Isteri Yang Tak Dianggap

Aku dah berkahwin 3 tahun. Masih dalam proses menyesuaikan diri. Ada naik turun dalam rumahtangga, tapi Alhamdulillah masih bersama suami.

Hidup 3 beranak dalam rumah ni, semuanya diuruskan sendiri oleh kami. Masing2 bekerja, anak dihantar ke taska.

Aku keluar bekerja seawal 6.15 pagi sesudah subuh, suami masuk kerja lewat jadi suami yang hantar anak ke taska. Sekiranya aku balik awal, aku ambil anak.

Kami hidup sederhana, aku diberi rezeki kerja yang lebih gajinya dari suami, tapi aku redha dan aku pilih untuk terus bekerja. Yelah, hidup dekat kota raya ni mana cukup gaji 1 orang ja. Anak pun nak masuk 2 dah.

Suami banyak tolong urusan kerja rumah, macam basuh baju, jaga anak masa aku masak. Aku akan masak bila aku sempat masak. Jarang kami makan kat luar.

Satu kekurangan suami aku. Bab nafkah batin. Ya, benda ni hal dalam kelambu. Aku tak tahu aku nak rujuk perkara ni dekat siapa. Aib suami kan.

Kami bersama sebulan sekali, kadang 2 kali. Nak cakap suami aku letih, aku lagi letih tau. Haha mengandung, pi kerja 2 jam, balik kerja 2 jam. Balik rumah masak, siapkan anak, layan anak.

5 hari seminggu. Suami aku kerja dekat, masuk lewat, balik awal. Baju basuh weekend ja, itu pun ada dryer kat rumah, tak perlu sidai pun, aku yang lipat kan setiap minggu.

Banyak kali dah aku cakap, aku nak hak aku. Tapi itu lah. Aku cakap, baru nak terhegeh2 nak datang cari aku. Senang kata, aku yang kena mula dulu. Nak cakap suami tak ok, elok ja.

Suami aku bukan kaki perempuan. Telefon aku selalu ja check, tak da apa yang mencurigakan, cumanya bab nafkah batin ni dia ambil remeh. Remeh bagi dia, besar bagi aku.

Aku pernah cakap, kalau nafkah zahir dia cuma mampu bagi sekadar yang boleh, nafkah batin, tolong lah bagi sempurna. Aku nak dihargai juga. Aku manusia ada nafsu.

Benda ni boleh buat aku hilang hormat dekat dia. Tapi, kalau harini aku heart to heart dengan dia, esok dan2 dia sentuh aku. Dan next, lagi 2/3 minggu. Itu pun lepas aku mula dulu.

Nak kata aku tak ok, aku jaga luar dalam. Tak da lah gemuk. Cuma mengandung jadi pergerakkan aku agak terbatas. Tapi benda ni jadi sejak aku tak mengandung pun.

Mula2 kahwin ja suami aku tak pernah culas bab nafkah batin, bila dah setahun, jadi hambar. Orang kata sparks tu dah hilang.

Aku dah cuba macam2 untuk tarik perhatian suami aku. Tapi macam tulah. Ok la 4-5 hari. Lepastu aku umpama kayu semula.

Tadi aku bergaduh lagi dengan dia. Aku cakap, GRO pun disentuh lebih banyak kali dari aku, seorang isteri. Last bersama 3 minggu lepas.

Itu pun aku yang mula dulu tau. Macam2 dah aku buat, aku dah buntu.

Aku isteri, tapi macam tak dianggap seorang isteri. Rasa macam roomate ja. Hahahahaha..

Sedih tau. Aku sayang suami aku, tapi suami aku tak tunaikan hak aku. Aku dah tuntut hak aku, tapi takkan aku nak kena tuntut hak aku setiap masa. Letih lah aku.

Mungkin siapa yang baca akan rasa ni kelakar. Tapi bagi yang mengalami nasib macam aku, mesti faham. Sedih tu entah lah. Nak cerita dekat siapa, nanti orang gelak kan kita.

Apa lagi aku nak kena buat. Bercuti berdua pun dah, wangi2 dah, seksi2 dah, cantik2 dah.. tapi kalau dia nak, baru dia cari aku.

Itu pun 2-3 minggu sekali la baru dia cari. Selebihnya aku tunggu ja atas katil sorang2, dia di ruang tamu main fon, tengok tv, berak…

Kadang tunggu sampai tertidur.. tengok2 dah pagi. Bangun pagi, dia takda, berak sampai 1 jam sambil main game dlm toilet. Aku dah kena siap2 untuk pi kerja. Cycle ni dah berterusan 2 tahun…. sedih kan hidup aku.

– Puan M (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *