Orang Ketiga Yang Bijak

Nama aku Ain, isteri kepada suami yang sangat baik. Ibu kepada 4 orang cahaya mata yang sihat dan bijak.

Aku seorang surirumah kerana selepas aku bernikah, aku dilarang oleh suami untuk bekerja. Nafkah yang diberi suamiku sebanyak gaji jika aku bekerja.

Rumahtangga memang ade pasang surutnya. Ade juga pergaduhan tapi biasanya tak berlarutan.

Cuma tahun ni, konflik nya amat besar dan berat bagi aku. Ya, konfliknya merupakan orang ke 3.

Suami aku berhasrat untuk bernikah 1 lagi, kerana pada dia, dia sangat mampu.

Betul, gajinya mencecah 8k setiap bulan kerana dia bekerja hampir setiap hari dari jam 8 pagi hingga 10 malam.

Aku menangis setiap hari mengetahui berita itu. Apalah salahku selepas siang malam aku setia padanya tapi hatinya diambil orang lain.

Aku dikenalkan dengan wanita tersebut. Dia sangat cantik, muda dan memang mempunyai aura yang buat orang suka padanya.

Berbeza dengan aku, cuma seorang surirumah yang sentiasa berkain batik, sibuk menguruskan anak-anak dari pagi hingga ke malam.

Tidur aku selalu terganggu dek menguruskan anak ke 4 yang masih kecil kerana anakku menyusu badan. Aku rasa sangat “insecure” dengan diri aku.

Wanita itu masih berbelah bahagi untuk menerima suamiku dan menjadi isteri ke 2.

Jadi tujuan aku menulis ini, cuma aku nak sampaikan 1 cara yang bijak untuk mengenal pasangan. Mungkin cara ini boleh juga diikut untuk mereka yang bakal berkahwin.

Caranya ialah pergi tanya orang terdekat dengannya.

Jika dia suami orang, pergi interview isterinya. Jika dia bujang, tanya adik beradik, kawan baiknya.

Pertama, untuk konteks orang ke 3 ni, cuba tanya betul-betul pada isteri nya bagaimana sikapnya.

Sikap pasangan sebelum kahwin dan selepas berkahwin sangat berbeza.

Sebelum kahwin semuanya indah, rajuk dipujuk, hari istimewa disambut, sentiasa dipuji tapi selepas kahwin semuanya berubah.

Betul dia layan awak dengan sangat baik, cuba tanya layanan pada isterinya pula bagaimana.

Cuba senaraikan ciri-ciri lelaki idaman anda, dari situ anda boleh nilaikan dia bagaimana. Bukan apa takut-takut selepas kahwin nanti kecewa dengan sikap dan layanan sementara sebelum berkahwin.

Ciri-ciri yang ada dalam drama korea tu susah nk jumpa dalam lelaki melayu tau.

‘Caring’, tolong buat kerja rumah, tolong jaga anak-anak, berkata baik-baik bila tengah marah dan macam-macam lagi. Aku cuma boleh senyum untuk setiap ciri idaman tu.

Kedua, waktu interview tanya juga komitmen bulanannya. Gaji besar bukan bermaksud banyak lebihan duit nya.

Kata pepatah, besar periuk besarlah keraknye. Lagi besar gaji, lagi banyak komitmen sedia ada. Kadang-kadang hujung bulan tinggal macam orang bergaji kecil.

Mampu tak dia untuk menanggung sebuah lagi keluarga, kenapa aku kata keluarga kerana lepas bernikah akan ada anak2 pula. Belanja akan lagi bertambah. Tambah lagi pula sekarang, barang-barang keperluan sangat mahal.

Ketiga, tanya perasaan isterinya. Isteri mana yang tak rasa kecewa setelah dia setia dalam perkahwinan tu.

Cuba berada dalam posisi isterinya. Jika isterinya boleh terima dengan baik, mungkin perkahwinan anda nanti boleh jadi bahagia.

Betul jodoh pasti bertemu tapi tahukah kita, jodoh bukan takdir yang ditetapkan dari sejak kita lahir tapi jodoh merupakan takdir yang kita usahakan sendiri. Jangan bina kebahagian atas kesedihan orang lain.

Aku cuma minta korang semua doakan yang terbaik untuk aku dan anak-anak.

Terima kasih sudi baca luahan aku.

– Ain (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *