Assalamualaikum semua…
Disini saya nak share amalan yang saya buat sebelum saya bernikah bagi mendekatkan jodoh… yang penting istiqamah dalam melakukan amalan ini…
Saya sendiri pun lebih setahun melakukan amalan ini sebelum bertemu jodoh… antara amalan adalah berikut :
1. Lakukan solat sunat
Solat sunat yang biasa saya lakukan adalah solat sunat fajar (2 rakaat), Solat sunat Dhuha (6 4 rakaat), Solat sunat Awwabin (6 Rakaat), Solat sunat taubat (2 rakaat),
Solat sunat tahajud (2 rakaat), solat sunat hajat (2 rakaat), solat sunat witir (2 rakaat).
Saya tahu susah nak buat semua solat sunat dalam satu hari, jadi saya cadangkan mulakan dengan solat sunat fajar sebelum solat subuh dan solat sunat awwabin selepas solat margib.
Tak perlu banyak-banyak rakaat just buat 2 rakaat sudah memadai untuk permulaan. Kenapa saya menyarankan dua solat sunat ini?
Kerana selepas saya mengamal dua solat sunat ini memang terasa kelainan dalam diri saya. Sukar saya hendak jelaskan tapi amat-amat bagus dan memang WOW.
Nak tau apa yang WOW kena cuba sendiri. Dan jenis saya juga, bila ada hajat walaupun sekecil-kecil hajat, saya akan buat solat hajat.
Even untuk minta Allah tunjukkan keputusan terbaik untuk saya, saya buat solat hajat juga. Kenapa? Sebab bagi saya jawapan solat istikarah ni sangat halus.
Dengan kata lainnya penuh tersirat dan saya ni jenis bengap nak faham benda-benda tersurat tersirat ni so sebab tu saya buat solat hajat.
Bila buat solat hajat memang Allah bagi tunjuk jawapan selepuk terus dan lebih saya faham. Tapi kena get ready la, sebab saya masa tu sampai hilang berat 10kg.
2. Mendengar ruqyahh
Rugyah ni boleh cari kat Youtube je. Selalu saya dengar rugyah pagi-pagi sambil buat report kat office. Kadang-kadang saya dengar juga ruqyah untuk membuka aura seri muka.
Tapi hati-hati nak dengar, make sure kat tempat ada orang sebab ada orang dalam tak sedar dia ada something menumpang. Jadi pertama kali dengar tu pilih la waktu yang tepat dan tempat yang ade orang.
3. Membaca al-quran
Saya amalkan sehari untuk membaca surah al-waqiah, ar-rahman, al-mulk dan Yassin. Andai time ABC saya just buka video kat youtube dengar je bacaan surah-surah tersebut.
4. Amalkan bacaan Surah Yussuf ayat 4 + Surah Tahaa ayat 39
Yang ni saya selalu baca lepas solat sebanyak 3 kali kemudian saya hembus ke tapak tangan dan sapu ke muka.
5. Menukar cara berdoa
Tip ni saya ambil dari ustazah zaman saya sekolah dulu. Ustazah tu cakap,
“Kalau kamu berdoa untuk mintak jodoh jangan kamu sebut nama kekasih kamu, sebab bila kamu menyebut nama dia maka kamu seolah-olah memaksa Allah jodohkan kamu dengan dia. Sedangkan dia bukan jodoh kamu”.
Kemudian saya ade dengar dari seorang ustaz ni dalam satu sesi usrah di office saya. Beliau cakap,
“Kalau kamu mohon nak apa-apa dari Allah, sila berikan ketetapan bila kamu nak benda tu. Kena bagi detail apa yang kamu nak. Contohnya kamu nak motor ysuku warna hijau sebelum raya. Jadi kamu perlu sebut dalam doa kamu detailnya”.
Jadi bila saya berdoa saya selalu gunakan ayat ini,
“Ya Allah engkau dekatkan lah aku dengan lelaki yang Namanya tertulis di luth mahfuz sebagai jodoh ku di dunia dan di akhirat dan engkau jauhkanlah aku dari lelaki-lelaki yang bukan jodohku.
Dan engkau satukanlah kami dalam ikatan pernikahan sebelum penghujung tahun 2021 dan engkau permudahkan segala urusan kami untuk bernikah”
Alhamdullillah bila saya doa Allah jauhkan satu demi satu orang yang bukan jodoh saya.
Walaupun orang tu dekat je dengan saya tapi Allah jauhkan tanpa melukakan hati saya. Dan Allah dekatkan saya dengan suami dan permudahkan urusan pernikahan kami.
6. Jangan malu untuk Expand friend circle
Masa saya tu, saya betul-betul expand circle saya. Dengan muka tak malunya minta makcik pakcik saya carikan jodoh. Bukan setakat family saya, sampai satu office pun kecoh nak carikan saya jodoh.
Tak cukup tu siap join laman cari jodoh lagi. Lebih RM1K juga rasanya bayar untuk laman web cari jodoh tu. Usaha la macam mana pun
Yang penting jaga diri jaga maruah dan jangan buat bukan-bukan.
Pesan saya satu je jangan pernah putus asa untuk meminta dengan Allah. Saya share ni bukan untuk membongkak kerana Allah makbulkan permintaan saya atau takbur dengan amalan saya.
Bukan… saya share semoga dengan amalan ini dapat membantu yang masih single untuk bertemu jodoh. Sebab saya pernah berada dimana saya rasa desperate untuk bernikah sebab itu saya share apa yang saya tahu.
Dan bila doa kamu tak di makbulkan jangan risau, itu bermakna itu bukan terbaik buat kamu atau itu bukan masa yang sesuai untuk kamu.
Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kamu dan perancanganNya adalah perangan terbaik buat kamu. Just teruskan amalan kamu macam biasa.
Sebab saya pun dulu minta untuk bernikah 2020 tapi tak makbul sebab Allah tahu time tu saya tak totally move on lagi so Dia bagi tahun 2021. So don’t worry okay and be happy.
– PakmaBakawali (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit