Terperangkap Dalam Kehidupan Sendiri

Assalamualaikum kepada admin dan semua pembaca.

Namaku Dahlia (semestinya bukan nama sebenar). Aku mengambil keputusan untuk meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati aku untuk sekian lama kerana sudah tak tahan dengan apa yang berlaku.

Secara ringkasnya, parents aku menubuhkan sebuah syarikat Sdn. Bhd. ketika aku masih dalam pengajian Diploma.

Ketika itu, aku tiada langsung ilmu berkaitan pensyarikatan sehinggalah aku bekerja di syarikat ibu ayah aku setelah tamat belajar.

Pada ketika itu, aku hanya membuat kerja-kerja seperti yang ibu bapa aku arahkan.

Lama-kelamaan, tahun bersilih ganti, selepas aku mula bergaul dan mindaku terbuka dalam bahagian pensyarikatan dan kewangan, aku mula sedar yang kemungkinan aku ini hanya diperalatkan oleh kedua orang tuaku.

Namaku diletakkan sebagai pengarah syarikat untuk syarikat tersebut. Dan sepatutnya pengarah syarikat mempunyai kuasa dan perlu bertanggungjawab terhadap semua keputusan dan tindak tanduk syarikat.

Namaku juga dijadikan penjamin atas segala urusan pinjaman syarikat.

Aku pendekkan cerita jelah. Panjang sangat pula nak taip sangat nanti. Hehe.

Pada penghujung tahun 2021, sekitar bulan September, syarikat aku sudah kembali dibenarkan beroperasi setelah setahun lebih cuba untuk bertahan.

Covid kan. Kalau nak berniaga online pun, untuk tampung kehidupan sendiri, boleh lah. Tapi untuk membayar fixed cost syarikat, memang tak boleh cover.

Ditambah lagi dengan landlord yang tak bertimbang rasa dan beberapa orang staff yang merungut kerana syarikat hanya mampu membayar gaji pada kadar minimum sahaja, lagi membuatkan aku stress.

PSU tu dapat. Tapi lambat masuk duitnya. Terpaksa la dulukan duit simpanan aku yang tak seberapa. Gaji aku sebagai pengarah pun paras gaji B40 ya. Tak lebih RM 2,500 pun. Nama je pengarah syarikat. Haha.

Sepanjang tempoh untuk bertahan tu, syarikat aku telah membuat pinjaman bank untuk membayar gaji pekerja dan kos operasi lain yang tertunggak.

Hutang syarikat sekarang sekitar 500ribu. Pada awalnya aku meminta ibu bapaku untuk menjual syarikat tersebut. Tetapi mereka enggan,

Mereka masih lagi nak pertahankan syarikat mereka kerana ‘sayang’ katanya.

Bila aku enggan untuk tandatangan pinjaman bank syarikat, mula la kami bertegang urat, bertikam lidah. Akhirnya aku tandatangan sahaja lah. Untuk mengelakkan hubungan kami bertambah keruh.

Untuk meneruskan kehidupan aku dan team syarikat, aku telah merangka cash flow in and out untuk melancarkan operasi syarikat.

Tetapi segala cadangan dan idea aku ditolak mentah-mentah oleh ibu bapaku. Mereka lebih cenderung untuk spend duit ke arah yang tidak perlu untuk ketika itu.

Banyak kali juga aku bertikam lidah dengan mereka. Secara jujurnya, bukan waktu tu je. Sebelum ni pun kami banyak bercanggah pendapat dan idea.

Dan akhirnya, aku terpaksa akur dengan keputusan mereka walaupun keputusan itu mendatangkan kerugian kepada syarikat.

Katanya mereka dah makan asam garam terlebih dahulu. Kalau macam tu, tukar sahajalah nama pengarah tu kepada nama mereka. Tahu pula tak nak.

Aku pernah banyak kali rasa lost. Malas nak pergi kerja. Bangun lambat. Masuk office lambat. Minda aku terasa heavy. Tak tahu nak describe macam mana.

Bila diluahkan, mereka kata aku pemalas. Bapak aku suka bekerja. Dia pun expect untuk aku ikut caranya. Kerja setiap hari. Kalau boleh 3-4 jam je tidur. Sabtu ahad aku nak enjoy dengan kawan pun mereka marah. Oh ya, aku duduk dengan parents.

Banyak kali aku cuba untuk bunuh diri kerana mengenangkan nasib kehidupan dikawal oleh keluarga. Menangis dalam gelap. Tidur tak lena. Selalu terjaga.

Aku solat 5 waktu ya. Sesetengah orang suka bagi nasihat supaya aku dekatkan diri dengan tuhan lebih sikit.

Sekarang ni, nak dekat setahun aku berkahwin. Aku masih lagi bekerja di syarikat ibu bapaku.

Walaupun beberapa bulan sebelum aku berkahwin, aku sudah beritahu ibu bapaku yang aku nak berhenti kerja dan tak nak ada apa-apa hubungan dah dengan syarikat mereka. Aku nak ikut tinggal bersama suami yang bekerja di selatan tanah air. Mereka setuju.

Tapi, bapak aku pandai. Dia slow talk berdua dengan suamiku untuk membenarkan aku terus bekerja dengan mereka tanpa pengetahuan aku. Suamiku tak berdaya nak tolak.

Maklumlah baru je beberapa bulan jadi menantu. Nanti takut dilabel kurang ajar. Suamiku pernah meluahkan perasaan kecewanya, kerana apa yang terjadi tak seperti yang kami rancang.

Sekarang ni, aku masih bekerja di syarikat ibu bapaku. Macam biasa lah, aku pun tak tahu apa fungsi aku dalam syarikat tu kalau semua idea, cadangan, pendapat aku ditolak oleh mereka dan masih perlu follow cara dan keputusan mereka.

Aku tertekan. Mengenangkan impak daripada pinjaman bank yang telah aku tandatangan untuk syarikat. Maklumlah, parents aku suka boros guna duit syarikat, walaupun income masuk tak banyak.

Aku teringin memiliki keluarga sendiri. Ada anak. Seronoknya. Tapi mengenangkan hutang syarikat tersebut, aku tolak untuk memiliki anak buat masa ni dan maybe takkan nak untuk ada anak pun. Aku tak nak menyusahkan anak aku dan suami aku nanti kalau terjadi apa-apa.

Sampaikan pernah terdetik dalam hatiku untuk bercerai dengan suamiku kalau keadaan dah tak terkawal. Tapi siapa lah yang nak bercerai berai ni.

Aku ada degree dan semestinya aku teringin nak ada kereta sendiri, rumah sendiri dan career growth seperti kawan aku yang lain.

Malangnya, nama kau digunakan untuk pinjaman bank syarikat. Bukan pinjaman bank untuk kegunaan sendiri. Huhu. Dulu gaji aku dapat la sekitar RM2,300-RM2,500 sebulan.

Selepas covid, gaji aku RM1800 sahaja. Dah turun pula. Hehe. Bukan nak merungut, tapi rasa tak berbaloi langsung dengan effort dan risiko yang aku hadapi.

Aku perlukan semangat setiap hari untuk aku terus bertahan dalam kehidupan.

Aku banyak termenung dan memilih untuk melepak di mana-mana coffee shop selepas waktu kerja. Nak tenangkan fikiran walaupun takde apa-apa masalah pada hari tersebut.

Sekiranya cerita aku terpilih untuk disiarkan, boleh tak korang semua bagi pendapat atau cadangan apa yang aku perlu buat. Or ceritakan pengalaman korang berdepan dengan situasi berhutang bank sebanyak itu.

Terima kasih.

– Dahlia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *