First Crush Gone Wrong

Saya Ida, baru je nak masuk 19 tahun. Sepanjang saya berumur 19 tahun, saya tak pernah berminat dengan mana-mana lelaki. Kalau artis tu ada la.

Boleh dikatakan saya agak lurus la, sebab hanya fokus belajar dan tak berminat untuk bercinta. Lagipun saya rasa umur saya masih muda, walaupun mak ayah macam tak kisah kalau saya bercinta asalkan tak ganggu pelajaran saya.

Habis je spm saya dapat result yang agak bagus. Jadi saya apply lah ke universiti awam yang ada kan dan alhamdullilah dapat universiti yang saya nak.

Saya orang utara tapi universiti impian saya di terengganu. Takpe saya kuatkan hati untuk berpisah dengan keluarga dan pergi ke terengganu.

Biasalah kalau baru masuk universiti kenalah join orientasi kan? Orientasi kami dalam seminggu macam tu. Dan waktu orientasi tu memang ramai la abang abang dan akak akak senior kat situ. Semuanya saya tak berminat.

Nak dijadikan cerita saya perasan ada satu abang senior yang wajahnya tak handsome mana pun tapi saya sangat tertarik dengan dia.

Dia tak pernah perasan saya pun cuma saya selalu perasan dia. Kadang dia senyum, saya pun senyum. Tapi saya tak pernah berniat nak dekat dengan dia, minat dari jauh je la.

Saya punya minat dekat dia saya akan lalu jalan jauh semata-mata nak jumpa dia. Gigih berjalan jauh nak tengok muka dia. Turun kantin semata-mata nak tengok muka dia. Dia tak handsome mana pun tapi menarik untuk dilihat.

Satu hari, kawan saya dapat tahu saya suka dia. Gigih diorang cuba cari cara nak pastikan saya boleh berkenalan dengan abang senior tu. Saya tak tahu apa-apa pun pasal plan diorang.

Tiba tiba satu hari diorang ajak abang tu bergambar dengan saya. Pada awalnya saya tolak, tapi sebab abang tu dah datang nak bergambar dah pun, saya terima jugak.

Nak tak nak saya ikut aje la, muka masam walaupun hati tengah berbunga hahahaha.

Saya belajar di sekolah agama dulu jadi saya agak canggung nak bercakap dengan lelaki, tambah-tambah pulak saya suka laki tu. Yang saya tahu, lelaki tu pun budak sekolah agama.

Tapi apa yang dia buat macam membuatkan saya terkejut.

Waktu nak bergambar tu, saya cipta jarak yang besar antara saya dengan dia. Muka dia pun saya tak pandang sebab saya malu sangat.

Tapi dia ajak saya untuk mendekat sikit sampailah dia sendiri yang bergerak. Akhirnya, bahu pun bertemu bahu.

Saya agak terkejut time tu sebab belum pernah bersentuhan dengan lelaki walaupun berlapik. Jadi saya tolak dia ketepi sedikit secara tidak sengaja, mungkin sebab terkejut.

Lepas kejadian tu, saya macam agak kecewa dengan dia tapi buat tak tahu saja.

Satu hari, saya ditugaskan untuk bekerja dengan dia sebagai emcee untuk satu acara universiti. Tapi disebabkan saya malu, saya akan cari cara untuk tak berjumpa dengan dia.

Kalau meeting saya akan sampai lambat dan biarkan kawan saya yang handle dengan dia. Saya akan sibukkan diri dengan benda lain.

Saya rasa dia tahu saya suka dia. Pernah sekali dia reply story instagram pun saya dah menjerit bahagia. Kadang kalau jumpa saya akan senyum jugak pada dia.

Mungkin sebab pertama kali ada crush, saya jadi tak keruan. Tapi saya tahu dia bukan lelaki yang terbaik untuk saya sebab dia sangat tak menjaga had kalau berhubungan dengan perempuan.

Sampai lah satu hari, saya ternampak dia berjalan beriringan dengan seorang perempuan ni. Cantik dan putih melepak.

Tapi saya tetap ingat yang perempuan tu hanya sekadar kawan. Tapi bila saya cerita pada kawan rapat saya, mereka hanya diam.

Rupanya, mereka dah tahu lama dah yang lelaki tu memang ada hubungan dengan perempuan yang saya nampak haritu. Cuma mereka tak sanggup nak cerita pada saya, takut saya patah hati.

Jadi sejak haritu, saya elakkan diri dari jumpa dia. Kalau dia lalu jalan tu, saya akan uturn balik sebab tak sanggup nak jumpa dia.

Setakat ni belum dapat jumpa lelaki yang saya suka macam mana saya suka dia. Tapi saya doakan dia bahagia.

Lagipun saya tak berfikiran pun nak ada hubungan dengan dia. Sebab saya pun sedar diri saya siapa. Dia agak famous di universiti saya, tapi saya bukan siapa-siapa.

– Ida (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *