Hati Perempuan

Namaku Amanda. Aku dari keluarga yang biasa biasa je. Namun aku bahagia sekali tanpa cacat cela serta kekurangan..

Tibanya suatu masa, aku memasuki alam percintaan. Aku berasa sungguh gembira hatiku berbunga bunga, yelah untuk aku yang sudah lama hidup di muka bumi ini dan inilah kali pertama aku bercinta.

Awalnya semua bahagia, saling memahami boleh dikatakan semuanya positif la. Aku juga sangat bangga memiliki dia sebagai pasangan yang ku beri nama Zaki hahaha, klasik sangat.

Aku ni bukan la sejenis memandang rupa sangat cukup sekadar memahami ku, sentiasa disamping ku serta melayan kerenah ku itu sudah cukup.

Mana ada perempuan yang tak nak ciri ciri lelaki idaman seperti kacak, tinggi lampai, putih dan sebagainya namun bagiku itu adalah suatu kelebihan jika memilikinya…

Kalau ada, adalah.. Tak ada takpe alhamdulillah aku syukur sahaja.. Sekalipun aku tidak pernah memburuk burukkannya dia hadapan temanku.

Aku hanya bercerita yang baik baik dan indah indah sahaja meskipun apa yang aku ceritakan itu hanyalah sebaliknya..

Kami tidak pernah bergaduh. Yelah mana nak bergaduhnya, ada apa apa asyik aku je yang mengalah, aku terasa dengan dia, dia cakap aku tak faham dia.

Aku merajuk, dia pun nak merajuk. Last last aku jelah yang beralah dan aku jugak yang pujuk dia..

Dia sakit aku belikan makanan, aku sakit? Hanya disuruh makan sahaja.

Mana satu perempuan sebenarnya ni?  Tapi aku tetap sayang akan dia meski pun berkali kali aku sakit entahla aku pun tak tahu kenapa.

Aku sedar yang aku ni bodoh kerana bertahan mungkin ada sesuatu yang ada pada dirinya berbeza dengan lelaki lelaki lain. Begitulah percintaan aku dan Zaki sungguh indah sekali dimata semua.

Dan akhirnya sudah tiba lah saat aku ditinggalkan oleh Zaki kerana sebab sebab tertentu.

Sudah pasti bukan salahku. Meskipun bukan salahku namun aku tetap mahu bertahan dan menerimanya tetapi bagi Zaki sebaliknya.

Dia memutuskan untuk tinggalkanku. Aku berasa sangat kecewa sedih hampa bagaikan dunia ini sedang membunuhku.

Aku pendam semuanya sendirian sampai la suatu masa aku tidak mampu untuk bertahan lagi dan akhirnya aku berjumpa dengan teman temanku.

Untuk pertama kali aku menangis teresek esak di hadapan mereka. Mereka sungguh terkejut dengan apa yang terjadi kerana bagi mereka Zaki adalah lelaki yang baik dan ingin melihat kami bersama hingga ke jinjang pelamin.

Begitulah, manusia hanya merancang. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, aku masih lagi dalam keadaan berduka masih tidak move on walaupun Zaki kelihatan bahagia dengan kehidupannya tanpa rasa bersalah.

Teman ku juga sudah sibuk dengan kehidupan masing2 dan beranggapan aku okay sahaja. Aku pun tidak mahu meraih simpati dan menganggu mereka. Jujur aku sedih dan sepi.. Bagiku semua lelaki adalah sama.

Namun tiba tiba…. Muncullah seorang lelaki yang ku beri nama Amin.

Berawalan dengan bertanya khabar sahaja.. Dia tahu apa status aku. Lama kelamaan menjadi semakin mesra. Kami hanya berkawan, bercinta itu jauh sekali.. Kerana masing masing memiliki pendirian sendiri untuk berkawan sahaja.

Hidupku mula kembali bersinar kembali dia layan aku dengan begitu baik sekali. Belum pernah aku merasai dilayan seperti itu. Dalam masa gembira aku juga terdetik “alangkah bahagianya aku jikalau Amin ini adalah Zaki” ….

Mustahil untuk aku dan Amin bercinta mestipun hati sayang. Persoalannya adakah Zaki akan kembali bersamaku dan memberi layanan yang baik kepadaku? Aku hanya mampu berserah sahaja.

Kepada Amin, terima kasih kerana hadir dalam hidup saya walaupun bukan untuk menetap.. Hadirnyamu membuatkan aku percaya wujudnya lelaki lelaki yang sangat menghargai perempuan.

A princess in a fairytale is not a joke.

Salam sayang kesayangan,

– Amanda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *