlm keadaan kasar, sebab pd sy kalau diaorg dh terbiasa kena pukul, x la terkejut bila jumpa org yg keras kan? Entah la..tawakal je sekarang ni,

    • Sama masalah kita sis…saya jaga 3 org anak tiri…no2 dan no3 senang jaga sbb saya dah jaga hampir 6 tahun.. yg sulung ni baru jaga 1 tahun…tapi perangai dia nauzubillah…pemalas,pengotor,degil…dan mcm2 lagi…saya sabar je…malas nak pening2 kepala.. tapi kalau nak apa2 pandai plak mintak kat saya…sbb mak ayah kandung dia x akan layan ckp dia…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *