A Confession of Shopaholic

Haha. tajuk nak gempak. Siapa yang pernah tengok movie tu tau kot reference green scarf tu. And now it happens to me.

Disebabkan kebodohan i masa i muda dulu, i sekarang da hampir jadi gila sebab memikirkan pasal hutang yang mungkin membuatkan i hilang akal kejap lagi. I macam orang lain.

Graduate and then alhamdulillah dapat kerja. Gaji tahun pertama i RM3200 – pada masa tu tak banyak tapi sederhana dan cukup untuk seorang bujang.

Lepastu dapat pulak sewa rumah dengan kawan2 i.

I masa muda dulu sangat sangat tak pandai menyimpan dan sangat tak aware pasal masa depan. Langsung tak fikir yang i kena simpan duit untuk maintainance kereta, roadtax or even kos medical.

Setiap bulan i habiskan duit – sampai ada satu tahap, i ada 100 je nak bertahan untuk 1 minggu – tak termasuk duit minyak dan tol nak pegi kerja.

Dijadikan cerita kereta i pulak ada masalah dan i kena bayar RM1000 untuk kos kereta. Masa tu i buntu dan malu nak mintak parents…

So i terdesak dan terus apply kredit kad cimb. Lepas da setel masalah kereta…. Entah macam mana i jadi gila, i pergi beli tv dengan kad kredit tu… dalam bulan yang sama.. Hutang pon bertambah.

Selama 3 tahun, i buat perangai sama. Tak simpan duit, boros beli itu ini. Tambah pinjaman untuk cover hutang lain. I tak perasan.

Sampai lah ada satu tahap, i ada hutang kredit kad cimb RM9000, hutang pinjaman personal RM6000 dan hutang pinjaman ‘berlesen’ a.k.a AH hutang LONG.

Sangat sangat lah bodoh, i sampai sanggup bagi kad bank dekat ahlong tu sebabkan terdesak nak duit.

Pada masa itu, i macam rasa dah takde harapan, buntu tak tau nak setel hutang macam mana. Tak berani bagitau mak bapak sendiri sebab malu dan takut kena marah. Even my bestfriend pon tak tau.

Sampailah dapat mesej dari RHB untuk tawarkan i debt consolidation.

I pon try apply sebab dalam kepala i, maybe boleh kurangkan komitmen dari RM1000 setiap bulan kepada RM500++ sahaja.

Tapi dengan keadaan rekod kredit i yang teruk (oh by the way, ayah i beli kereta honda under nama i which dia bayar RM900 setiap bulan – tapi i tak bagitau dia pasal i terlalu banyak pinjaman), so i tak tau la loan tu boleh lepas ke tak.

Nak dijadikan cerita, loan tu lepas. i da macam happy gila sebab rasa macam hilang sikit beban hutang i.

Sepatutnya lepas daritu i insaf la kan. But u know what i do – RM 9000 kredit card cimb yang i sepatutnya potong lepas i clearkan tu i pergi spend. Like crazy. I spend until max.

Ya Allah sumpah i tak tau i dirasuk setan apa sampai jadi camtu. Sumpah i rasa kalau i boleh comeback ke masa lalu, i nak pergi tembak dan bunuh diri i sebab tak guna sangat. Umur da masuk 30 series tapi perangai macam %^&^&*.

Sekarang i ada hutang berjumlah almost RM40K dan Gaji bersih i 3500 and i spend more than half of my salary just untuk bayar hutang – itupon i tak dapat nak cover hutang bank yang da tertunggak beberapa bulan.

I buntu nak settlekan hutang dan sampai ada fikiran jahat dan berdosa…. sampai tahap rasa macam mungkin patut i melacur je untuk settlekan hutang2 i ni… I dont know what to do anymore..

Kepada adik2 yang sedang belajar…. tolong jangan contohi akak. Hidup akak macam da terlambat nak diselamatkan.

Bila uols masuk kerja nanti… tahan diri, dan kalau kawan beli benda mahal, tahan diri jugak dari nak ikut dia. Kalau boleh asingkan diri dari kawan asingkan je.

Tak payah keluar sana sini. Selamatkan duit korang.

Sorry… i should not say that… korang enjoy la duit korang cuma berpada padalah… hidup akak da terlalu terlambat untuk diselamatkan.

Korang masih muda, masih bole prevent benda tu dari terjadi.

Sekian – The girl with 40k loan

– The girl with the green scarf (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *