Salam readers. Saya sebenarnya niat nak tulis confession berkaitan my struggle to breastfeed. Kemudian terbaca confession Umi Minta Maaf, (https://iiumc.com/umi-minta-maaf/).
I so feel her pain.
Saya first time mother, pernah menemani kakak saya ke antenatal class di mana saya belajar dengan salah satu pakar laktasi popular tanah air,
Melihat kesungguhan kakak saya struggle untuk breastfeed anaknya sebab anaknya tidak pandai latching…
Dan ia menjadi inspirasi untuk saya memulakan exclusive breastfeeding untuk anak saya selama 6 bulan.
Namun, Allah menakdirkan saya berjauhan dengan anak saya selepas bersalin kerana kondisi badan saya yang sangat lemah selepas bersalin. Anak saya Bunga dibawa ke nursery untuk dijaga oleh nurses.
Keesokannya barulah saya dibenarkan ke nursery untuk menyusu anak saya.
Anak saya latch well, Alhamdulillah. Dan saya confident dengan penyusuan saya.
Kami pun pulang and shortly after that Bunga menyusu lama sangat. Sampai berjam2, tapi masih lapar.
Saya sampai sakit belakang sebab menyusu dia. Memang saya tau newborn menyusu kerap. Tapi that one night, dia menangis kelaparan sampai tak tidur.
Saya menyusu, tapi saya sendiri boleh rasa breasts kosong. Urut la macam diajar dalam buku ANC, tak kenyang jugak Bunga.
Pagi besoknya, terus bawak ke emergency. Bunga hanya 3 hari masa tu. Hilang 20% berat badan sejak lahir. Sebab kelaparan.
Hancur luluh hatiku. Dehydrated. Bacaan kuning pun naik mendadak.
Dimasukkan di nursery, dipantau oleh pakar kanak2 di hospital.
Aku? Disuruh pulang ke rumah untuk pam susu.
Baik…
Aku pun balik rumah, meneruskan kehidupan seperti tiada apa. Mak masak makanan dalam pantang, ayah pulak asyik bertanya bila Bunga akan pulang.
Cucu-cucu sebelum ni tiada masalah sebegini. Semua cucu akan duduk rumah ayah mak sampai habis tempoh berpantang.
Suami tetap datang hari2 menziarahi aku, mencuci lukaku dan bertanya tentang updates Bunga dari pihak hospital.
Petang2, kami akan bertemu Bunga di hospital. Sekadar melepaskan rindu. Nak dukung, peluk cium… tak boleh. Sebab Bunga diletakkan bawah lampu biru.
Setiap kali aku menziarahi Bunga, setiap kali itu juga la aku dileteri nurses di wad, “susu bawak tak?”
Aku beritahu, memang tiada susu.
Ya, aku pam. Susuku tak keluar. Hanya angin. (kedengaran kelakar, tapi masa tu, down gila. Hanya tangisan menemani)
Aku ikhtiar dengan mengurut. Tukang urut bagitau, saluran susu tersumbat sikit. Lepas dia urut, nampak ada susu keluar. Alhamdulillah.
Aku teruskan pam keesokannya.
Keluar susu. Alhamdulillah.
Tapi hanya beberapa titisan untuk kedua2 belah breasts. Macam mana nak bagi susu kat Bunga?
Fast forward, Bunga pun pulang, aku meneruskan direct feeding. Tapi memang aku dan suami tekad, tak nak bagi Bunga sakit lagi.
Kesihatan dia lebih utama. Kalau susu formula akan mengeyangkannya, thats what we would do.
Aku consult dengan nurses yang bekerja di pusat laktasi untuk belajar cara lekapan yang betul. Sungguh, Bunga tak dak masalah. Cuma aku.
Susu aku kurang.
Aku beli biskut laktasi, minum susu, rebus kurma merah dan longan dan minum airnya. Minum air dengan banyak. Power pumping.
Bertanya kawan2 yang dah beranka 2-3 kali…semua aku buat.
Sekarang dah 4 minggu.
Susu aku sekali pam 2 breasts selepas 30 minit, masih tak sampai 1oz.
Sedih… sungguh sedih.
Aku masih belum give up sepenuhnya. Aku akan teruskan perjuangan ini. Tapi nak bagitau penulis, aku sangat faham perasaannya.
Dulu, aku skeptikal dengan ibu2 yang beri formula.
“diorang tak larat menyusu la tu”
“nak kerja senang”
“kalau formula, orang lain boleh jaga anak dia. Dapat rest banyak sikit”
Bila aku dalam situasi ni, baru aku sedar. There might be people with my problem. Susu sikit. Puting melecet. Anak tak nak latch. Anak tongue tie.
Tapi…aku yakin. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Mungkin after a while, aku akan improve in my milk production. Ini mungkin ujian bagiku.
Dan aku juga yakin, being a good mother doesnt mean you breastfed your baby the longest. Hubungan antara ibu dan anak bukan rely on breastfeeding.
Ada sahaja ibu2 yang memberikan formula dan hubungan dia dan anaknya sangat rapat. Seakan-akan ada special bond antara mereka.
So to all struggling mothers out there…be strong. Stand tall.
Kita semua dah melalui satu fasa yang amat mengerikan (melahirkan seorang insan ke dunia), sakit bersalin tu (be it csect or normal) hanya kita yang merasa.
Tak semua orang faham perasaan dan cabaran yang kita lalui. Just rely on someone you can trust that will give you positive vibes.
Alhamdulillah, aku dikurniakan suami yang sangat memahami. Setiap kali aku menangis di bahunya, dia akan memberi kata2 semangat untuk aku teruskan perjuangan ini.
Dia tidak memaksa untuk aku teruskan menyusu dan berhenti formula or give up menyusu badan and just give formula.
Dia suruh aku ikhtiar both ways.
“cuba direct dulu. Kalau tak cukup, you bagi formula. Yang penting, Bunga sihat. InsyaAllah, lama2 susu you akan bertambah. Dont worry”
(menangis)
Kadang kala rasa nak give up. Sebab tak nampak sinar yang aku akan berjaya seperti kakak aku or rakan2 lain.
Tapi… masih aku pam. Masih aku meyusu.
Biarlah orang nak cakap apa.
At least aku try.
Sampai bila?
Wallahualam. Tapi aku akan cuba sampai aku tidak lagi berdaya.
Doakan aku rakan2 sekalian. Semoga susu aku improve lepas ni.
And kalau ada tips lain untuk tambahkan stok susu, sila share. Mana tahu berkesan.
Terima kasih kerana sudi membaca.
#nohateonlylove
– Juliet (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit