Apa Salahku?

Assalamualaikum semua. Disini aku ingin berkongsi cerita dan juga ingin meminta pendapat semua. Nama aku Syasya (bukan nama sebenar) ibu tunggal kepada 5 orang anak dan kini hanya anak keempat dan kelima sahaja bersama saya.

Tiga orang lagi bersama makcik aku, beliau telah menjaga anak2 ku sejak dari lahir memandangkan aku di ketika itu tidak berkemampuan untuk menjaga anak2 dan beliau sekeluarga telah membesarkan anak2 ku dengan sangat baik. Aku bersyukur sangat!

Zaman persekolahan aku tak seperti kanak2 yang lain. Mak dan baba bercerai ketika aku masih tidak lagi mengenal dunia (usia 2t ahun) dan aku tidak pernah kenal siapa baba, jumpa apatah lagi.

Sehingga aku berumur 12tahun dan ketika itu aku tengah menduduki exam upsr hari keempat, aku mendapat berita bahawa baba telah meninggal dunia 3bulan yang lalu daripada kawan mak yang juga kawan baba.

Dia juga menceritakan yang 6bulan sebelum arwah menghembuskan nafas nya yang terakhir, merata beliau mencariku.

Yang paling aku tak boleh terima, beliau ada berjumpa mak untuk bertanyakan keberadaanku tapi mak mengatakan yang dia telah memberikan aku kepada orang selepas dia habis eddah dulu.

Tersentak aku dan merasa seolah jantung nak tercabut seketika. Aku terus menangis dan memarahi mak, “kenapa tak pernah bagitahu apa2 langsung padahal aku banyak kali cakap yang kalau boleh aku nak jumpa dia.

Dah lah gambar pun tak simpan. Lepas tu bila dia cari aku, kau boleh cakap kau dah bagi orang sedangkan aku ni ada je depan mata kau.

Sekarang tahu2 dia dah takde, dah 3 bulan pulak tu. “Puas hati kau sekarang?!!” ujar aku pada mak sambil menangis dan menjerit.

Sungguh aku rasa kecewa sangat ketika itu dan mula fikir yang dia memang tak pernah sayangkan aku sebab sejak dia berkahwin baru ketika usia aku 8 tahun.

Dia mula abaikan aku dan jadikan aku ni sebagai tempat dia melepaskan amarah dia pada suami baru dia.

(DISCLAIMER : MAK ISTERI KEDUA PADA SUAMI BARU DIA NI)

Aku benci suami baru mak ni sebab dia jenis manusia bermuka2 dan pandai main wayang. Seringkali mak marahkan aku disebabkan dia yang suka buat cerita perihal aku pada mak. Cakap aku itu lah ini lah supaya mak marah dan pukul aku.

Juga ketika mak pukul aku, dia juga akan mengapi2 kan mak supaya aku dipukul dengan lebih teruk lagi. Bila aku dah sakit, takde lah aku ke sekolah dan akan sentiasa ada dirumah.

So senang lah untuk dia mengintai or cuba untuk buat benda tak baik pada aku ketika aku dan mak sedang tidur. Tapi semakin aku besar, semakin dia berani untuk berbuat sedemikian.

Setelah selesai exam pmr, aku memberanikan diri untuk memberitahu mak. Ketika itu aku ditemani oleh makcik dan sepupuku.

Dan seperti yang aku jangkakan, mak takkan percaya kata2 ku malah dia tuduh aku yang goda suami dia dan cuba untuk meruntuhkan rumahtangga dia.

Dia juga mengatakan yang dia menyesal lahirkan aku dan dia tidak lagi mengaku yang aku ni anak dia.

Dia halau aku dari rumah dan melarang makcik aku untuk membantu aku dengan mengugut kalau makcik aku berdegil juga nak tumpangkan aku dirumah dia, mak aku akan putuskan silaturahim dorang adik beradik juga.

Makcik aku ketika itu dalam dilema dan dia terpaksa membiarkan aku pergi. Ketika itu aku tak tahu aku nak ke mana dan pada siapa aku ingin meminta pertolongan dengan takde sesen pun duit di tangan.

Aku berjalan ke bustop berhampiran, aku menangis dan meratap akan nasib diriku. Tiba2 aku kejutkan dgn kehadiran schoolmate aku, Ika (bukan nama sebenar).

Selepas panjang lebar kami berbual di situ, dia pun mengajak aku ke rumah dia dan menumpangkan aku di rumah nya untuk tempoh yang agak lama juga.

Dia dan keluarga dia layan aku macam keluarga sendiri. Ketika itu aku rasa bahagia sangat sebab aku tak pernah cara hidup berkeluarga tu macam mana dan aku rasa sangat disayangi ketika itu.

Dalam tempoh aku menumpang di situ, aku juga berkerja di kedai telefon untuk aku bantu2 apa yang perlu dalam rumah tu. Ye lah aku ni menumpang, takkan lah nak goyang kaki pulak duduk kat rumah orang.

Dan hanya kedai telefon sahaja yang amik budak seusia untuk bekerja ketika itu. Dalam masa yang sama, aku juga telah kumpul duit untuk aku berhijrah kerja di bandar metropolitan Kuala Lumpur.

Singkat cerita sejak aku berhijrah bekerja di KL, aku berubah total. Aku mula bersocial apa semua dan telah melahirkan 3 orang anak diluar nikah. Dan semua makcik aku volumteer untuk jaga sebab mak memang dah tak nak amik tahu lagi pasal aku. Dia memang buang aku terus dah.

Nak dijadikan cerita, suatu hari aku terjumpa seorang lelaki yang aku gelar dia Jo (bukan nama sebenar). Pada mula aku tak berminat langsung dengan Jo sebab dari hari pertama perkenalan kami lagi dia da jujur yang dia adalah suami orang so lagi la aku tak berminat langsung.

Tapi dia kerap kali datang ke tempat aku selalu lepak dan cuba convince kan aku yang dia betul2 ikhlas dengan aku. Aku pun mula cair. Yes aku akui aku tersangat lah bodoh ketika itu. Kami mula rapat dan isteri dia mula mengetahui hubungan kami.

Teruk aku dimaki, bukan sahaja dengan isteri dia malah mak si Jo pun turut memaki hamun aku. Aku pun mengatakan hasrat aku untuk mengakhiri hubungan kami pada Jo tapi Jo yakinkan aku bahawa dia tetap akan perjuangkan hubungan ni sampai ke akhir hayat dia.

Dan sekali lagi otak seminit aku pun meneruskan juga hubungan tu walaupun kat kepala otak dah dapat vision bayangan apa akan jadi di masa akan datang tapi tidak sedikit pun aku hiraukan.

Waktu pun berlalu dan kami pun sah bergelar suami isteri di sempadan pada usia aku 26tahun. Keluarga kami berdua sorang pun takde yang tahu. Setelah usia pernikahan kami masuk 4bulan, berita pernikahan kami sampai ke pengetahuan madu dan keluarga Jo.

Pada mula nya mereka bersungguh maki hamun saya sehingga mereka contact keluarga aku dan mencemuh mereka padahal mereka langsung takde kena mengena apatah lagi mengetahui perihal pernikahan kami. Ketika itu, Jo sangat memainkan peranan.

Dia bersungguh pujuk keluarga dia terutama mak dia dan isteri dia. Akhirnya selepas 3bulan, madu ku dapat menerima kehadiran aku. Dan sejak dari itu, hubungan kami sangat akrab seolah macam adik beradik.

Apa saja masalah aku atau dia dengan suami, kami kongsi bersama dan bertukar pendapat memandangkan aku takde tempat untuk aku meluahkan perasaan atau mengadu.

Oh ye, aku lupa nak bagitahu. Lepas je aku bergelar isteri Jo, dia tak izinkan langsung untuk aku berhubung dengan kawan2 aku dengan alasan dia tak nak aku berkawan dengan orang2 yang social macam dulu. Aku hanya mampu menurut je sebab tak nak nanti jadi derhaka pada suami.

Masa pun berlalu, pernikahan kami sudah masuk tahun kedua dan kami telah dikurniakan seorang baby girl yang comel. Nak dijadikan cerita, ketika dia bermalam dirumah ku tiba2 phone dia berbunyi.

Aku pun terjaga dari lena sebab phone dia betul2 sebelah aku dan curious la juga aku sape pulak yang text laki aku pukul 2pagi ni . So aku pun buka dan baca la msg tersebut. “GOODNIGHT” sender MIMI.

Berderau darah aku masa tu dan time tu juga aku kejut suami dan minta explanation dari dia siapa perempuan tu. Dengan mamai dan takde rasa bersalahnya dia jawab yang tu kawan kepada kawan dia.

Kawan dia pernah contact perempuan tu guna phone dia then start tu perempuan tu selalu contact dia tapi dia tak layan pun. Masa tu sifat husnuzon aku terlalu tinggi so aku pun takde la panjangkan lagi hal tu.

Tapi Allah tu nak tunjuk, salah sorang kawan aku contact aku melalui ig dan memberitahu bahawa dia banyak kali nampak Jo bersama seorang perempuan yang aku gelar dia Nor.

Aku pun minta details perempuan tu dari kawan aku ni dan aku mula selidik. Ternyata memang betul apa yang dikatakan dan aku mula hubungi Nor untuk kepastian.

Nor mengaku yang dia memang ada hubungan dengan Jo dan mereka akan berkahwin tak lama lagi. Jantung aku terasa terhenti seketika.

Aku bertanya pada Nor, adakah dia mengetahui yang Jo sudah pun beristeri dua. Nor jawab ya dia mengetahuinya tetapi Jo berkata pada dia bahawa aku telah diceraikan.

Lagi sekali aku rasa jantung aku terhenti tapi kali ni rasa hati ni dihiris2. Time tu juga aku call Jo dan meminta dia untuk pulang ke rumah dengan kadar segera.

Dia bagi alasan dia ada meeting dan malam tu adalah giliran madu ku. Aku pun memberitahu madu ku juga dan memberikan dia gambar2 bukti.

Esoknya dia balik dan aku confront dia, aku minta dia explain. Dia mengaku yang dia memang ada hubungan dengan perempuan tu tapi takde terfikir pun untuk berkahwin.

Aku pun check phone dia, dan lebih memeranjatkan aku terjumpa resit baju sanding kat email dia. Hancurnya hati aku ketika itu hanya Allah je tahu.

Dia baru je bersumpah bagai yang dia tak terfikir pun nak kahwin dengan Nor tapi ternyata dah tempah baju sanding pun. Padahal time dengan aku dulu nikah kat sempadan je, sanding pun takde.

Aku pun forward email tu pada email aku untuk aku forward kan pada madu ku. Dia cuba untuk rampas phone aku tapi aku cuba untuk lari keluar dari rumah. Dia tolak aku dan kepala aku terhantuk pada bucu pintu.

Memang chaos masa tu dengan kepala aku berlumuran darah, dengan aku nonstop minta dia lepaskan aku, dia pulak menangis2 minta aku maafkan dia sampai sujud ke kaki aku semua.

Selepas dari kejadian itu, aku mula berubah total. Aku mula marah2, termenung, menangis, senang cerita aku start depressed dan banyak kali aku cuba untuk mengakhiri hidup aku sendiri sampai aku di refer kan ke wad psychiatrist.

Lupa aku nak bagitahu, Jo lafakan juga talak pada aku masa tu sebelum dia keluar rumah. Tapi dia pujuk aku balik dengan menggunakan anak untuk buat aku terima dia balik. Sebelum aku terima dia, aku banyak kali cakap dan bertanya pada dia.

Lepas ni rumahtangga kita takkan sama macam dulu lagi dah tapi dia tetap dengan keputusan dia untuk rujuk semula.

Aku terpaksa akur demi kebahagiaan anak aku yang belum setahun pun lagi. Aku tak nak anak aku pun membesar tanpa kasih sayang seorang bapak. Aku tak nak anak aku rasa apa aku rasa dulu.

Dan ternyata benar sangkaan ku bahawa rumahtangga kami tidak lagi seperti dulu. Begitu juga sikap dia curang tu tak pernah berubah malah dah start culas pada tanggungjawab dia pada aku dan anak.

Ketika aku mengandungkan anak aku yang last ni, dia sekali lagi kantoi curang.

Perangai Jo ni kalau bergaduh, dia memang takkan balik rumah dan dia abaikan semua tanggungjawab dia walaupun aku merayu minta dia belikan barang dapur dan keperluan anak2 sebab barang dapur semua licin.

Dia takkan pernah nak hantar atau peduli siap maki aku cakap aku macam2 lagi ada.

Aku dah masak sangat dengan perangai dia yang suka orang merayu2 pada dia supaya dia rasa diri dia berkuasa sangat (dia seorang narcicistic) so aku pun terpaksa lah merayu2 sampai aku rasa maruah aku ni memang bawah kaki dia dah semata anak2 aku dapat makan.

Bila dia hantar barang dapur, dia hanya akan mesej dan beritahu yang barang dapur ada depan pagar rumah. Sikit pun dia takde rasa nak jenguk anak2 ke apa. Alasan dia adalah sebab dia benci nak tengok muka aku.

Dia juga haramkan untuk aku jamah apa sahaja barang dapur yang dia belikan. Aku hanya boleh masak kan untuk anak2 sahaja tapi tak boleh jamah sikit pun.

Aku hanya mampu akur sahaja dan masuk harini dah nak masuk setahun dia tak balik rumah dan abaikan tanggungjawab dia pada kami.

Kami makan pun atas ehsan jiran tetangga. Tambah pulak Jo bagi tempoh untuk aku keluar dari rumah yang dia sediakan dia sehingga hujung bulan ni.

Sekarang aku tengah menunggu keputusan dari baitulmal untuk permohonan bantuan aku dan anak2. Doakan aku tetap kuat dan semoga ada sinar harapan buat aku dan anak2.

Sebenarnya panjang lagi tapi nanti ada masa aku ceritakan lagi..

Terima kasih semua.

– Syasya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *