Assalammualaikum. Hari ni aku terpanggil untuk meluahkan isi hati aku. Walaupun mungkin tidak lah seteruk nasib orang lain, tapi tetap mampu menyimpan parut luka yang cuma aku dan Allah tau.
Aku Humairah (bukan nama sebenar). Aku ada ibu dan ayah yang aku sayang sepenuh jiwa aku. Ibu ayah aku hidup bahagia macam pasangan lain. Ayah aku jenis soft spoken. Gentleman. Sangat. Ibu pulak jauh panggang dari api. Dia garang, tegas, dan kadang terselit ego.
Entah kenapa dia macamtu aku pun tak pasti. Tapi hidup aku boleh dikatakan okay okay je. Tak senang sangat tak susah sangat. Syukur Alhamdulillah.
Kisah aku bermula di sini. Aku pernah bercinta dengan sorang lelaki, Uwais (bukan nama sebenar). Dari zaman sekolah. Almost 10 tahun bercinta.
Aku suka dia, dia suka aku. Kira dia ni first love aku lah. Tapi entah kenapa ibu aku tak restu percintaan kitorang. Sekeras kerasnya dia tolak.
Aku rasa sebab Uwais ni ahli musik.. (ya macam cerita P Ramlee tu). Takyah cerita la dia main apa, cukup tau dia aktif dalam bidang hiburan. Tapi dia baik, soft spoken. Family dia rapat yang teramat sangat dengan aku. Aku pun dah sayang sangat family dia.
Tapi malangnya, ibu aku jadi penghalang antara aku dan Uwais. Sungguh macam macam cara dah aku buat untuk ambil hati ibu aku. Uwais pun, dah buat macam macam cara nak ambil hati ibu dan ayah aku.
Tu yang sampai dekat 10 tahun bercinta. Ayah okay. Dia terima je sesiapa pun yang berkawan dengan aku. As long perangai elok. Tapi ibu, dia tetap berkeras taknak restu. Ibu cakap, “aku takkan restu kau dengan dia sampai mati pun.”
Sebagai seorang anak, apa lah yang lebih bermakna selain dari restu seorang ibu? Sampai ayah yang dari restu pun jadi tak restu. Dia pujuk aku patuh cakap ibu untuk putus dengan Uwais. Sebab pada ayah, ibu tu syurga aku. Aku slow talk dengan Uwais.
Tapi dia taknak. Dia pun berkeras taknak putus. Kitorang ada la try break kejap, tapi dua dua tak mampu. Kitorang akan end up get back. Dia pun tak mampu nak anggap aku kawan je. Sampai akhirnya aku stuck. Antara restu seorang ibu dan cinta pertama aku.
Sebagai seorang anak yang tak punya apa apa, semestinya aku pilih restu ibu aku melebihi segala galanya. Aku tinggalkan Uwais. Aku bagi alasan macam macam.
Sebab pada aku, aku hanya akan bahagia bila kedua ibu dan ayah aku bahagia. Kalau dengan tinggalkan Uwais, ibu dan ayah akan bahagia.
Aku rela. Aku tinggalkan Uwais dan keluarga dia yang aku sayang. Aku buat perangai. Aku buat macam aku curang, aku buat macam aku ni teruk.
Sampai Uwais dan keluarga dia jadi benci kat aku. Kawan kawan Uwais yang selalu lepak sekali dengan kitorang pun dah tak bertegur dengan aku. Kalau terserempak pun, dorang akan buat tak kenal atau jeling je dari jauh.
Aku tak ada pilihan. Aku terpaksa. Sebab pada aku, restu ibu aku melebihi segala galanya. Dalam masa yang sama ayah aku kerap sakit. Jadi aku taknak buat ibu makin susah hati, stress.
Aku tinggalkan semua. Walaupun hanya Allah yang tau, betapa derita hidup aku. Sebab Uwais adalah kebahagiaan aku selepas ibu ayah dan keluarga aku.
Masa berlalu, aku dah tak dengar cerita Uwais. Aku pun dengan hidup aku sendiri, uruskan ibu dan ayah yang kejap sihat kejap tak.
Walaupun hati aku masih bersedih dan tak dapat lupakan Uwais, aku pujuk hati aku. Aku buat semua ni sebab aku nak redha Allah. Tak lama lepas tu aku jumpa sorang lelaki ni. Dia suami aku sekarang. Aku kenal dia tak lama.
Tapi ibu restu, ayah pun restu. Dua dua ibu ayah pujuk aku untuk kahwin dengan lelaki ni. Aku tak pernah pun rasa nak kahwin, apa lagi dengan dia. Tapi sebab dia ni lagi tua dari aku, dan dia dah lama membujang dan jalan hidup dia macam ke laut sikit.
Aku niat nak kahwin dengan dia kerana Allah. Aku fikir, boleh je bercinta lepas kahwin. Dan kalau melalui perkahwinan ni dia dapat berubah ke jalan Allah, lebih mendekati Allah, aku redha.
Aku pun dah lama nak kejar syurga Allah. Sebab aku fikir bila jadi seorang isteri, lebih mudah aku nak masuk syurga. Entah kenapa aku fikir camtu.
Kitorang pun kahwin la. And dah ada sorang anak. As time goes by, aku bahagia dengan suami aku. Tapi entah kenapa aku perlahan lahan dapat rasa dia ni belum move on dengan kisah cinta lama dia. Sebab dia still simpan gambar ex dia, conversation etc.
Kiranya segala benda yang berkait dengan ex dia masih ada dengan dia. Aku? Sedih? Sangat. Allah je tau. Setelah segala pengorbanan aku, aku rasa aku pilih jalan yang salah. Aku sampai jadi paranoid. Aku fikir bila suami aku keluar pergi kerja, dia keluar jumpa ex dia.
Aku jadi takut sangat kalau dia curang. Mampu ke aku bahagia nanti? Suami aku ni ada anxiety. So bila bila time anxiety dia datang tu aku tak boleh nak tanya banyak banyak sebab nanti cepat je dia melenting. Aku pulak selagi tak dapat jawapan selagi tu aku tanya.
Sampai one day aku terjumpa whatsapp dia dengan kawan ex dia. Aku ingat lagi isi dalam tu dia cakap dia still rindu ex dia. Kadang kalau rindu dia akan tengok gambar ex dia dari IG kawan kawan dia.
Dari sini aku tau yang dia takkan dapat lupakan ex dia. Perkara ni buat aku teringat balik kisah aku dengan Uwais.
Aku jadi mempersoalkan semuanya pada Allah. Kenapa aku boleh berkorban segala galanya untuk ibu ayah, lupakan kisah lama aku, cinta pertama aku, tapi suami aku tak boleh.
Di mana adilnya takdir aku? Dalam masa yang sama, ayah meninggal dunia. Aku patah sebelah sayap. Dunia aku gelap. Tapi sebab aku ada suami dan anak. Aku kena kuatkan diri.
Setiap hari aku cuba buat macam macam untuk ambil hati suami aku, aku pakai cantik cantik wangi wangi kat rumah dan bila keluar dengan dia.
Aku masak sedap sedap. Aku jaga dia bila sakit. Aku tak banyak soal. Aku bagi dia space. Dalam masa yang sama aku delete semua benda yang ada kaitan dengan ex dia. Aku buang segala barang yang ada kaitan dengan ex dia.
Tapi walau sekuat mana aku cuba, hati seorang isteri….. aku tau, suami aku masih tak dapat lupakan ex dia. Jadi aku ni hanya sekadar mengisi kekosongan di hidup dia.
Hari hari aku berdoa, minta Allah kuatkan hati aku, kuatkan hati suami aku untuk cintakan aku seorang saja. Tapi entah, mungkin itu lah kelebihan seorang isteri. Aku tau, suami aku cuma sayangkan aku sebagai seorang isteri saja.
Tak lebih dari itu. Walau apa saja aku buat, aku tak dapat rasa perasaan cinta tu ada untuk aku. Ayah dah tak ada. Kalau ayah ada, mungkin ayah lah jadi tempat aku meluah.
Ibu? Jarang jarang aku kongsi benda macam ni dengan dia. Lagipun aku nak jaga air muka dan nama suami aku di mata ibu.
Tahun berlalu tahun, aku dah redha. Aku pasrah. Lama lama aku rasa aku dah putus asa. Aku serahkan semuanya pada Allah. Sebab Allah yang pegang hati suami aku.
Aku fikir kalau aku mencuba sedaya upaya aku separuh nyawa pun tapi kalau hati dia pada ex dia, tetap aku tak dapat ubah semua tu.. awal awal tadi aku ada mention, aku nak kejar syurga Allah.
Jadi aku rasa, mungkin ini lah salah satu jalan untuk aku kejar syurga Dia. Aku teruskan jadi seorang isteri yang taat untuk suami aku.
Masa pun berlalu, aku rasa cinta suami aku pada ex dia dah terkubur atau mungkin masih ada tapi dia abaikan. Kami lalui hidup macam biasa sampai sekarang.
Aku… aku dah redha. Kalau hati suami aku masih ada rasa cinta pada ex dia pun tak apa lah. Mungkin ini juga balasan dosa aku pada Uwais dulu.
Aku hanya hamba Allah, apa yang aku mampu buat? Tak ada apa. Aku cuma mampu berdoa dan serahkan semuanya pada Allah. Dengan harapan, satu hari nanti aku dapat rasakan cinta suami aku sepenuhnya pada aku.
Aku akan terus setia dengan suami aku. Walau apa saja ujian dan dugaan yang Allah bagi. Sebab suami aku, adalah syurga aku. Dia adalah syurga di dunia yang Allah pinjamkan untuk aku, dan dengan izin Dia, syurga aku di sana nanti.
Aku percaya Allah bagi aku nikmat ujian ini, untuk aku lebih dekat dengan Allah. Untuk aku sentiasa ingat, niat aku berkahwin dengan suami aku, adalah untuk ke syurga Dia, untuk mendapatkan pengakhiran hidup yang baik untuk suami aku.
Nasihat aku, untuk para suami di luar sana. Dan yang bakal menjadi suami. Aku mohon, jangan lah berkahwin hanya untuk isi kekosongan hidup. Atau kerana kau rasa kau dah patut kahwin. Dan jangan lah berkahwin dengan orang yang kau tak boleh cinta.
Jangan berkahwin selagi kau tak boleh lupakan kekasih lama kau. Selagi masih ada rasa cinta pada kekasih lama, jangan kahwin. Sebab ada perempuan yang pertaruhkan hidup dia untuk jadi isteri kau tanpa sedar yang akhirnya hati dia akan retak seretaknya.
Aku taknak ada perempuan lain hadap apa yang aku hadap selama ni. Perkahwinan ni bukan untuk sehari dua. Tapi untuk selamanya.
Perkahwinan ni bukan untuk cinta yang bertepuk sebelah tangan. Tapi untuk kedua duanya saling mencintai sepenuh hati kerana Allah..
Dan aku, biarlah aku terus mencintai suami aku seadanya dia, sampai akhir nafas aku. Hingga aku jadi kuntuman bunga untuk dia di taman syurga nanti. Lillahitaala.
Untuk Uwais, maafkan segala kesalahan saya…
Mohon doakan kebahagiaan aku….
– Humairah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit