Assalamualaikum, nama aku Lina dan setentunya bukan nama sebenar dan berumur lewat 20-an. Ada beberapa points disini aku tukar sedikit untuk mengelakkan diketahui kenalan rapat.
Terlebih dahulu aku ingin meminta maaf sekiranya penulisan ni agak berserabut kerana lama rasanya aku dah tak menulis. Luahan aku ni mungkin sedikit panjang dan terserah kepada pembaca untuk meneruskan atau tidak.
Walaubagaimanapun, bagi yang meneruskan membaca terima kasih atas masa dan segala nasihat, sama ada baik atau buruk aku terima.
Aku berkahwin pada awal tahun ini dan alhamdulilah dikurniakan suami yang baik dan bertimbang rasa. Perkenalan aku dengan suami ku amatlah singkat, dan sebulan selepas berkenalan, kami merancang untuk berkahwin.
Cerita ini bukanlah mengenai suami aku. Akan tetapi seseorang yang aku kenali sejak aku di sekolah menengah – guru aku.
Guru aku seorang perempuan (aku juga perempuan) dan mengajar subjek ugama. Mula-mula kenal, hubungan kami hanyalah setakat murid dan ustazah sahaja.
Tetapi setelah tingkatan 3, kami mula rapat dan ustazah saya juga membawa saya ke rumahnya untuk makan tengah hari yang mana rumah nya dengan sekolah taklah jauh. Hanya dalam 5-7 minit sahaja.
Mula-mula kami hanya makan bersama di rumahnya, tetapi, lama kelamaan dia mula membawa aku ke biliknya.
Aku yang ketika itu hanyalah seorang remaja (14-15 tahun) tidak mengesyaki apa-apa memandangkan dia adalah guruku yang aku anggap sebagai kakak.
Tetapi, satu hari dia mula mendekati aku dan mula meraba aku. Aku kaku dan takut tetapi takut untuk menidakkan.
Dia mengajar aku untuk menyentuhnya dan membuat perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Aku mula-mula takut, tetapi lama kelamaan aku ikut terjerumus dan ketagih.
Untuk kanak-kanak yang merasa tidak disayangi ayah dan ibu, keakraban itu membuat aku rasa disayangi dan diberi perhatian. Perkara itu berlarutan sehingga aku masuk universiti.
Ketika berada di universiti, aku berusaha untuk mengelakkan dari ke rumah ustazah, oleh kerana aku sering mengelak, dia akan mengajak untuk berjumpa aku setiap hari selepas balik dari kuliah.
Aku sebenarnya membesar dalam keluarga yang terlalu mementingkan ugama, aku tau perkara itu salah dan sering mengelak, tetapi ketika di universiti baru aku berani menidakkan dari perkara itu berulang.
Tetapi kami masih sering berjumpa dan bertelefon setiap malam dengan dia memanggil aku ‘sayang’.
Selepas aku menamatkan ijazah sarjana muda, aku mendapat tawaran kerja, alhamdulillah atas rezeki ini.
Kami masih lagi berhubung kerana dia akan merajuk kalau sekiranya aku tidak menghubunginya. Apa yang aku buat mesti maklumkan sedang buat apa dan sama siapa.
Aku tau apa yang aku buat adalah salah dan berdosa dan seringkali aku ingatkan ustazah, tetapi hanya ‘kita tidak buat apa2, apa yang berdosanya..?’
Suatu hari, aku diarahkan untuk hadir seminar atas tuntutan kerja dan di situlah aku kenal suami aku (Ali).
Ali beritahu aku, dia berminat untuk kenal aku lebih dekat, dan aku minta dia meminta izin kepada ayah aku sama ada boleh atau tidak dia mengenaliku dengan lebih rapat, kerana aku tidak pernah sekalipun rapat dengan mana-mana lelaki,
Di luaran aku memang seorang perempuan yang memakai tudung labuh dan aku tidak berkawan dengan mana-mana lelaki dan setentunya apa yang terjadi antara aku dan ustazah tidak diketahui.
Sama juga dengan ustazah, boleh dikatakan dia sentiasa memakai baju kurung labuh dan tudung labuh. Kemudian Ali dengan yakinnya bertemu ayah aku untuk meminta izin untuk mengenali aku.
Sebulan selepas mendapat keizinan dari ayah, Ali menyatakan hasratnya untuk mengahwini aku.
Aku yang ketika itu di hantui dengan ustazah yang sering mengugut untuk tidak berlaku curang terhadapnya atau menduakannya (yang mana ketika ini kami masih berhubung seperti biasa), berasa ragu.
Tetapi dengan istikharah dan tawakal, aku mengiyakan tanpa diketahui oleh ustazah aku.
Persiapan kahwin di buat selama 6 bulan tanpa diketahui oleh ustazah dan sebulan sebelum majlis, aku memberitahu ustazah aku bahawa hari pernikahan ku sudah dekat.
Dia menangis dan menyalahkan aku curang dan meninggalkannya dan memaksa aku untuk membatalkan pernikahan. Dia marah dekat ayah dan ibu aku kerana membenarkan aku untuk bernikah.
Aku tabahkan hati dan meneruskan pernikahan.
Alhamdulillah, selepas sebulan bernikah, aku disahkan hamil. Tetapi takdir Allah maha kuasa, aku terpaksa menggugurkan kandungan ketika usia kandungan 5 bulan.
Hanya Allah yang tahu sedih aku dan suami. Suamiku tetap bersama aku.
Apabila ustazah tahu berita ini, yang hanya keluar dari mulutnya ialah.. ‘tak perlu sedih, kamu belum jumpa anak kamu, kenapa perlu bersedih?’ Hanya Allah yang tahu betapa hancur hati aku.
Ustazah juga sering mengungkit ‘begini rasanya ditinggalkan, sakit bukan?’ Seolah anak aku meninggal disebabkan perbuatanku meninggalkannya.
Sedih tak terucap. Aku tak pernah memikirkan untuk memutuskan hubungan dengannya mengenangkan hubungan rapat kami dari aku kecil.
Sekarang aku sedang dalam dilema, sama ada perlu aku meneruskan hubungan kekeluargaan yang dianggapnya sebenarnya hubungan percintaan yang tak kesampaian atau tinggal terus?
Aku sayangkan hubungan keluarga ku dengan keluarga ustazah yang rapat, kalau aku block contact, setentunya hubungan kami akan putus tiada baliknya.
Terima kasih atas masa dan nasihat.
– Lina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit