Assalamualaikum. Hi, kepada semua single person out there, saja saya nak share beberapa perkara which may/may not benefits you. Bahasa manglish ya, sebab yang mana terfikir tu terus type.
1. Terdapat orang-orang single yang memang alone (lonely). That was me, before. Saya tak pernah ada kawan lelaki. Dari zaman sekolah sampai kerja, tak pernah. Saya duk lah bimbang sebab apa saya macam ni, problem ke saya ni.
Tapi saya keep on berdoa, mudahkanlah jodoh saya dengan orang yang terbaik untuk saya. And then, one day, Allah send me a partner, the best one for me.
MasyaAllah, alhamdulillah. Stop saying that you are not yet married because you are shy, because you dont befriend with opposite genders, dll coz thats not it.
You are not yet married because that is Allah’s takdir for you. Jalan hidup yang Allah pilih untuk awak. Jalan yang terbaik.
Pray, thats one thing for sure you can do. And open yourself up, if there’s a guy (whoever he/she is even you like or dislike him/her) kinda like tegur2, wajib jawab.
Coz you dont know who your jodoh is. Kot2 someone dah bg hint sebenarnya dia suka awak, tapi sebab awak tak pernah terfikir yang dia jodoh awak, awak tak balas teguran tu.
Now, me, its hard for me to be alone now, apa lagi nak rasa lonely. Allah surrounds me dengan people je sekarang (suami dan anak-anak :)), alhamdulillah.
2. Bila ada someone wants to be serious with you, selidik latar belakang dia dan keluarganya. If ada something fishy, weird, tak solat, warna rambut, penipu, dll, I suggest you to cut it off.
Terus stop kalau orang pelik2 ni, coz you dont want to take the risk living with someone like that for the rest of your life, kan? Lainlah kalau awak berani take the risk dan menerima outcomesnya, go on la kot.
Contoh awak rasa boleh ubah lelaki/perempuan yang tak solat jadi solat, try la. Tapi for me, kalau rasa diri tak kuat, jangan teruskan.
Sayangi diri. Hanya orang yang solat saja kuat emosinya.
Macam mana awak nak hidup dengan orang yang tak solat sedangkan dia tak gantungkan hidupnya kepada Allah? Dia tak salurkan emosinya pada Allah.
Susah senang dia tak tahu nak hadap siapa, last2 jangan awak yang jadi tempat dia melampiaskan emosinya nanti.
At least for me, dia wajib belajar dan amalkan solat 5 waktu sebelum kahwin dengan awak, bukan lepas kahwin baru nak belajar solat.
3. Bila that someone tu orangnya baik2 saja, familynya baik2 saja, solat 5 waktu, and if you cant find the reasons why you have to tolak that guy/girl, maka terimalah dia.
Walaupun mulanya awak tak tertarik dengan dia, tapi kalau dia baik dan awak tak dapat cari sebab nak tolak dia dan rasa berdosa dengan Allah sebab tolak seseorang yang baik yang Allah hadirkan untuk awak, maka terimalah dia.
4. Bila mana awak nak berkahwin, dan parents awak nak campurtangan dalam your marriage dengan susahkan benda yang senang (bagi awak), ikut je cadangan parents awak.
Walaupun cadangan tu merapu pada pandangan awak sebagai generasi z, tetaplah ikut saja.
Thats the last decision they can make in your life. Lepas ni, takde dah. Lepas ni, awak akan dengar cakap pasangan awak je. Jangan sebab awak nak your wedding as in your dreams,
Atau awak nak ikut bajet awak, awak belakangkan mak ayah awak dengan tak terima cadangan diorang yang bagi awak tak in dengan zaman sekarang, kolot atau nonsense (bagi awak). Ikut je cakap diorang selagi boleh, asal awak kahwin je.
Trust me. You will not menyesal in the future. Allah akan mudahkan urusan awak, sebab awak ikut cakap mak ayah awak, insyaAllah (kalau cadangan tu tak bertentangan dengan syarak laa).
5. Last but not least, enjoy your life. Single ke, kahwin je, semua best kalau kita pandai bersyukur. Kahwin pun kalau tak syukur, tak best gak! Lagi tambah beban! Single tapi boleh bagi mak ayah happy, dah cukup dah tu.
Be single and happy. Be better, everyday, because of Allah. Buka hati. InsyaAllah,
‘Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik (vice versa)’
– Kakak awak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit