Indahnya Perkahwinan

Salam semua. Nama aku Nina, berumur pertengahan 30 an dan mempunyai seorang puteri dan suami yang sangat memahami.

Tujuan menulis bukanlah untuk membangga diri tetapi cuma hendak berkongsi penting nya planning dalam hidup.

Ya aku paham kita hanya merancang Tuhan yang menentukan, tetapi kita sebagai manusia kena berusaha bukan sekadar redho dan pasrah sahaja.

Banyak cerita cerita yang tersiar adalah cerita yang peritnya dan sedihnya alam perkahwinan sehingga memberi persepsi yang sangat -ve untuk anak anak muda melangkah ke alam rumahtangga.

Mungkin akan ada komen2 kecaman untuk aku selepas cerita ini di siarkan. Aku sekadar ingin berkongsi sahaja. Maafkan aku.

1. Jumlah Anak.

Bagi aku anak memang amanah yang sangat tidak ternilai. Awal perkahwinan aku memang ada slow talk dengan husband, aku tidak mahu jumlah anak yang ramai,

Ini kerana aku ingin fokus dengan anak yang ada dan berikan pelajaran dan kehidupan yang terbaik untuk anak.

Terpulang pada individu yang lain hendak terima atau tidak, aku dan suami masing2 setuju dengan rancangan ini.

Aku mengambil perancang dan alhamdulilah ia serasi. Sekarang anak kami sudah mencecah usia 8 tahun dan usia perkahwinan kami sudah mencecah 12 tahun.

Emosi anak, suami dan isteri adalah perkara yang sangat penting bagi aku dalam kehidupan. Kami bukanlah dari golongan yang berpendapatan tinggi.

Alhmdulilah kami memang dah setkan target untuk setiap yang kami inginkan. Selain usaha jangan lupa berdoa pada Allah.

Kenapa aku tekan kan jumlah anak pada point pertama aku, ini kerana aku mempunyai sahabat dan kenalan yang sangat stress dalam hidup bila tidak merancang keluarga.

Merancang sendiri bila mengandung rasa sedih dan ingin gugurkan, ya Allah sedih sangat,

Ada kenalan yang mempunyai anak ramai jadi terbiar segala keperluan, sedih kasihan dan di hidangkan cacian dan makian oleh ibu atau bapa. Kehidupan anak menjadi tidak sihat.

Ya aku tau anak itu rezeki, tapi jangan lupa ibu bapa juga perlu bertangungjawab menncorakkan anak.

Kasihan anak anak yang tidak bersalah terpaksa mengharungi kehidupan yang -ve , lagi lagi di zaman yang sangat mencabar ini.

2. Keperluan Hidup.

Aku memang sangat bersyukur suami sangat positif dan sangat membantu. Sebelum berkahwin aku dan suami set kan target untuk beli rumah kos sederhana sahaja.

Sampai sekarang sudah 12 tahun kami masih tinggal di rumah yang sama walaupun gaji kami makin bertambah.

Kereta yang kami pakai pun bukanlah dari model luar negara, hanya dalam negara sahaja.

Alhamdulilah kami ada 2 buah kereta(satu kereta kecil untuk aku pergi ke kerja) satu lagi kereta suami untuk emergency dan untuk bawa family berjalan.

Suami ke tempat kerja hanya menaiki motor cuma kadangkala menaiki kereta bila musim hujan.

Aku akan masak bekalan untuk suami makan tengahari kerana di tempat kerja aku dapat peruntukan makanan. Jadi duit belanja untuk makan kami sangatlah jimat.

Ada juga makan di luar tetapi tidaklah terlalu kerap kerana aku akan memasak pada setiap hari kerana aku pulang jam 6 petang.

Urusan rumah pula kami memang sangat bertoleransi, contohnya bila aku masak suami akan basuh pinggan, bila aku basuh baju suami akan lipat baju.

Sepanjang 12 tahun alhmdulilah kami tidak pernah ada baju dan pinggan yang berlonggok. Kami akan siapkan sebelum tidur, biasanya kami akan buat bersama sama sambil menonton tv.

Untuk anak juga aku dan suami memang dah didik dia perlahan lahan lepas makan angkat ke sinki, bila ibu siap lipat baju dia akan tolong angkat dan susun. Itu semua hasil didikan suami.

Mungkin dia lihat ayah ya sangat rajin membantu ibu jadi dia pon auto lakukan.

Rumah aku akui tidaklah terlalu bersih tapi alhmdulilah tersusun dan tidak bersepah kerana kami akan pastikan semua berada tempat asal sebelum keluar berkerja. Suami sangatlah membantu.

Mesti ada yang akan komen “puan boleh lah cakap begitu sebab suami puan membantu” ya aku amat bersyukur ya Allah. Sebelum kahwin saya memang dah tahu perangai dia begitu. Terima kasih Allah.

3. Me Time Suami Isteri.

Hidup berumahtangga perlulah disirami dengan kasih sayang.

Hidup saya tidak lah terlalu sempurna, seperti yang saya tekankan tadi di awal perkahwinan saya memang ada set kan target dalam diri apa yang saya inginkan dalam hidup.

Memang kita merancang tuhan yang menentukan, tidak salah kita berusaha. Saya bercakap dan bercerita sebagai seorang manusia biasa, gaji biasa, rupa biasa dan keluarga yang biasa biasa sahaja. Maafkan saya.

Sebulan sekali atau 2 kali saya akan dating dengan suami itu pon apabila anak sekolah. Bagi saya semarak rumahtangga tu perlu dikekalkan dari setahun perkahwinan sampai sekarang.

Kami akak cuba mencuri masa walupun sekejap untuk kembalikan rasa cinta itu. Untuk anak pula saya memang telah ajar dia tidur di bilik sendiri sejak usianya 4 tahun. Terpulang pada anda untuk corakkan keluarga anda.

Selepas anak tidur kami suami isteri akan luangkan masa bersama. Kembalikan momen-momen indah dengan menonton movie kegemaran atau pillow talk sebelum tidur.

Sebenarnya dalam rumahtangga solat dan mengaji bersama adalah tips yang paling penting dan sangat berkesan.

Selepas solat berjemaah kami akan berpelukan dan meminta maaf antara satu sama lain. Ya saya sangat bersyukur ada suaminyang sangat polite.

Kami juga seperti pasangan lain ada juga masalah alhmdulilah kami cuba selesaikan dan kalau tidak bertegur sapa pon tidak lebih dari sehari. Hidup berumahtangga memang perlu toleransi, jangan terlalu ikut emosi.

Maafkan saya jika saya tersalah cakap saya cuma bercerita melalui pengalaman.

Banyak sebenarnya yang saya nak kongsikam dengan adik adik tentang rumahtangga kami yang setahun jagung ni kerana saya lihat banyak sangat masalah rumahtangga yang sangat membimbangkan.

Sesungguhnya kehidupan rumah tangga yang indah itu wujud.

Ada masa nanti saya share lagi,

Love isteri dan ibu bahagia,

– Nina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *