Siapa Yang Tersakiti?

Assalamualaikum, ni pertama kali aku tulis luahan aku. Kisah yang tak pernah aku cerita pada sesiapa pun. Hanya aku dan dia sahaja yang tahu hakikat yang terjadi. Boleh panggil aku Bon. Umur dalam lingkungan awal 30an. Duda. Ya, aku duda. Anak 3.

Perkahwinan pada usia yang muda sememangnya sangat² mencabar. Aku berkahwin semasa tahun akhir diploma. Ya, sebab masing² dah gatal.

Dipendekkan cerita, setelah aku berjaya tamat pengajian dan kerja. Kehidupan aku dan isteri sama seperti semua pasangan yang normal diluar sana. Kerja, besarkan anak. Aku kerja sebagai perunding perniagaan disebuah syarikat swastad dan isteri bekerja sebagai telemarketer insurans.

Oh, lupa nak ingatkan aku tinggal bersama keluarga mertua. Bila sebut bersama mertua mesti ramai yang tertanya kenapa aku tak tinggal sendiri. Ya, selama perkahwinan aku telah berkali-kali bergaduh mengenai rumah. Seingat aku 3 4 kali juga aku dapat rumah sewa.

Ya la.. Mana mampu nak beli lagi rumah ekoran gaji kami berdua yang tak seberapa. Jadi kesemua rumah yang aku dapatkan semua dia enggan duduk. Katanya fia taknak berjauhan dengan familynya, jadi aku turut kan sebab aku tak nak gaduh isu² macam ni.

Tapi tu bukan isu nya sebab aku pun buat 3 kerja, weekday kerja ofis, malam minggu niaga dan hanya hari ahad aku peruntukan untuk ‘family time’. Jadi aku sendiri sedang usaha untuk tingkatkan gaji aku demi cita² kami bersama.

Isteri aku seorang yang keras kepala, emosi, sampai aku sendiri pun pernah hilang sabar disebabkan sikap dia. Tapi aku redha dan terima semua sebab aku yakin dia pasti akan berubah.

Jadi kami boleh dikatakan bahagia juga walaupun hari2 berlaga angin tapi bagi aku itulah manisnya sebab bila kami tak berlaga angin mesti rasa janggal. Hahaha.

Kami pasangan yang amalkan pillow talk sebelum tidur bincangkan dan share apa yang berlaku seharian. Sebab aku kerja dari pagi sampai tengah malam.

Dan pillow talk tu mula kurang bila aku mula kerja sampai ke tengah malam. Tiap kali aku balik pasti dia dah tidur, dan anak² aku jenis tidur lewat.

So selalunya aku akan balik dan akan tidur bersama anak² aku dan aku hanya akan tidur selepas semua anak² kau dah tidur.

Isteri aku? Dia antara isteri yang paling beruntung selama dia jadi ibu, tidur dia tak pernah kurang 8 jam. Disebabkan itu anak² semua rapat dengan aku sebab dia akan tidur dulu sebelum aku balik.

Mungkin silap aku sebab manja kan dia, semua aku uruskan. Dari tidur anak berak anak muntah anak tengah malam.

Mula² dulu aku pernah kejutkan dia tapi habis dimaki nya aku sebab kacau dia tidur. Jadi bila dah selalu sangat, aku decide untuk uruskan sendiri sampai aku dah terbiasa.

Mungkin dia manja sebab anak² diurus oleh mak dia jadi banyak yang dia tak perlu buat. Siang mak dia, malam aku pulak. Benda da jadi berlarutan sampai anak ke3.

Kami pernah gaduh besar semasa anak sulung baru 1 tahun. Dia bermati-matian mintak cerai, aku diamkan dan mengalah dan akhirnya kembali normal.

Soal tidur bersama, aku dikatakan agak jarang dapat bersama dia. Aku pernah ‘berpuasa’ 6 bulan lepas kelahiran anak ke 2. Gila kan?

Dia dikatakan geli nak bersama dan dikatakan trauma lahirkan anak. So dia elak untuk bersama. Bayangkan 6bulan tak bersama. Kalau laki lain aku agak dah makan luar.

Hahaa. Tapi aku tak, aku jaga ikhtilaf aku. Aku tau batas aku. Even aku kerja di persekitaran yang penuh dgn godaan wanita tapi aku tahan dan cegah dari awal. Power aku ni. Jadi 6 bulan tu dlm selepas 100hari pantang aku balik kerja selalu dengan harapan.

Tapi tu la, aku pernah ditolak pakai kaki dan dia membelakangi aku semata-mata sebab taknak. Padahal aku nak peluk je. Sebab aku rindu.

Ya, aku rindu isteri aku. Begitulahh kitarannya.

Jadi bagaimana boleh anak 3 ni mungkin tiap kali gaduh besar dia akan pujuk pakai diri dia. Jadi aku yang jarang² berpeluang ni ditambah pula subur ya amat. Maka keluarlah anak ke3.

Oh, lupa nak cakap, aku pernah kemalangan semasa dia sarat yang ke3 dan kaki aku jadi tak kuat ekoran kemalangan tu. Aku boleh dikatakan cacat, walaupun nampak normal. Kaki aku ada besi, dan segala aktiviti lasak sukan terpaksa aku stop.

Jadi, kemuncak bermula pada dia dikatakan nk tukar kerja baru, kerja sebagai agen insurans, kerja yang aku cukup tak berkenan. Kena pulak isteri aku walaupun ank 3 tapi dia boleh dikatakan model pakej, dengan rupa pan asia.

Antara sebab kenapa aku cukup risau. Tapi dia berjanji nak kerja dan beli rumah untuk nak ubah hidup kami. So aku turutkan, hmm. Itulah

Kesilapan besar aku. Aku izinkan dia. Segala keperluan dia aku turutkan, aku bagi dia fon aku dan aku sendiri guna fon kentang untuk mudahkan dia kerja.

Aku cuba dapatkan ipad untuk dia berkerja sampai aku ditipu. Semua dari pergi kerja balik kerja. Dan di tempat dia kerja dia selalu bersama seorang teman yang dia kenal dan rapat.

Perempuan, bujang. yang aku namakan T. Dia selalu bersama T dan kadang² balik kerja pun bersama T, aku tak pernah halang dia sebab aku percayakan T dan dia pun selalu convince aku yang T baik.

Semua mula berubah bila dia dan T kerap balik lewat dan guna alasan jumpa client. Aku sabar lagi, dan aku tak pernah siasat atau pegang fon dia sebab aku yakin dia paling kuat cemburu sebab kami pernah bergaduh besar bila dia baca mesej client company aku yang aku sendiri tak baca lagi.

Katanya aku curang padahal aku bukak pun tidak. Bila dijelaskan baru dia ok dan masih warning aku jangan sesekali curang kalau tak dia akan potong aku macam Mona Fandey buat. Jadi disebabkan itu aku yakin dan tau yang dia tak akan sesekali membelakangkan aku.

1 hari, dia balik kerja dan happy sangat. Aku pelik, sehari sebelum tu siap buat status wasap gambar aku dan dia. Sampai kawan aku skrinshot dan hantar kat aku, kawan aku kata asal lain macam sebab isteri aku bukan orang yang macam tu. Aku gelakkan saja dan cakap biasalah sekali sekala.

Tapi naluri aku sebagai suami ada kata yang ni bukan isteri aku. Ada sekali tu dia balik kerja tapi aku da ada dirumah. Dia selfie dengan anak. Dan aku macam pelik. Dah kenapa aku tanya. dia jawab kenapa? Tak boleh? Aku stop kat situ sebab aku taknak panjangkan cerita.

Seingat aku waktu tu tengah viral yang Jados balak sajat. Dan dia tiap² malam tengok video² Jados tu. Dipuji²nya balak sajat dan semua lelaki² yang seakan muka arab² macam tu.

Aku cemburu jugak sebab aku muka jawa. Mana nak lawan dengan mereka tu. So aku decide buat badan. Alhamdulillah, badan naik la, tapi tang perut je. Hahaha. Berat aku dari 52 jadi 70. Agak besar la.

Dan ada 1 malam tu aku ada benda nak buat guna fon dia(fon yang aku bagi) tapi password dia dah bertukar. Aku pelik. Selama aku kawin tak pernah dia rahsiakan password. So aku guna finger print dia waktu dia tidur.

Dan aku tengok ada banyak contact yang aku tak kenal, aku husnuzon yang tu semua client dia. Naluri aku sibuk suruh bukan whasap tapi aku taknak bukak. Aku tak nak hadap kemungkinan yang ada. So aku tinggalkan.

Berapa hari lepas tu. Aku mintak fon dia, dan dia enggan bagi. Aku tanya kenapa? Dan dia kata ada kerja takut aku terusik kerja dia. So aku berkeras dan dia lagi keras. Tapi dia bagi jugak lepas aku desak berkali2 itupun lepas dia masuk bilik dan aku panggil baru dia bagi.

Aku bukak fon dan aku pelik, aku boleh guna balik password lama aku. Tapi bila aku tengok kat contact, banyak contact yang macam dah hilang atau dah delete. Aku whasap pun macam ada benda yang hilang. So lepas kejadian tu aku tak mintak dah fon dia. Hmm.

Waktunya tu aku sedar. Mimpi buruk aku berkenan risiko kerja dia tu hampir jadi kenyataan. Tapi aku tetap nafikan naluri aku tu. Aku tak nak terima. Mana mungkin isteri yang cemburu buta macam dia akan curang?

Aku sambung nanti. Apa yang jadi. Bagaimana semua yang aku sangka mimpi adalah hakikat yang akan ubah hidup aku.

– Bourne (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *