Suami Aku Baik, Tapi..

Assalamualaikum semua.

Saya menulis di sini dalam keadaan mental yang agak kurang baik saya harap semua boleh faham.

Suami aku baik, seorang ustaz, solat tak tinggal, beri nafkah zahir dan batin semua cukup. Boleh tolong jaga anak serta uruskan rumah.

Aku pulak suri rumah yang hanya buat part time mengajar tuition online.

Suami aku baik, tapi.. dia pukul aku.

Malam tadi dia baru buat lagi, padahal dia dah janji tak mahu buat dah. Katanya dia stress perlu sambung belajar sambil bekerja. Terlalu banyak nak siapkan tugasan belajar dan kerja.

Malam tadi dia pukul aku sebab katanya dah stress sangat dengan perangai aku yang kuat merajuk.

Yelah mungkin salah aku sebab cepat sentap. Padahal aku merajuk pun sebab dia jugak yang tak pandai jaga kata-kata.

Suka tengking2. Suka merendahkan aku mungkin sebab aku tiada kerja tetap padahal aku ada degree kelas pertama.

Aku berhenti kerja sebelum ni pun sebab dia tak nak PJJ dengan aku.

Sebagai isteri aku turutkan sebab katanya nanti boleh cari kerja lain kalau aku nak kerja. Tapi sampai kesudah aku takde kerja tetap.

Aku dah kahwin setahun lebih dan dah ada anak sorang. Orang kata masa awal perkahwinan adalah fasa honeymoon, tapi aku dah start kena pukul masa baru seminggu berkahwin.

Masa tu aku maafkan dia sebab mungkin kami masih belum faham satu sama lain. Tapi rupanya tidak aku masih kena pukul jugak lepas tu. Aku ingat lagi dipukul masa tengah mengandung.

Suami aku panas baran dan sebenarnya aku dah nampak perangai tu dari zaman kami berkenalan. Bila marah dia akan panggil aku perempuan bodoh, sial, celaka.

Rupanya ada title ustaz tak boleh menghalang manusia untuk mencarut. Dia lupa kot yang dia tu ustaz yang sepatutnya tunjukkan contoh yang baik.

Aku stress duduk rumah jaga anak yang macam-macam ragamnya. Aku tak salahkan anak aku sebab itu memang perangai budak.

Orang kata seronoklah duduk rumah je jaga anak. Ye memang seronok itu pun kalau suami pandai jaga.

Sekarang aku rasa nak hampir gila. Belum lagi aku cerita masalah yang lain. Aku rasa aku dah depresi.

Nak mintak cerai duit pulak takde nak bayar kos itu ini. Menyesal pulak aku gunakan duit simpanan aku sebelum ni untuk kahwin padahal duit tu aku fikir nak guna untuk sambung belajar lagi.

Yelah ingatkan dapat suami yang bagaikan permata. Rupanya…

Dan aku pasti kalau kami bercerai orang akan salahkan aku sebab tak pandai jaga suami.

Yelah depan orang lain dia pijak semut pun tak mati. Kami di lihat macam pasangan yang penuh barakah dan mawaddah tapi tidak sebenarnya.

Memang betul orang cakap hanya isteri yang tahu perangai sebenar suami.

– Oren (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *