Mentua Pilih Kasih

Assalamualaikum.. Aku tak tau macam mana nak mulakan. Mungkin luahan aku panjang tapi harap korang sudi membaca la yea..

Aku dan suami sudah setahun mendirikan rumahtangga. Aku dikira lewat juga la mendirikan rumahtangga dalam umur 39 tahun. Aku dan suami sebaya dan aku kenal suami di alam persekolahan.

Cuma aku lambat berjumpa dengannya. Suami aku pernah berkahwin sebelum ni dan memiliki 3 orang anak, yang kesemuanya lelaki. Anak yang sulong ex-wife yang jaga. Dan kedua2 anaknya dibawah jagaan suami aku.

Oppsss.. Aku sekarang ni tinggal bersama kedua mentua. Sebab ingin menjga kedua mentua yang sudah tak mampu nak berjalan. Kedua mentua ni berjalan menggunakan tongkat. Tapi ibu mentua ku yang aku panggil mama. Alhamdulillah masih gagah lagi untuk kedapor.

Aku hanya menolong bila pulang dari kerja. Anak2 aku pulak sudah besar dan boleh diharap membantu atok dan neneknya. Apabila kami suami isteri keluar bekerja.

Hampir kesemua keje dalam rumah anak2 tiri aku yang uruskan, aku cuma memantau sahaje apa yang kurang. Alhamdulillah kedua2 anak tiri aku mendengar kata dan sangat rapat dengan aku.

Walau kekadang aku mak tiri macam singa. Hehehe maklumlah anak2 nak membesar. Dorang sudah banyak akal.. Tapi itu semua tak pernah menjadi beban bagi aku. Aku bersyukur lagi adalah..

Permulaan perkahwinan kami alhamdulillah, sehinggalah selepas sebulan kami bernikah. Abang kepada suami aku. Bercerai dengan isterinya.

Aku agak terkejut la tak der angin tak ada ribut tetiba mereka bercerai. Mereka ada 3 orang anak. Sorang anak perempuan berumur 9 tahun dan 2 anak lelaki yang masing-masing berumur 6 tahun dan 4 tahun.

Dalam hati aku berkata-kata. Mungkin akan ada yang tidak kena pada masa akan datang nanti. Disebabkan bekas biras aku langsung tak amik tau tentang ketiga anaknya.

Untuk pengetahuan pembaca, abang ipar dan bekas biras aku, Sejenis tidak mementing anak2 mereka. Aku jadi terpikir apakah aku yang akan menanggung semua masalah dalam rumah mentua aku.

Untuk pengetahuan pembaca. Anak2 buah suami aku sangat melasak. Sampai kan dirumah abis bersepah.

Kadang2 abis dinding rumah atoknya diconteng. Sudahla atok dengan neneknya tidak kuat untuk jaga. Kadang smpai menangis terjerit jerit. Yang jadi mangsa untuk kemas semuanya adalah anak2 tiri aku. Yang pompuan buat tak tau je.

Kisah bermula bila bekas bini abang ipar aku berkahwin lain selang beberapa bulan mereka bercerai. Disitula bermula episod mentua aku pilih kasih terhadap cucunya dan aku dan suami juga turun kena tempias.

Dan bekas biras aku taknak menjaga anaknya dan kesemuanya diletakkan bawah jagaan bekas suaminya. Abang ipar aku sebelum ni anak2 semua isteri yang uruskan tak penah sekali abang ipar aku amik tau hal anak2. Kebajikan anak apa ntah lagi.

Bila takde orang jaga bermula la. Abang ipar aku campak ketiga-tiga anaknya dirumah mak dia iaitu umah mentua aku untuk dijaga dari pagi sampai kemalam.

Korang bayangkan la.. Memula aku suka rela menolong. Aku keje jauh, sanggup balik awal. Semata-mata untuk menolong mentua aku di dapor. Kesian aku tengok sebab anak2 aku kesemuanya sekolah dan balik pkul 6.30.

Style rumah mentua kami. Memang akan makan sebelum maghrib. Jadinya aku balik keje. Rehat sekejap dan tolong mentua aku di dapor.

Walaupn aku tidak masak tapi aku kemas dapor sebab mentua aku sejenis bila masak abis dapor bersepah. Yea aku paham mentua aku tak larat, dia masak tupn menggunakan kerusi khas dia.

Dan akan ada pembantu iaitu anak2 tiri aku. Untuk menolong amik bahan2 untuk memasak. Dengn ketiga anak buah suami lagi aku nak tolong tengok kan sebab kesian dengan kedua mentua aku. Sampai bila di meja makan.

Aku sanggup tak makan lagi untuk bagi kedua-dua anak buah aku makan. Aku siap suap mereka lagi sebab aku tak nak bersepah rumah. Aku jadi serabut rumah bersepah.

Sebulan, dua bulan aku boleh bertahan sehinggalah hampir setiap hari abang ipar aku campak anak dia dan balik ikut suka dia.

Dia keje tidak jauh dari rumah. Kadang-kadang pukul 9.00 baru balik. Kadang sampai pukul 10.00 baru balik, anak2 dia tak tido smpaikan atok n nenek berjaga tunggu anak dia balik. Tapi aku hairan mak mentua aku sikit tidak bising dengan anaknya.

Bila mentua aku tidak larat untuk memasak sarapan. Die mntak anak aku tolong belikan makanan. Untuk anak aku nasi lemak saje die selalu minta. Tapi untuk ketiga cucunya. Nasi lemak sotong. Nasi lemak paru. Pagi sahaja berabis smpai RM50.00 belikan macam makanan.

Yang bapak mereka anta hanya depan pintu sahje dan terus kluar. Kekadng sampai ketiga anaknya tidak mandi. Anak yang sulog kejap ke sekolah sekejap ponteng sekolah. Yang jadi mangsa kadang dirumah anak2 tiri aku.

Makin lama makin ketara perlakuan mentua aku terhadap anak2 tiri aku. Walau dorang hanya anak tiri. Tapi aku sendiri tak tergamak nak buat macam tu dengan anak tiri aku.

Untuk pengetahuan korang sejak aku berkahwin. Hampir perbelanjaan dirumah dibawah tanggung kami suami isteri.

Aku dan suami bahagi untuk perbelanjaan dirumah. Bill api, air, wifi, barang dapor, barang basah aku tak pernah lupa.

Bagi aku ialah aku jarang masak dirumah. Apasalahnya aku beli barang supaya senang mentua aku nak memasak. Permulaan untuk menanggung orang dekat rumah kecuali ketiga anak buah suami aku.

Kami tak pernah berkira. Dengan lagi mentua aku ada pencen dan bulanan sewa rumah. Hampir 3k dia akan dapat setiap bulan.

Dan makin lama perbelanjaan kami tak tertanggung. Anak orang lain nak makan, kenapa kami yang perlu keluarkan duit.

Mentua aku ada 2 orang anak saja. Iaitu abang ipar dan suami yang bongsu. Abang dia sesen pun tidak pernah hulur dengan mak dia. Walau mak dia yang jaga ketiga anak dia.

Aku makin lama makin sakit hati. Kadang-kadang hampir setiap hari anak2 tiri aku kena marah dengan neneknya bila balik dari sekolah.

Anak tiri aku yang bongsu balik sekolah pkul 5.30. Tak sempat die nak tukar baju nak rehat, sudah jerit didapor tolong neneknya, dari a to z. Sedangkan cucu perempuan ada dirumah duduk saje, bila disuruh baru buat.

Kadang bila aku sampai rumah lewat bersepah rumah. Nenek dia mula jerit nama anak aku mnta buat itu buat ini. Sedangkan cucu perempuan ada dan hanya sekolah pagi sahaje.

Die langsung buat tak kisah atas meja bersepah sepah.. Aku sejenis tak reti nak menjawab atau melawan. Walau anak aku salah. Aku hanya diam saje. Dan melihat anak tiri aku dimarahi neneknya..

Nenek sangt berkira tentang makan dengan cucunya.. Ada suatu hari. Mentua aku cakap dengan suami aku dia tidak ada duit nak beli lauk. Dan kebetulan suami tak der duit. Aku bagi la suami aku RM50 dan suami aku beli seekor ayam.

Seekor ayam tau banyakk kan.. Lepas tu mentua aku masak ayam masak kari. Aku masa tu balik waktu maghrib. Sudah mandi dan solat aku dan suami makan.

Dan korang tau tak mentua aku hanya hidangkan aku dan suami. Hanya leher ayam yang tulang sahaje. Anak2 tiri aku sudah amik part dia.

Owhh yea metua aku sejenis makan memang suka asingkan. Anak kesayangan dia bagi semangkuk ayam dan cucu perempuan tinggal semangkuk lagi ayam yang tinggal dekat kami hanya leher ayam.

Korang bayangkan la.. Seekor ayam suami aku beli. Aku dan suami hanya dapat makan tu je.. Suami aku cakap. Beli ayam tinggal ni je ke mama.

Mentua aku bagi alasan. Ko dah la balik lambat dah lewat nak masak. Suami aku cakap la. Goreng ayam pan tak per ma.. Mentua aku jawab lagi, dan suami aku kata.

Owhh masak kari lagi senang dari goreng ayam ke.. Lauk yang tinggal leher ayam suami bagi aku makan. Dan suami aku makan kuah saje.

Dan tidak rasa bersalah mentua aku amik lauk yang dia simpan untuk anak kesayangan nya letak dalam mangkuk kami. Langsung kami tak usik. Dia tingal banyak lauk dengan anak kesayangan dia.

Kekadang aku sampai terasa hati. Dulu mentua aku tak pernah buat macam tu dekat kami anak beranak. Yea suami kadang sejenis melawan.

Yeala benda tak betul kan, kadang bila die tegur anak buah sendiri. Balik2 suami aku kena marah dengan mak bapak dia. Ibarat cucu dia jangn diusik.

Tapi kami dekat umah buat macam hamba. Hampir setiap hari aku menangis dengan suami dan aku nak pindah dari rumah. Aku tau suami aku serba salah. Hati aku nak jaga. Hati orang tuanya pun dia nak jaga.

Sampaikan hari sabtu pun dia campak anak ketiga anak die dekat rumah. Anak tiri aku la jadi mangsa pepagi dah jerit suh anak tiri aku bangun, belikan sarapan untuk ketiga cucunya, dan sarapan anak aku tak beli.

Tapi mentua aku tak cakap pun. Aku diammm kan aje. Kalau dulu aku aman dirumah sabtu dan ahad. Tenang aku duduk dirumah kemas rumah dengan ank tiri aku. Start dari tu setiap sabtu je aku bawa anak2 tiri keluar.

Balik rumah kakak aku yang tak jauh dari rumah mentua. Dulu aku bawa anak tiri aku kluar, nenek dorang tak penah bising. Aku kalau malas masak aku bawa anak2 tiri kluar makan dan nenek dorang tak perlu masak pun hanya masak untuk bapak mentua aku saje.

Tapi bila hampir setiap hari sabtu aku bawa kluar. Kadang setiap malam aku bawa dorang keluar hanya kluar makan depan ruamh. Kami bukan apa. Sebab kami bawa kami kesian dekat anak2 kami. Siang sekolah, belum rehat balik sekolah dah tolong nenek mereka.

Aku pun tak tau apa yang mentua aku tidak suka dengan anak tiri aku yang bongsu. Kalau dia buat silap sikit bukan main di jerit sedngkan abang die tak penah kena macam tu. Suami aku tak boleh bersuara dalam rumah tu nanti dikata kuang ajar.

Sedangkan anak2 kami pun penah dikata kuang ajar bila lambat buat keje rumah atau ada salah buat keje. Anak2 tiri aku sejenis tak penah melawan sikit pun apa kata nenek dan atok dia. Suruh buat A dia buat A. Suh buat B dia buat B.

Tapi ada yang tak kena di mata nenek mereka. Kadang bila cucu perempuan dia tak abis makan. Petang tu anak aku la jadi mangsa untuk abiskan lauk sepupu dia yang tak abis. Lauk cucu perempuan dia buat baru. Sampaikan hati nenek mereka.

Dengan anak tiri aku semua dipaksa makan. Dengan cucu kesayangan tak abis makan pun tak per. Dah makan letak sinki tak penah basuh. Yang jadi mangsa basuh anak aku la..

Bila aku tak reti nak melawan aku cakap dengan suami nak balik rumah akak dan tido sana. Dia minta bawa anak2 sekali. 2 malam kami tido rumah kakak aku. Bila ahad malam kami balik, aku terus masuk bila dan suami aku kluar sekejap.

Time tu nenek mereka ungkit segala macam kata kluar dari mulut nenek dia, aku dalam bilik kaku menangis anak2 tiri kena marah teruk..

Perkataan nenek mereka.. Korang keluar jee. Assyikk kluar je.. Enjoyy laa.. Tak balik balik. Ingat nenek dekat umah ni tunggul. Dah tak ingat dah keje dekat rumah ni banyak.. Enjoyy dekat luar tu.. Dah tak ingat dah jasa atok nenek ni dekat korang..

Dia cakap kuat. Dia nak marah aku tapi anak aku jadi mangsa. Aku takder kekuatan untuk kluar bilik. Aku tunggu suami aku balik dan aku menangis, aku takder kekuatan dah.. Aku tak sanggup kene caci hina macam tu.

Bukan sekali. Dah banyak kali nenek mereka cakap macam tu. Sedangkan sebelum ni tak penh nenek dia cakap macam tu. Start dari tu hampir seminggu aku tidak makan masakan mentua aku. Aku tak bapak mentua aku perasaan. Sebab aku jarang balik rumah time cuti.

Cuti weekend aku nak berehat bukan nak dengar nenek n atok mereke caci hina anak aku. Bila aku bawa anak2 keluar. Jawapan nenek dia. Pegi laa keluar ikut bapakk ko tu.

Apa perasaan korang time tu. Sampaikan ada suatu hari kami 4 beranak tak makan dekat rumah sedangkan dia masak. Esoknya die bising.

Tapi kalau anak kesayangan tak makan sikit tak pnh nak bising. Pernah sekali tu suami aku kata mak dia mntak beli siapakn 2 ekor. Masa tu hari sabtu. Selalu setiap sabtu kami akan kluar makan, aku tak hati nak makan dekat rumah. Dia minta ikan siakap.

Aku beli 4 jenis lauk yang semua hampir RM70.00 aku abiskan. Bukan sikit punya lauk. Dan masa tu aku sengaja tak bawa anak aku kluar dan time tu aku tido rumah akak aku, dan ke esokan hari ahad anak2 tiri aku datang naik basikal rumah kakak aku.

Aku saje la tanya semalam makan tak. Anak aku cakap tak makan.. Nenek masak tak. Nenek masak siapkap 2 ekor tapi nenek tak bagi makan. Nenek cakap untuk uncle. Tapi uncle balik malam tak makan.

Aku saje takde dekat umah nak tengok nenek dorang masak tak sebab ada cucu2 kat umah. Sekali nenek dorang tak masak untuk anak2 aku. Anak aku keluar pegi surau maghrib n beli burger makan dekat luar.

Kakak aku dengar naik angin dia.. Sedangkan aku tak pnh nak buat macam tu. Start dari tu aku cakap dengan suami aku. Aku tak nak beli lauk.. Even time cuti aku tak beli dah..

Mak mentua aku sangat berkira dengan anak2. Sedangkan anak2 adalah tulang belakang bila mereka ada dekat rumah. Kadang tv pun mak metua aku dah pandai berkira. Sedangkan segala bil yang ada kami suami isteri yang bayar. Kadang kami geram kami sorok control.

Anak2 kami rela kena marah asalkan dorang tak dapat tengok tv. Penah kami semua keluar. Pagi2 suami aku cabut cable dan budak2 tu langsung tak dapat tengok tv.

Dan yang paling terbaru. Hari ahad baru ni. Nenek dia kata takder lauk nak masak. Aku ingat nak bawa budak2 keluar beli barang dapor sikit n terus pegi makan. Nak jadi cerita suami aku tak nak bawa anak2. Jadi kami pegi bertiga dan balik dalam pukul 5.00.

Anak2 kami tak ada rumah main basikal. Aku beli ayam sekor, beras, minyak, susu dan sikit barang dapor. Dan sebab tengahari tu nenek dorang bising aku takder mood nak duduk dapor.

Aku pikir lepas maghrib bawa budak keluar makan. Nenek dorang dah siap makan burger porsperity mintak orang lain belikan. Hanya untuk nenek dia makan. Atok die dah ada makan.

Nenek dorang biarkan cucu mereka kontang kanting macm tu. Sebab cucu kesayangan takder. Jadi lepas isyak kami keluar makan.

Aku tanya la tengahari makan tak. Sebab nampak nenek dia goreng karipap. Korrangg tau takkk nenek dia hanya goreng karipap untuk atoknya sahaje.

Langsung tak ada untuk cucu2 die yang ni. Sedangkan dulu nenek dorang memang kan masak lebih sebab cucu dia ada nak makan. Sekarang langsung tak ada n buat tak tau. Apa perasaan korang. Aku luluh hati anak aku lapar dari tengahari.

Nasib anak2 aku dah paham dan kami minta dia bertahan dan terus berkhidmat dengan atok dan nenek selagi boleh.

Dan esoknya boleh pulak ada lauk sotong masak banyak. Sedangkan anak2 kami sekolah. Masak untuk cucu kesayangan tapi sampai ke tengahari cucu kesayagan tak datang.

Aku memula kesian sangat dengan mak mentua aku bila masak dengan kaki tak larat. Tapi sekarang sikit rasa kesian takder dalam diri aku.

Sebab untuk cucu kesayangan sanggup masak kuih itu ini bagi makan. Kira cucu2 dia tak pernah tak cukup makan laa..

Penah sekali dia buat kuih n cakap jangan usik makan ni untuk uncle. Sekali bila anak die tak datang. Dia ulurkan makan tu dekat aku. Aku tak sentuh langsung sebab bila anak dia tak datang baru nak pelawa aku makan. Aku bukan sejenis hadap makan..

Sekarang ni aku selalu balik lambat sebab aku terlalu penat bila balik rumah dapor abis bersepah sedangkan anak2 aku semuanya sekolah. Makan biskut sampai ke depan bersepah. Aku dekat rumah tu macam kuli pulak..

Sekarang ni aku cuma mampu bertahan. Kadang hubungan kami suami isteri dingin sebab terlalu pikir masalah orang. Kadang kami bergadoh hanya disebakan abang dia saje.

Abang dia suh menghambakan mak bapak mereka. Kalau balik amik anak. Makan lepas tu terus balik..

Aku tak sanggup tengok semua tu sekarang ni bila time cuti je aku dah pikir kemana aku nak pegi. Tak kisah pegi mana tapi aku taknak duduk rumah tu, aku jadi serabut atok nenek terjerit marahkan cucunya. Cucunya yang lain buat salah semua salah letak pada anak aku.

Oppsss aku lupa nak cerita penah suatu hari tu. Anak buah suami yang perempuan berani masuk bilik aku dan curi barang makeup. Nasib aku perasann barang hilang dan bila time makan aku cakap dengan mentua aku barang aku hilang semua taknk mengaku.

Anak2 aku sekolah dan mereka memang tak berani masuk bilik kami. Lagipun anak aku lelaki tak mungkin dia curi barang makeup aku.

Aku tanya anak buah yang perempuan, tapi dia tak ngaku. Dan aku tau dia yang amik. Aku memang marh tapi aku diam sebab hanya mentua aku. Bila dibelakang mentua aku, aku cakap dengan anak buah. Aku nak barang tu ada esok.

See esok nya dia gantong barang aku dekat pintu. Bila suami aku bgtau bapak dia yang cucu dia curi. Reaksi bapak mentua aku hanya. Dia dah bagi ok la. Tapi cuba anak2 aku yang buat. Mau ditampar budak tu. Aku jadi terdiam.

Aku tidak la mendoakan yang tidak baik. Tapi sabar aku pun ada hadnya jugak, mak mentua aku tak penah macam ni, die layan aku baik je.

Untuk tidak dikata aku macam2. Aku hulur dengan mentua aku. Aku tolak segala komitmen yang ada tolak bil api air yang aku bayar. Aku bagi lagi dekat dia. Aku beli lagi barang dapor. Aku tak nak dikatakan tak kenang budi.

Sebab tu sampai sekarang mentua aku tak tau nak cari marah dia terhadap aku. Tapi sampai bila aku mampu berthan. Hampir setiap hari akan ada drama baru yang mentua aku cuba lakukan. Suami aku kesian dekat ibu bapanya.

Sebab tu la selagi boleh dia berjasa degan orang tuanya. Dan dia tau aku tertekan sebab dia tu kadang aku nak pegi rumah kakak aku dia tak kisah.

Dia tak kisah kalau aku balik kerje lewat walau dia sendiri tau aku boleh balik lambat. Alasan aku bagi pada mentua aku. Aku dah berpindah tempat kerje jauh sekarang.

Harap korang bagi semangat dan kekuatan dengan aku terus berada dirumah tu. Aku tak mampu untuk berbuat apa2. Aku hanya ada suami tempat aku luakan apa yang aku rasa. Kekadang aku bercerita jugak pada kakak aku.

Mohon maaf kalau luahan aku panjang sangat. Harap korang paham la yea luahan hati aku ni..

Sekian.

– Leez (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *