Adakah Isteri Seorang Bibik?

Hai. Nama aku Fify. Aku sudah hampir 2 tahun berkahwin. Masih belum mempunyai zuriat. Dan itu bukan masalah besar untuk aku.

Suami aku kerja biasa saja. Pendapatan 1.8k sebulan. Kadang lebih kadang kurang.

Aku pula kerja kerani disebuah company kecik. Waktu pagi aku akan buat kerja sambilan seperti berniaga sarapan atau mengambil upah hantar budak kesekolah.

Bermula pukul 6 pagi. Siapkan sarapan, bekal suami, teruslah aku mulakan pagi dengan kerja sambilan. Pukul 10 aku masuk ke office dan kerja aku berakhir waktu 7 malam.

Sampai rumah kadang2 7. 30 atau 8 malam. Sampai je dekat rumah terus aku baring untuk setengah jam sebab pinggang aku sakit sangat.

Lepastu bermula pulak kerja aku dirumah, masak untuk makan malam. Kemas rumah dan settle apa yang patut.

Pukul 11 malam barulah aku dapat berehat, dan waktu tu jugalah suami minta untuk melayan dia.

Ya aku tahu, itu tanggungjawab aku. Wajib untuk layan suami. Tapi aku penat. Dah habis tenaga. Lebih 12 jam badan aku dah di pakai.

Suami aku pulak, bukan nya nak membantu sangat dengan kerja rumah. Ikut suka hati dia lah nak tolong atau tak. Seolah dia sajalah penat bekerja.

Sudahlah aku kerja sebab nak cukupkan apa yang tidak cukup. Gaji dia apa saja yang boleh dibuat.

Sewa rumah sudah 800. Bil api air. Duit kereta. Nafkah anak dia dengan bini pertama. Sebab tu aku bekerja untuk cukupkan apa yang tak cukup..

Tapi dia tak hargai aku langsung. Bila aku terlampau penat untuk melayan dia, mulalah dia ungkit pasal dosa, malaikat laknat sampai ke pagi, dan setiap kali tu jugak la aku simpan dendam dalam hati.

Dia senang2 letakkan aku dalam neraka sedangkan aku tak pulak meletakkan dia dalam situasi macam tu bila dia tak mampu tunaikan nafkah sepenuhnya.

Aku jadi benci bila orang cakap layan suami seperti raja sebab bagi aku, kalau mahu dilayan seperti raja, kenapa tak layan isteri seperti permaisuri? Dilayan isteri seperti orang gaji.

Aku sakit, aku lapar semua tak ambik peduli. Tapi giliran dia sakit, atas katil aku suapkan nasi.

Aku cuba cakap dengan dia aku letih buat semua kerja tu, tapi dia tak pernah kisah. Badan aku bertambah penat bila aku period ambil masa yang lama dan banyak darah yang keluar.

Ni juga salah satu punca aku selalu penat atau cepat penat. Ulang alik hospital tak ada jawapan. Setiap urusan hospital juga aku uruskan sendiri.

Macam tak da beza waktu aku bujang atau dah kawen. Kadang aku masak, aku buat kerja rumah sambil menangis. Aku penat. Sampai aku nak bunuh diri.

Sampai satu hari, aku terkena pannic attack waktu memandu. Tangan menggigil. Jantung laju, berpeluh, sesak nafas…

Selamat hospital dekat. Aku terus ke hospital. Hasilnya aku ada depressi, stress yang berpanjangan. Aku dah mula kena makan ubat. Mula2 sebiji sekarang dos dah naik 2 biji.

Aku dah hilang diri aku lepas kawen. Sebelum kawen aku suka berjalan dekat mall, suka lepak. Lepas kawen aku hilang semua kawan.

Aku dah tak da minat macam dulu. Kalau ada masa, aku hanya nak tidur sahaja. Ubat yang dibekalkan pun memang kesannya buat aku tidur.

Aku rasa menyesal jadi perempuan dan isteri. Rasa macam memperhambakan diri untuk lelaki yang tak kenang budi.

Kenapa aku tak jadi lelaki? Senang sikit. Boleh lepak dengan kawan ikut suka hati. Bila marah boleh keluar rumah ikut suka hati. Boleh suruh bini jadi kuli tak bergaji. Semua benda memihak kepada lelaki lah.

Kenapa lelaki hanya tanam dalam otak ‘dosa besar bini tak layan suami’ tapi lupa tanam dalam otak kemas rumah, nafkah, itu semua tugas suami.

Allah dah jadikan elok, tugas isteri layan suami. Jadinya isteri tak letih nak melayan. Tapi bila suami tak nak paham tugas sendiri, isteri kena bantu, bila tenaga dah habis, isteri juga yang berdosa… adil ke?

Aku tak minta pun suami tolong masak ke apa. Tapi salah ke tolong vacuum rumah, mop lantai, bantu isteri apa yang patut. Ni balik kerja hadaplah telefon tu. Pastu nak makan. Hisap rokok. Masuk bilik nak layanan.

Aku tak pernah halang hobi suami aku. Hobi dia mancing. Setiap hujung minggu aku akan bawa dia melayan hobi dia. Tapi lama2 aku sendiri terpikir, mana hobi aku sendiri?

Hari sabtu kadang2 aku berniaga sarapan, aku bangun seawal 3 pagi siapkan barang jualan, lepastu berniaga sampai 12 tengah hari. Balik tu aku cuci perkakas masak dan selepas zohor aku akan tidur sekejap kerana penat.

Petang bangun siapkan apa yang patut dan selalunya kerana penat aku tak makan lagi dari pagi.

Malam lepas maghrib aku ada ajak suami pergi makan, dan jawapan yang aku terima ‘makan jela apa yang ada’, dia tak larat nak keluar.

Air mata aku jatuh. Seharian aku tak makan, dan jawapan yang aku dapat tu sangat kecewa.

Apa yang lagi kecewa, lepas setengah jam kawan suami call ajak lepak, terus suami aku siap dan keluar. Masa tu aku rasa baik la mati dari hidup..

Hari jadi aku? Tak pernah ingat. Keluar masuk wad tak pernah nak peduli.

Ada satu petang tu, aku dapat hadiah kecil dari boss aku, berupa wang ringgit. Aku rancang nak keluar makan dengan suami. Aku ajak dia keluar. Dia menolak dan pilih untuk keluar mancing dengan kawan dia.

Petang tu jugak aku keluar dan tak pulang ke rumah untuk sehari. Aku terlampau kecewa. Dia tak pujuk mahupun cari. Tapi apa yang dia buat adalah update status menunjukkan aku ni seolah olah isteri derhaka dan tak guna.

Pukul 3 pagi dia hantar chat ‘kau tak reti nak balik ke’. Aku diam… tak membalas. Esoknya aku buat kerja seperti biasa. Otak aku hati aku rasa nak meletup.

Aku tak pernah cerita hal buruk dia dekat keluarga aku. Sebab aku tak nak keluarga aku benci dia.

Aku pernah minta tolong dengan keluarga dia untuk nasihatkan dia, sebab aku nak dia berubah untuk rumah tangga ni, tapi dia cakap tak payah masuk campur urusan dia. Sejak dari tu, aku dah putus harapan. Aku penat.

Orang keliling anggap dia suami yang baik sebab pendiam. Ikut je rentak aku. ‘kononnya’ , tapi dalam diam dia dera mental aku. Aku hanya mampu menangis.

Minggu depan aku ada appoiment dengan psikiatrik, aku rasa macam nak minta masuk ward je untuk berehat.

Aku muak nak hadap semua benda ni. Dan sejujurnya aku rasa menyesal sebab permudahkan urusan kawen dulu. Hantaran sikit, barang hantaran pun sikit (aku yang sponsor semua)..

Aku ingat dia hargai lah semua pengorbanan aku, tapi sikit pun tak pernah dia nak hargai. Susah senang sama2? Huh, aku susah sorang2,

Tapi masa aku senang dia ada sama2 …

– Fify (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *