Assalamualaikum semua.ย Harini aku nak luahkan apa yang terjadi sepanjang perkahwinan aku sebelum ianya berakhir. Maaf kalau sedikit panjang, sekadar ingin meluah.
Bekas mentua aku narcissist. Both. Aku dan suami tinggal di rumah berlainan tapi dalam jarak tak sampai 5 minit perjalanan. Aku tak ready nak nikah sebab aku hanya ada perasaan simpati, bukan sayang apatah lagi cinta.
Melihat kesungguhan bekas mentua dan bekas suami, aku rasa tak salah beri peluang (inilah kesilapan terbesar aku), walaupun selepas istikharah aku dah rasa tak sedap hati.
Aku dimaklumkan mereka dah lost contact dengan LS (bekas isteri) kepada suami, P (sekarang bekas suami).
Aku kena tipu hidup2 rupanya. Sehari lepas nikah LS datang untuk celebrate harijadi anak perempuan, hanya dia dan anak2 dalam rumah P.
Kami keluar. Aku pelik sebenarnya sebab LS tinggal di kawasan berdekatan, boleh je bawa anak2 keluar daripada datang rumah. Boleh mengundang fitnah kot sebab LS masa lepas cerai, angkut barang2 dari rumah ke kereta dengan bantuan skandalnya.
Bekas mentua maklumkan tak akan masuk campur urusan rumahtangga anak2. Lagi sekali aku kena tipu hidup2. Warna langsir dalam rumah mak dia yang tentukan ya, walhal langsir warna warni.
Nak masak sendiri pun kena interview, kenapa nak masak sendiri?. Nak keluar rumah kena maklumkan dan minta izin mentua ya, etc.
Lama2 aku depressed, anak2 dia tak hormat aku, mentua mulut tajam. P dahulukan nafkah mak ayah dia dari aku, beli beras untuk mak ayah dia tapi aku kena beli beras sendiri.
Mula2 seorang tu duduk dengan kami. Tapi sebab dia mengadu macam2, mentua tak bagi dah dia duduk dengan kami.
Maaf cakapla, anak2 P manja dan kuat mengadu. Ada sekali yang lelaki tu sepatutnya duduk asrama, masa hari daftar meriah kemain, atuk nenek belah P, mak ayah LS datang masa hari daftar.
Masa ni kali kedua aku terserempak LS, dan aku betul2 kecil hati. Ada seorang guru di sana tanya aku ni siapa, baik P dan mak ayah dia langsung tak perkenalkan aku pada sesiapa, terasing betul rasa.
Tak sampai 24 jam, mak P dah bising2 suruh ambik video anak lelaki P la hapela sebab dah rindu, ikutkan peraturan asrama tiada pelawat dibenarkan dalam tempoh masa tertentu, tau mak P jawap apa? Aku ke kau yang besarkan budak ni? Wow, memang wow sangat jawapan.
Mak P tak tahu P tak bagi aku nafkah untuk cukupkan keperluan anak dia kat asrama, beli macam2, ulang alik tengok tempat dan temuduga etc. Aku memang dh nekad tamau ambik tahu pasal budak2 ni dh lepas ni.
Dua minggu lepas kejadian tu, aku dan P bersemuka dengan mak P. Aku minta maaf dan aku serahkan hal anak2 P pada atuk nenek, P dan LS. Aku cuma tolong2 je.
Mulut tajam mak P macam2 kata dia lemparkan kat aku. Aku diam. P lagi diam membisu, langsung tak pertahankan aku atau cuba buat sesuatu untuk redakan keadaan.
Selepas istikharah dan beberapa kejadian yang berlaku. Aku nekad berpisah. LS dulu keluar dengan suami kawan baik dia, keluar dengan lelaki entah mana2, pergi bercuti dengan skandal dia tak pernah kena maki ya. Mak P cakap elok2 dengan LS. P pun tolong cover untuk LS.
Insiden yang sangat2 menyakitkan hati bila masa tu aku tak sihat, tengah tidur, P kejut aku bagitahu mak ayah dia ada kat depan nak jumpa aku. Masa tu dah malam, jiran2 semua ada kat rumah.
Aku keluar je dari bilik aku kena maki hamun macam2 dengan mak ayah dia. Suruh kemas kain baju. P? Diam membatu, masa tu aku hanya mampu berdoa supaya Allah jauhkan aku dari mereka jika keluarga tu bukan yang terbaik untuk akhirat aku.
24 jam aku bagi masa untuk P pulihkan semula hubungan aku dengan orang tua dia. Tapi dia tak buat apa2. Pelan2 aku kemas barang2 aku, P tak halang. Aku pulang kunci rumah pun P diam membisu.
Proses perceraian tak mudah, P dan keluarga mati2 nak aku buat tebus talak. Akhirnya masa sesi JKP, belang ayah P nampak dengan jelas.
Aku dah maklumkan pada pegawai jabatan agama aku trauma nak berhadapan dengan orang yang maki hamun aku.
Tapi kehadiran aku diwajibkan untuk rekod. Dan masa hari kejadian, aku memang hilang sabar, benda aku tak buat pun dituduh aku buat, selama ni aku diam tak menjawab.
Bukan aku tak tahu, P dan mak ayah dia mengata aku macam2 kat sana sini. Ayah P siap kata aku perempuan tak guna dan doakan aku benda tak elok.
Pertama kalinya, aku bangun bersuara depan2 muka dan nampak riak terkejut dua beranak tu. Dasar narcissist tau nak menang je, dahla selalu bergaduh dengan jiran.
Hak aku untuk nafkah dinafikan, walhal aku takde lelaki lain pun. Mentang2 aku dah takde mak ayah, suka2 nak maki hamun adik beradik aku sekali.
Dengan mak P yang selalu nerakakan aku, eh kalau aku masuk neraka anak dia kena sekali, 5 tanggungjawab suami tu P ada sempurnakan sepenuhnya ke?
Dahla rantai tangan pemberian masa nikah pun ambil balik. Untung LS ada lelaki lain tak kena maki hamun, dapat nafkah iddah dan mut’ah.
Tak sampai sebulan lepas lafaz cerai, P dah submit permohonan nikah baru dengan B. B ni memang idaman mentua dan P, cantik, ada rumah besar dan kereta besar.
Sijil cerai P pun aku yang kena bayar, tak faham kenapa pejabat agama tak buat asing2. Aku mintak P pulangkan barang2 aku semasa dalam proses cerai tapi P ignore. Aku mesej mak P dan mak P reply dengan mengatakan dia tak kenal aku.
Sebenarnya aku sangat lega bila P nikah baru, waktu confession ni ditulis dia dh selamat bernikah dengan B dan aku baru habis iddah.
Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Sekarang ni aku masih deal dengan trauma aku, sampai sekarang aku ada masalah tidur. Banyak sangat pengajaran aku dapat dari perceraian ni.
Betapa cari yang sekufu itu penting, terutama dari segi agama. Bila terjebak dengan narcissist, conman, penunggang agama sangat la susah nak keluar dan trauma.
Aku dapat tawaran kerja tapi P tak bagi, sebab takut aku curang, mak ayah P ingat aku perabih duit anak dia walhal aku banyak spend duit aku sendiri.
Aku ni rebound relationship ke? Atau tempat lepas geram bagi kesalahan LS? Mohon doakan aku sembuh, lupakan semua ni, dijauhkan dari semua yang tak elok untuk akhirat aku dan dapat kerja yang halal.
Sungguh aku tahu hanya Allah yang tahu kenapa aku diberi ujian begini, semoga suatu hari nanti aku mampu lupakan dan temui hikmah semua ini.
Betapa orang yang bersungguh pada awalnya belum tentu akan memperjuangkan kita hingga akhirnya. Yang dia nampak kesalahan kita dan orang lain lebih sempurna.
Syukur, aku bernikah dulu bukan sebab cinta kalau tak mungkin berganda sakitnya.
– Marjan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->ย https://iiumc.com/submit