Keadaan Yang Memaksa Aku Untuk Berdikari

Nama aku N. Sekarang pengajian degree aku telah pun tamat untuk lecture semua subjek tetapi aku masih menjalani latihan praktikal selama 6 bulan sebagai semester paling akhir dan selepas itu akan habis terus selama tempoh 4 tahun aku belajar di negeri darul makmur.

Yang aku ingin kongsikan di sini adalah aku ingin menceritakan detik perjalanan aku sepanjang aku belajar pada peringkat degree.

Jujur aku katakan semasa aku belajar di peringkat STPM, aku menunjukkan aku tidak minat belajar, yang aku nak masa tu adalah “nak bercinta” means nak ade teman lelaki (biasa la tak matang lagi masa tu, haha) tetapi siapa la diri aku sebenarnya, hihi.

Sebelum terjadinya rasa sifat malas nak belajar dan fikir nak ade partner. Aku merupakan seorang suka belajar, mudah cepart faham and then bila cikgu soal cepat bagi respon, selalu dapat pujian “good” daripada ramai guru, bila aku pandai, kawan-kawan selalu cari rujukan dari aku.

Aku pernah jadi best student sewaktu PMR, bersekolah di sekolah kluster dan pernah naik kelas.

Setelah aku semakin besar dan matang, aku terfikir dan mengenang segala kisah silam aku sewaktu ketika dahulu, Allah uji aku mungkin bersebab, Dia nak aku belajar sesuatu sebenarnya di dalam hidup. Tanpa ujianNya, siapa la aku sekarang ini.

Aku ceritakan mengenai perjalanan aku ketika form 6 dahulu. Aku ambik STPM samapi habis iaitu satu tahun setengah tetapi result aku down tetapi Allah jaga aib aku masa tu dan aku rasa bersyukur kerana Allah bagi aku peluang menuntut ilmu sehingga kini.

Dan aku dah memasang perancangan akan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi selepas grad in my degree tidak lama lagi kerana aku bercita-cita nak menjadi seorang pendidik pada suatu hari nanti.

Impian satu lagi sebelum aku dapat jadi pendidik, aku ingin menjadi seorang jurutera kerana course degree study aku in engineering, insyaallah kalau ade rezeki nanti. Now aku slow-slow untuk dapat ilmu baru.

Keadaan yang memaksa aku berdikari ini adalah kerana aku berjauhan dengan keluarga aku, aku tiada siapa-siapa sepanjang aku pergi belajar di negeri orang, tiada saudara mara lagipun saudara mara aku tidak pernah ambik tahu mengenai diri aku, adik beradik semua jauh-jauh dari negeri lain,

Aku tiada ramai kawan yang sebaya dengan aku, yang aku kenal semua junior tetapi aku bersyukur Allah temukan aku dengan orang yang baik-baik di sini,

Kiranya aku tak ramai kawan tetapi ramai kenalan and the same time aku belajar untuk berdikari seorang diri tanpa aku tak nak bagi ayah aku risau dengan keadaan diri ku ini.

Aku punya pendirian sangat la mudah, bila aku betul-betul perlukan pertolongan orang, baru aku cari orang kerana aku tidak suka menyusahkan orang. Selagi aku sihat dan kudrat yang masih ada, selagi tu la aku boleh buat sendir dan berdikari sendiri.

Aku masih tiada lesen memandu tetapi sudah rancang masa yang sesuai untuk belajar memandu iaitu bermula awal tahun depan. Banyak aku pelajari semasa belajar di alam universiti, mungkin bersebab Allah hantarkan aku belajar di negeri ini,

Belajar di universiti ini and the same time aku bersyukur kerana dapat warden asrama yang baik dan menyenangkan students,

Dan lecturers di universiti yang sentiasa membantu students means menyenangkan bila students perlukan pertolongan (depends to students if suka berjumpa dengan lecturer bertanya pasal belajar),

Aku tak pernah terfikir nak sambung belajar di negeri ini, universiti ini, ambik course ini (semua sudah diaturNya).

Setelah pengajian degree aku hampir tamat, aku sudah merasakan banyak benda aku pelajari dari zero, yang awalnya aku masuk untuk sambung belajar tidak tahu apa-apa, fikir nak ade teman hidup je, haha, now tidak lagi, i always think about my future and career first thing.

Orang kata pengalaman mendewasan dan mematangkan kita. Di saat aku struggle nak menghabiskan pengajian degree aku, pernah je nampak post status kawan-kawan aku yang dah berkahwin,

bahagia dengan pasangan masing-masing, show their boyfriends, dah pregnant, melahirkan dan selalu show their babies masing-masing di medsoc, dah kerja gomen SPA, show their happy family,

Tipu la tak pernah cemburu masa mula-mula dahulu but now tidak rasa cemburu lagi, i think Allah’s time is the best right time for me when i will get my happiness what i create for one day, insyaallah,

Ohh ya one more ade jugak my friend ajak aku pergi kenduri kahwin dia. Alhamdulillah dah sampai kawan aku punya jodoh.

Masa aku belajar aku selalu je sorang-sorang, bukan aku introvert tapi sebenarnya aku ni seorang ambivert..

Means aku ni bila aku tegur someone then dia ramah nak berkawan dengan aku, lagi mudah aku nak berkawan dan mudah untuk disenangi and then bila aku tegur someone yang macam dia tak suka nak berkawan dengan aku,

Aku ok je, next time aku jumpa tak nak tegur dah, takde nak terasa hati dengan sesiapa pun. Kalau ade kawan-kawan yang nak ajak aku keluar, aku seorang yang mudah on je sebab sebenarnya aku kaki suka berjalan,

Hihi, alhamdulillah la sebab ade kwawan-kawan ingat aku tapi kalau ade kawan-kawan yang keluar yang tak nak ajak aku means tak nak aku ganggu privacy diorang, tak nak aku ade sekali, aku ok je. Aku stay je dalam bilik sesorang buat apa yang aku suka untuk spent masa free aku.

Ada kawan-kawan yang selalu ingat aku, diorang dah pun habis belajar dulu dari aku, now aku kenal juniour je la.

Sepanjang hampir 5 tahun lebih aku stay di negeri darul Makmur banyak kenangan manis bersama dengan kawan-kawan antaranya makan bersama di luar, gi mall, tengok wayak, gi pantai, hiking, berkelah, gi terawih bersama-sama di masjid besar.

Semua kenangan manis yang aku ingat sampai bila-bila. Aku banyak belajar dari kawan-kawan aku dari pelbagai negeri berlainan dan pelbagai umur, betul la orang kata belajar di universiti betul-betul mematangkan aku dari segi pemikiran pergaulan.

Aku pernah je gi kelas jalan kaki sorang-sorang, gi pasar raya sorang-sorang tapi pasar raya dengan asrama aku tak terlalu jauh pun bukan apa pernah gi pasar raya sorang-sorang tu sebab aku kerap gi pasar raya setiap minggu means tak nak selalu susahkan kawan yang ade kereta,

Lain la kalau dia ade ajak sekali time dia nak gi pasar raya juga tetapi kalau ade barang banyak sangat aku nak beli, memang aku perlukan diorang untuk bawa aku gi pasar raya tapi aku selalu je bagi kawan aku upah minyak kereta ke, upah untuk beli makanan diorang ke.

Aku selalu gi pasar raya tu sebab aku ni suka memasak means nak masak tu sebab makan masak sendiri amat puas hati dan nak berjimat cermat as a life student life masa tu dek berbelanja di negeri orang ni biasa la mahal sikit dari negeri sendiri.

Aku story sikit pasal kenangan aku balik dari kampus sorang-sorang , aku dari library and then terus nak balik waktu petang, time tu pulak hujan, basah habis aku, haha.

Demi nak siapkan fyp research di library sanggup aku redahkan sorang diri dan tahan malu jugak la time tu tapi tak mengapa semata-mata nak gi belajar.

Kalau ade kawan yang aku kenal nak tumpangkan aku itu aku bersyukur jimat sikit tenaga aku tapi kalau aku rasa boleh bawa diri sorang-sorang tanpa nak susahkan orang, aku on je.

Konklusinya, untuk pengakhiran cerita aku di sini ialah dalam hidup tiada yang indah-indah belaka, setiap ujian harus di tempuhi kerana hikmah yang lebih baik akan menanti selepas itu.

Dalam hidup aku penuh suka dan duka untuk mematangkan diri aku untuk membentuk kemenjadian diri aku selepas ini, masa depan yang baik untuk anak-anak aku terletaknya masa depan aku yang aku create bermula saat ini.

Di saat aku menjadi berdikari bukan bermakna aku tak perlukan teman hidup, of course la aku mahu, aku yakin Allah nak bagi bila aku betul-betul bersedia dan akan tibanya waktu yang tepat,

tak salah kan kita sebagai seorang perempuan nak merancang dengan siapa kita mahu, nak create the own happiness likes nak berjaya dari segi career, berjaya, dress up, want to looks charisma girl, travel anywhere if you wants to travel can make you happy.

In my life before this, pernah merasai manisnya sebuah kejayaan dan pernah jugak merasai sebuah kegagalan yang mengajar aku erti banyak perkara dalam hidup.

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *