Hai assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama saya Wafa, maaf mungkin penulisan ini tak seberapa sebab ini kali pertama saya menulis luahan hati saya pada umum.
Saya umur dalam 30 an, berkahwin sudah 2 tahun tapi masih belum dikurniakan rezeki anak dan alhamdulillah masih bekerja.
Saya nak cerita pengalaman saya bekerja di mana sebelum ni sudah 5 buah syarikat saya pernah bekerja cuma 2 syarikat sahaja saya ingin “highlights”. Ke lima- lima buah syarikat ni berjawatan tetap yer.
Saya namakan syarikat A dan syarikat B. Sepanjang saya masih hidup ni, saya tiada masalah dengan kerja sebab saya dari tahun pertama belajar hingga habis belajar, saya buat kerja part-time sambil study,
Bukan satu bidang tapi agak banyak bidang iaitu F&B, pembantu pra sekolah, pembantu aturcara majlis, pekerja hotel, pembantu lecture, pembantu klinik dan ada lagi tapi tak ingat hahaha.
Kenapa saya berkerja part time banyak sangat dalam tempoh 4 tahun?
Tak lain tak bukan sebab saya sedar yang saya ni bukan dari keluarga berada (tapi bahagia okey) dan sepanjang belajar nak harapkan duit ptptn tu memang tak cukup, nak minta dengan ibu abah segan sebab rasa dah tua bangka lagi nak menyusahkan depa.
Tapi bagi saya keputusan berkerja part time sambil belajar adalah keputusan yang bijak sebab banyak yang saya belajar terutama ragam- ragam di alam pekerjaan dan dapat jumpa orang dari pelbagai latar belakang.
Kalau tanya saya macam mana perasaan jadi kuli tu saya tahu sebab saya pernah kena herdik, kena kerja lebih masa tapi hmm haram gaji tak bayar pun, kena cover pekerja lain cuti walaupun waktu tu saya cuti dan macam- macam lagi,
Menangis tu dah jadi asam garam dalam kehidupan saya tapi peliknya saya tak mengadu pun pada ibu abah saya sebab taknak depa risau. Tapi pengalaman ni yang mematangkan saya.
So apa kaitan syarikat A dan B? Okey begini, waktu saya nak kahwin saya resign dengan syarikat sebelum A dan B, manager saya baik sangat siap pesan kalau nak kerja sini, hubungi dia sebab dia cakap sayang sangat saya berhenti bekerja, nak jumpa pekerja macam saya payah.
Cehhh berbunga-bunga saya rasa sebab manager- manager sebelum ni pun pesan benda yang sama juga. Saya rasa alam pekerjaan agak seronok sehingga lah saya bekerja di syarikat A. Betullah langit tak selalu cerah begitu kehidupan saya.
Waktu hari pertama saya lapor diri di syarikat A, saya okey lagi pagi tu tetiba senggugut saya datang, sakit dari biasa, saya muntah-muntah dan badan saya berpeluh-peluh tahan diri dari jatuh tapi saya masih cuba bertahan sepanjang lawatan ke kawasan tempat kerja sehingga saya,
2 orang rakan baru yang juga lapor diri dan manager berhenti pada “checkpoint” terakhir. Saya minta nak ke tandas sebab nak muntah sangat dan manager saya izinkan.
Selama saya bekerja seminggu, semua okey walaupun pada mulanya agak kekok sikit sebab orang-orang lama yang bekerja dekat situ kurang mesra tapi iyalah saya pun baru lagi kan, jadi saya akan ambil masa untuk lebih rapat dengan depa.
Esoknya pada sebelah pagi, semua staff di panggil untuk hadiri meeting, saya masuk dalam bilik meeting tunggu lah manager masuk. Tup-tup, manager pun masuk dan manager nampak saya, dia cakap “awak tak diperlukan disini, pergi sambung kerja awak” depan semua staff lain.
Saya tahan malu dan keluar perlahan-lahan dari bilik meeting dan sambung buat kerja. Belah petang, manager panggil saya ke bilik dia, saya masuk dan nampak supervisor saya juga ada di situ.
Manager saya tanya “okey kerja di sini?” Saya jawab “okey, banyak benda saya belajar” pastu manager balas “saya tak suka awak”. Saya yang terpinga-pinga ni pun bertanya balik “kenapa yer puan? Saya ada buat salah ke?”.
Terus manager saya cakap yang saya tak professional dan macam tak berminat nak bekerja. Saya yang memang dah bingu jadi lagi bingu terus tanya “tak professional macam mana yer puan?”
Tahu tak manager balas apa? Dia cakap hari pertama saya lapor diri dah ke tandas, dia rasa saya tak berminat dengan kerja ni pastu dia cakap saya tak berkomunikasi. Saya bagitau pada manager yang saya ke tandas sebab saya kurang sihat dan dia dah izinkan saya ke tandas.
Saya tanya pada supervisor saya adakah saya ni tak berkomunikasi ke? Supervisor cakap saya berkomunikasi sahaja. Tapi balasan yang saya dapat dari manager saya tahu tak apa?
“Iya saya izinkan awak ke tandas tapi still saya rasa awak tak professional. Tadi, saya buat meeting untuk bincang pasal awak yang bagi saya, awak tak professional, jadi saya nak awak tamatkan kontrak awak di sini”.
Saya pun dengan cuba tahan mata dari berkaca-kaca minta maaf kalau ada tindakan saya kurang professional dan bangun bersalam dengan manager saya sambil kemas-kemas barang saya di pejabat.
Tahukah manager saya? Kalau betul saya tak berminat nak kerja di situ, saya takkan bangun seawal pukul 6 pagi bertolak ke tempat kerja dan balik pukul 7 malam, saya bertegur sapa dengan setiap staff di situ pastu saya juga ada tolong makcik cleaners cuci-cuci tandas,
Iyalah sebab saya nak bina hubungan yang baik dengan semua orang. Di sebabkan manager saya tu, trauma dan anxiety saya waktu kecil yang dah okey kembali semula. Setiap hari, saya selalu salahkan diri saya yang saya kurang bagus, mental health saya makin teruk.
Suami saya cuba support saya, suruh rehat dan ambil lah masa untuk pulih tapi sumpah saya cakap, perasaan tu masih ada tapi saya cuba sembunyikan dari semua orang walaupun saya betul-betul rasa nak give up.
Sekarang ni? Saya slow- slow move on and apply kerja di syarikat B. Alhamdulillah, dapat tawaran di syarikat B berjawatan sebagai senior.
Selama 6 bulan kerja, semua baik-baik, saya rasa mental health saya makin okey hingga lah seorang akak ni yang dah lama kerja di situ tapi jawatan dia junior disebabkan dia ada sijil spm sahaja.
Sampai hati syarikat buat macam tu. Nak dipendekan cerita, akak tu tetiba sound saya dalam group besar kerja disebabkan satu kesilapan kecil yang saya buat, saya cepat-cepat minta maaf.
Saya ingat dia akan tamatkan drama kat situ tapi meleset, dia cakap “kau ingat kau senior ni kau bagus sangat? Aku yang dah lama kerja sini jadi aku tahu lah kerja macam mana”.
Saya masih minta maaf dan cakap kalau tak puas hati boleh pm tepi untuk bincang tapi dia cakap malas dia nak bincang. Malam tu, saya menangis teresak-esak dekat bahu suami.
Suami suruh berhenti kerja, dia cakap dia boleh support kehidupan kami tapi jauh di sudut hati, saya kalau boleh nak simpan sebanyak mungkin duit, nak ada kerjaya, nak banggakan orang sekeliling saya.
Esok saya datang kerja macam biasa walaupun saya nampak orang lain mula berbisik-bisik pasal saya. Saya buat pekak dan teruskan kerja walaupun rasa nak menangis je sepanjang waktu.
Entahlah, sekarang ni keinginan untuk bekerja sudah tiada, saya tak kisah kerja ni jenis shift dan kena kerja 6 hari seminggu, saya tak rasa penat tapi sekarang?
Saya penat sangat, saya tak boleh tidur sebab anxiety saya makin teruk, saya banyak kali cuba nak bunuh diri senyap-senyap sebab rasa tak berguna sangat. Perasaan nak teruskan hidup tu macam dah tak ada, saya rasa nak mati tapi sedar diri ni pendosa tanpa noktah.
Boleh ke saya nak tanya pendapat pembaca, patut ke saya berhenti kerja di syarikat B? Apa yang patut saya buat untuk kembalikan semangat saya?
Saya juga tak lari dari di tanya pasal anak, percaya lah saya dah cuba tapi belum sampai juga rezeki anak. Perkara ni juga buat emosi saya makin tak stabil.
Apa-apa pun saya nak berterima kasih pada yang sudi membaca dan memberi pendapat. Dari saya yang masih cuba untuk bertahan hidup.
– Wafa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit