Assalamualaikum semua. Terima kasih aku ucapkan kepada admin sekiranya luahan aku ini disiarkan.
Aku Lani, berusia 30an, sudah mendirikan rumah tangga, mempunyai cahaya mata dan tinggal di Borneo kerana mengikut suami yang bekerja disini.
Aku berharap kami sekeluarga dapat pindah semula ke Semenanjung tahun depan dan suamiku dapat bekerja di negeri kelahiranku semula nanti Ameen.
Yang aku bakal ceritakan adalah perihal Nenekku yang telah menjangkau usia 80an.
Nenek telah kematian suami sejak 25 tahun yang lalu dan dia kini dijaga oleh anak-anaknya secara bergilir-gilir.
Nenek punyai 6 anak, tapi anak yang bergilir menjaga nenek cuma hanya 2 orang. Lagi 4 orang aku pun tak pasti apa masalah dorang.
Ada yang hanya bertanya khabar nenek melalui telefon, ada yang tak tanya khabar langsung lepas tangan iaitu anak lelaki nenek yang aku panggil paklang.
Ini kerana isteri paklang tak suka akan nenek kerana nenek suka cakap merapu, katanya. Dan paklang mengikut kata isterinya.
Sampai harini paklang langsung tak tanya khabar nenek. Dan untuk semua tahu, paklang satu-satunya anak lelaki nenek.
Aku sedih fikirkan nasib nenek. Nenek masih kuat, mampu berjalan sendiri, makan mandi pakai semua sendiri. Tapi dilayan teruk oleh anak-anak.
Nenek pendiam, malah lebih pendiam bila selalu sangat dimarahi anak-anak. Anak yang menjaga nenek pun sering memarahi nenek.
Mereka ada plan untuk hantar nenek ke rumah orang tua, tapi memikirkan mulut dan kata-kata orang, mereka batalkan hasrat.
Mereka jaga makan minum nenek, tapi emosi nenek mereka tak jaga. Ada sahaja salah laku nenek dimata mereka.
Pada aku, nenek tak ada buat salah apa pun, cuma kadangkala dia ada bercakap sendirian, memang ada benda nenek cakap yang tak masuk akal.
Penyakit alzhimer nya menjadi-jadi kebelakangan ini. Dan anak-anak nenek tak boleh terima akan keadaan ini membuatkan mereka sering bertengkar dengan nenek.
Apa sahaja yang keluar dari mulut nenek, akan disangkal, atau pun dimarahi.
Anak nenek bukan calang-calang orang ya. Ada yang jadi bos di pejabat, gaji puluhan ribu sebulan. Duit bukan langsung masalah.
Aku sebagai cucu ada suarakan supaya bawa nenek dapatkan rawatan di klinik supaya doktor dapat pantau keadaan nenek, tapi dipandang sepi.
Kata-kata aku tak diendahkan. Aku hanya balik sesekali ke semenanjung dan agak terbatas untukku membantu dalam urusan rawatan nenek.
Aku pernah suarakan juga untuk menjaga nenek, tetapi dihalang kerana adik beradik nenek susah untuk menjenguk nenek kerana perlu menaiki pesawat.
Sesekali aku balik ke semenanjung, aku terkilan melihat cara layanan mereka kepada nenek.
Aku bawa anak-anak aku balik ke kampung, aku gembira, seronok. Tapi bila nenek bermain dengan cucu, dia dihalang. Nenek ketawa, nenek akan dimarahi.
Aku menegur cara nenek diperlakukan tetapi aku pula akan dimarahi. Aku betul-betul buntu.
Kali ni aku balik, nenek mengadu sakit pinggang. Susah nak berjalan. Banyak perkara nenek adukan kepada aku, dia ulang berkali-kali dia sedih.
Kali ni aku betul-betul risau fikirkan keadaan nenek.
Sebelum ini nenek sihat pun anak-anak nya layan acuh tak acuh, sering dimarahi, tapi kalau nenek sakit terlantar, apa akan jadi pada nenek. Siapa yang akan urus makan mandi nenek. Aku risau.
Apa cara untuk aku membantu nenek. Tolong aku…
– Lani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit