Mr. Leo dan Si Panas Baran

Assalamualaikum readers. Terima kasih admin jika sudi approve.

Aku Bunga, umur 23 tahun lahir dalam keadaan keluarga yang tak berapa ok senang kata broken family la tapi aku tak nak hurai banyak sangat pasal ‘broken family’ tu.

Aku ni membesar dalam keadaan keluarga yang porak-peranda, kurang kasih sayang dan perhatian daripada family.

Disebabkan hal ni, aku suka menyendiri. Menyendiri dekat sini bukan maksud aku jadi pendiam, pemalu bagai tu.. Bukann.. Menyendiri dekat sini means aku terlalu independent. Kerja lelaki ke kerja perempuan ke semua aku buat sendiri.

Yelah, dari kecil takde orang kisah dengan aku so kalau aku lapar ke, apa ke aku akan buat sendiri. Perangai ‘terlalu independent’ ni bertukar menjadi negative vibes semakin aku dewasa.

Aku jadi hati batu, terlalu lantang bersuara sampai ada yang terluka dek kata-kata aku, terlalu mahu kan kesempurnaan sehingga kalau ada rakan sekerja yang lack masa group task pun aku akan sound kaw-kaw member tu sometime sehingga tak bertegur sapa.

Aku sangat tak suka group task dan lebih suka untuk buat individual task. Dari sekolah rendah hingga ke universiti aku dikenali sebagai student yang agak perform tapi lagi lebih dikenali sebagai budak yang panas baran. Ya, panas baran.

Tak boleh ada silap sikit mesti aku mengamuk teruk. Aku bukan sengaja nak mengamuk teruk macam ni tapi aku memang tak boleh kawal amarah aku ni.

Aku macam hilang kewarasan masa marah dan akan jadi sangat-sangat sangat-sangat menyesal selepas amarah aku reda.

Lama-kelamaan aku makin hilang kawan, aku pun makin lama makin hilang minat nak berkawan sebab aku kesian dengan orang yang jadi mangsa panas baran aku.

Baru ni aku ada try cari balik ‘mangsa-mangsa’ aku dulu sebab nak mintak maaf tapi aku malu. Aku malu sangat-sangat.

Okay berbalik kepada sifat hodoh aku iaitu panas baran dan hati batu ni, betul la orang kata Allah tu Maha Penyayang dan Maha Mengetahui.

Dia hadirkan seekor anak kucing sakit untuk aku. Aku jumpa dia atas jalan, dia terjatuh dari sebuah kereta. Aku syak dia duduk dalam enjin kereta tapi aku tak sempat nak tengok plate kereta tu so nak cari balik pun tak boleh.

Sebelum ni aku okay-okay sahaja dengan kucing, tapi bila aku tengok kitten ni, hati aku jadi sayu sangat tak tahu kenapa. Aku pun ambik la dia buat balik rumah untuk rawat.

Sebelum aku buat balik tu, aku dah cakap dengan diri aku, aku buat balik ni sementara sahaja, lepas sembuh aku nak lepas balik. Oh lupa nak bagitahu, aku panggil kucing ni Leo.

Vet kata Leo cedera, mungkin cedera semasa dia jatuh dari kereta, jadi Dr pun bagi ubat radang dan antibiotic serta vitamin untuk Leo habiskan. Kata Dr ubat-ubat ni habiskan terutamanya antibiotic.

So bila buat balik Leo ni, banyak cabaran yang aku lalui. Yang pertama pasal ubat, punya la susah nak makan ubat dah la banyak.

First time aku bagi dia makan ubat, dia cakar dan gigit aku sampai berdarah tangan. Aku geram gila tapi ajaibnya baran aku tak meletus pun.

Yang kedua, cabaran berak kencing Leo. Aku letak pasir tapi dia nak jugak berak tempat lain. Pernah la sekali aku bangun ada poo poo dekat bantal sebelah aku.

Masa tu aku dah berasap dah kepala, hidung, telinga tapiii aku tak jadi nak marah bila aku tengok dia duduk mengeow dekat aku. Aku nangis weii aku pun tak tahu kenapa aku nangis.

Masa aku rawat Leo ni, aku ada jugak la post dekat group-group kucing, group-group kawasan tempat tinggal kot-kot ada yang hilang kucing tapi takde pun yang mengaku.

Lepas Leo sembuh aku pun buka adopt, tapi itu la Leo ni kucing tak berapa nak lawa so takde orang yang nak.

Aku pun terbelah bahagi apa nak buat dengan Leo ni. Aku nak buang tak sampai hati dah hari-hari teman aku tidur, balik rumah penat kerja dia yang sambut.

Tapi aku tahu bela kucing ni banyak komitmen dan korang pun tahu aku ni jenis tak berapa nak sabar. Aku pun berdoa dekat Allah untuk kurniakan jalan yang terbaik untuk aku.

Besok nya, aku bangun Leo takde. Satu rumah aku cari tak jumpa, aku gocang bekas makanan dia pun dia tak datang-datang. Masa tu aku dah macam mak hilang anak. Pucat muka aku bila tengok dia tengah terbaring kaku dekat bilik stor.

Aku berlari sambil menangis sebab aku ingat ke dia dah mati rupanya dia tidur mati dekat situ. Geram betul la aku dengan dia ni. Masa tu aku dah decide aku nak jaga Leo, aku delete semua post-post untuk adoption tu.

Sejak aku bela Leo, officemates makin dekat dengan aku. Diorang pun cakap aku dah tak singa macam dulu dan boleh gelak-gelak bergurau senda.

Aku pun makin flexible tak over tegas macam dulu, suka sedekah, suka belanja kawan-kawan makan berbanding dulu kedekut nak mati hahahaha. Baran pun dah slow-slow surut dan yang best nya, aku rasa makin dekat dengan Allah.

Dan sejak daripada aku jadi bibik kepada Leo ni, makin banyak kucing sakit datang rumah aku. Ada yang patah tangan la, pregnant la , kena langgar la dan lain-lain.

Stress jugak la tapi tak boleh merungut sebab kucing-kucing tu hadir dengan rezeki yang kita tak nampak. Rezeki ni bukan setakat wang ringgit sahaja tapi kesihatan yang baik dan ketenangan jiwa pun salah satu rezeki bagi aku.

Sebelum aku akhiri story aku ni, aku nak bagi nasihat sikit supaya kalau boleh ambik la kucing-kucing dekat pasar tu daripada beli, kesian diorang. Diorang pun berhak ada bibik macam Leo.

Sekarang Leo and the gang dah hidup bersenang-lenang dalam rumah aku.. Aku pun dah bertukar daripada Wednesday kepada Enid, happy-go-lucky gituh.

Doa kan aku dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan tak henti-henti supaya aku boleh rawat lebih banyak kucing-kucing yang tak bernasib baik.

Impian aku nak buka cat zoo supaya takde dah kucing-kucing sakit mati dekat tepi jalan huhuhu sedihnya (tahan nangis)…. the end… happy ending kan story aku ni ?

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *