Saya Lily, a mother of two beautiful daughters, married for almost 7 years, suri rumah sepenuh masa.
Saya sebenarnya tengah gembira sangat-sangat tapi saya takde siapa-siapa untuk saya bercerita dan kongsikan kegembiraan saya ini so saya kongsikan dekat sahabat-sahabat disini sajalah.
Kalau nak dicerita semua kisah hidup saya tersangatlah panjang dan complicated. Tapi hari ni saya nak bercerita perihal anak sulung saya, A.
Pada tahun 2017, saya keguguran dan kehilangan A. Punca saya gugur?
Ya, suami saya puncanya. Sepanjang tempoh perkahwinan, saya sentiasa didera secara mental dan kadang-kadang melibatkan fizikal.
Suami seorang yang panas baran melampau. But today I am going to skip that part. Sebab tak nak rosakkan mood gembira saya hari ni.
Few years later, Allah anugerahkan saya dua orang anak perempuan yang sangatlah comel, saya namakan B dan C. MasyaAllah Maha Suci Allah.
Dalam pada itu, suami masih lagi dengan sikap panas barannya dan saya serta anak-anak jadi mangsanya.
Hinggalah pada suatu malam, mungkin sekitar tahun 2019, A muncul kembali dalam hidup saya. Saya masih ingat jelas saat itu.
Sewaktu suami keluar dari bilik air, saya nampak A turut keluar dari bilik air yang sama berjalan mengekori belakang suami saya.
A memakai baju dan seluar tidur warna putih masa tu. She came to me, not a single word terus berbaring di belakang saya.
Naluri saya kuat mengatakan itu memang A dan saya usap-usap kepala dia. Rambut dia cantik, halus, MasyaAllah.
Allah, demi Allah saya memang rasa tenang sangat waktu itu. Terasa waktu bergerak sangat perlahan.
Dan saya tak ingat apa yang berlaku selepas itu. Yang saya ingat, saya bangun pagi esoknya dan bersangka kejadian malam tadi hanyalah satu mimpi semata.
Sewaktu anak bongsu saya, C, berusia 2 bulan, saya demam selama 6 hari. Hari ke-7 saya semakin pulih namun berlaku perselisihan faham dan saya dipukul oleh suami.
Sedang saya menangis kesakitan, tiba-tiba saya dapat rasa satu tangan kecil mengusap-usap kepala saya.
Ya, A datang memujuk saya hingga saya tertidur. Dan episode ini berulang-ulang. A pasti akan datang memujuk setiap kali saya dipukul atau bila saya tiba-tiba macam anxiety atau panic attack.
Datangnya A membawa ketenangan dalam diri saya. Allahuakbar Allah Maha Besar.
Suami pernah pukul saya hingga menyebabkan tulang saya patah. Saya hanya menangis tak sampai 2 3 minit mungkin, selepas itu saya senyap bila A mengusap kepala saya.
Wallahi, hilang semua kesakitan. Allah, demi Allah, saya sama sekali tidak menipu. 2 tahun A ada dengan saya.
Oh ya, satu je yang saya perasan. Setiap kali A datang, salah satu antara jari-jemari saya akan bergerak.
Allah susahnya nak explain. Macam kalau someone tengah mencari idea, mereka akan mengetuk-ngetuk meja dengan hujung jari. Ya, begitulah setiap kali A datang.
Sampailah satu hari, saya dipukul lagi dan saya telah membuat laporan polis. Suami telah ditangkap polis. Sejak itu juga, saya kehilangan A. Lama A tak datang jumpa saya.
Saya masih lagi bersama suami namun, suami tidak lagi memukul saya. Setiap hari saya tercari-cari A. Hati saya terasa sedikit kosong.
Worry not, B dan C masih lagi saya jaga dengan baik. Segala keperluan dan kehendak anak-anak saya cuba penuhi.
Walaupun saya tidak lagi dipukul, namun saya masih lagi akan secara tiba-tiba mengalami anxiety dan panic attack. Dan A tetap tiada. Allahu, ibu rindu A.
Fast forward, 1 December 2022, waktu itu saya bersama suami dan anak-anak pulang ke kampung suami. Somehow, mertua telah membuat suami marah.
Saya hanya mampu duduk di sofa sambil memeluk C dan B pula berbaring dengan meletakkan kepalanya di paha saya.
Saya struggle mengatur nafas, cuba bertenang walaupun suasana terasa semakin menghimpit, udara terasa makin berkurangan, ruang tamu yang luas terasa semakin sempit.
Tiba-tiba, B yang sedang berbaring memanggil saya sambil menepuk perlahan tangan saya.
Saya tunduk pandang B. B tunjuk jari telunjuk dia sedang mengetuk-ngetuk perlahan permukaan sofa. Lama saya merenung jari B.
Mengingatkan saya pada A. Yes, my baby is back.
– Lily (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit